Birthday dak Ozil

Ini posting yang super duper tertunda.

Birthday Ozil jatuh pada 14.07.2021.

Ammi masa tu pun tengah libang libu nak sambut birthday si kecik ni atau tak.  Otak asyiklah dok fikir Mama dan semua family kat Seremban yang tengah sakit angkara Covid 19 tu.

Call mama...mama kata buatlah.  Kesian kat dia.  Nanti ambik video Mama nak tengok katanya.

Makanya ammi pon laju-lajulah order cheese tart ni.  


Walaupun tempahan emergency dia tetap buatkan juga ikut tema.  Bagus baker ni.


Seronok je hati ammi ni bila tengok muka dia gitu.  Jarang-jarang dapat muka gembira gitu.



Malas sungguh nak masak..ammi order je dari Soru Station

Eh tapi ammi masak gak Cheesy Macaroni.



Bervideo call je dengan Arwah Mama.  Kesian mama, nak angkat kepala pun tak larat masa ni.  Demam teruk.  Malam tu jugak lebih kurang pukul 1.30 pagi ambulans datang ambil mama ke HTJ.

Tapi tulah..apa je yang menggembirakan hati seorang nenek?  Dah confirm bila tengok cucu dia happy.  Cucu-cucu adalah keutamaan seorang nenek dan atuk kebiasaannya.


Jadilah buat small celebration masa PKP untuk sikecik ni.  


Birthday pun periksa tetap kena ambil.

Siap cakap dengan ustazah kat Google Meet..

Ozil:  Assalamualaikum Ustazah .  Harini birthday saya
Ustazah:  oooooo selamat hari lahir, semoga ......

Ustazah pun ajak kawan-kawan lain nyanyi lagu birthday sebelum mula jawab soalan.

Post a Comment

11 Comments

  1. peminat bola Ozil ni..suka dia dpt cheese tart ikut tema..hehe..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday ozil. Salam takziah sis

    ReplyDelete
  3. Happy Birtday Ozil.. Happy betul tengok muka dia senyum lebar tu...
    Salam Takziah Kak..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir Ozil. Cantik gebu cheese tart dia siap ikut tema. Salam takziah juga kak Ammi.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kenangan arwah dengan cucu.
    Nama Ozil memang ikut nama pemain bola.

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday Ozil. Seronoknya dia dapat celebrate birthday. Siap bagitahu ustazah :)

    ReplyDelete
  7. Comelnya OZil. Happy Belated Birthday!

    ReplyDelete