Hari Isnin boss suruh balik awal, lebih kurang pukul 3 ammi dah sampai area rumah.  Masa Abah ambil tu ammi cakap nak gi Baker's Cottage japlah. Ini semua sebab terliur tengok posting dak Fiza haritu.

Hajat hati nak beli satu...tapi perempuan kalau pegi mana-mana kedai, keluar kedai mesti hasil tak sama dengan niat asal.

Baker's Cottage

Niat asal nak beli Mini Basque Burnt Cheesecake je.

Sudahnya keluar dengan plastik besar..

Baker's Cottage

Beli egg tart (mcm kering sangat puff dia)

Baker's Cottage

Terbeli cake juga..ammi ambil red velvet & america chocolate (apa ntah nama penuh)..lupa pulak

Baker's Cottage

Jadilah kan untuk minum petang 

Beli ayam gak seketul untuk tambah-tambah time dinner.