Ayam Bakar AF

Ammi dah pernah letak cerita ni kat dalam blog lama..tapi sebab ini resepi makanya ammi sharelah semula sebab anakbuah rajin gak godek blog mak sedaranya cari resepi.  Dan kadang-kadang mak sedara ni pun lupa resepi.  Walaupun takdelah sedap mana rasanya.

AF bukan Akademi Fantasia ye.. dah tak "in" dah rancangan tu. 

Ammi kongsikan cara buat Ayam Bakar guna Air Fryer ye.




Bahan-bahan:
  • Drummet (atau bahagian lain yang korang suka)
  • 2 sudu butter (atau bergantung pada banyak mana ayam)
  • 2 clove bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1" halia (ditumbuk lumat)
  • Lada hitam (ditumbuk lumat)
  • Sesudu dua serbuk cili
  • Sos Cili
  • Sos Tomato (sikit je utk rasa masam)
  • Sos Tiram
  • Apa-apa sos atau perasa

Cara:
  1. Panaskan butter with low heat
  2. Masukkan bawang putih & halia (tumis kejap je)
  3. Masukkan segala mak nenek sos
  4. Masukkan lada hitam / lada putih
  5. Perasakan dan siap tutuplah api
  6. Dah sejuk sikit lumurkan atas drummet tu dan peraplah kejap
  7. Masukkan dalam Air Fryer, tetapkan suhu 180/200 untuk 25 minit.
  8. Lepas 25 minit terbalik2 kan sikit dan masak lagi utk 5-7 minit. 
  9. Siap
Rasa dia mcm ayam dominos tu


Ni baki gravy lepas ammi marinate ayam.  Terlebih takpe...taburkan je atas ayam yang nak dibakar tu.


Letak aluminium foil dan susunlah cantik-cantik.  Biar dorang tak berbual-bual dengan orang sebelah.

Suami dan anak-anak kata sedap..kalau kata tak sedap mmg tak sharelah resepi ni.

Post a Comment

14 Comments

  1. Nanti Naniey try resepi ni pula.. :)

    ReplyDelete
  2. aku pun ingat AF tu stand for akademi fantasia, manala tau time wat tu...makan2 sambil tgk AF. he he, kreatif je bab reka cerita tu..tq for the recipe, leh try nanti ni

    ReplyDelete
  3. sedap tu. kena cuba la resepi ni. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. Oooo.... Air Fryer rupanya... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kalau kata macam ayam dominos tu. Suka makan drummet. Tak puas kalau beli dalam Fabulous Four tu ada 4 ketul je. kalau beli ala carte macam overprice pulak kan. Lagi sedap masak sendiri camni.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, tak da airfryer la pula, bole guna oven, kena adjust je kan..

    ReplyDelete
  7. Bakar air fryer memangg sedap. kalau malas nak melt kan butter, letak minyak satu suduh pun boleh heheh

    ReplyDelete
  8. dana pernah masak jugak ayam ala dominos tu cuma dana tambah 2 sudu sunquick oren... sekarang senang kan kak masuk je dalam AF

    ReplyDelete