Taare Zaamen Par

Filem ni dah lama release. Darsheel Safary, budak yang berlakon ni pun dah jadi anak teruna. Ammi baru terhegeh-hegeh nak tonton cerita ni.  




Mengisahkan tentang Ishaan, seorang budak lelaki berusia 8 tahun yang tidak diketahui oleh ibu bapanya yang dia menghidap disleksia.  Ibu ayah dia selalu compare dia dengan abangnya yang memang sentiasa excel dalam pendidikan dan sukan.  Ishaan ni on the other hand bab belajar memang out tapi dia excel dalam perkara-perkara seni.  

(Source from Google)

Sakit jiwa mak dia ngajar dia


Ibu ayah selalu juga terima aduan dari guru-guru kat sekolah tentang prestasi Ishaan dan disebabkan masalah pembelajaran ni dan kononnya untuk 'membetulkan' keadaan Ishaan, ayahnya hantar Ishaan ke sekolah asrama.  Bayangkan perasaan seorang ibu bila anak yang hanya berusia 8 tahun duduk kat asrama.  Ammi dah meleleh-leleh airmata dah masa ni.  Kat sekolah ni pun samalah juga hal Ishaan, dah kata disleksia gi mana pun tetap sama kalau tak dilorongkan ke aliran yang betul.  Dengan tekanan dari guru-guru, Ishaan pernah cuba untuk bunuh diri tapi diselamatkan oleh kawan baru dia, Rajan, yang cacat anggota.




Sehinggalah datangnya seorang guru seni (sementara) kat sekolah tu, Ram Shankar Nikumbh (lakonan Aamir Khan).  Cikgu ni yang dapat trace bahawa Ishaan ni disleksia.  Dia selidik semua hasil kerja dan tulisan Ishaan dan dia berusaha untuk berjumpa dengan ibu ayah Ishaan untuk maklumkan keadaan Ishaan.  Tapi ayahnya yang kononnya (orang bijak pandai) menafikan.  Katanya Ishaan ni malas bukannya disleksia.  Nikumbh kecewa dan balik semula ke sekolah dan cuba cari cara untuk selamatkan Ishaan.



Nikumbh convince guru besar tentang masalah Ishaan dan dia ajar Ishaan dengan pelbagai cara dan akhirnya adalah perkembangan positif Ishaan dari sudut pembelajaran.  Pada penghujung tahun sekolah, Nikumbh organise satu pertandingan seni dan kraf untuk semua staf, guru dan murid.  Juri ni orang luar dan pemenang untuk pertandingan tu adalah Ishaan.


Dihari terakhir persekolahan, ibu ayah Ishaan berjumpa dengan cikgu sekolah dan sangat terkejut dengan perkembangan positif anak dia dan barulah dia mcm appreciate effort Nikumbh.  

Part akhir sekali tu korang tengoklah sendiri.  Kalau tak nangis korang memang hati keringlah.  Khilfi teman ammi tengok cerita ni dan dia pun nangis sorok-sorok celah bantal.  Elehhhh ingat ammi tak nampak agaknya.


As a mother, cerita ni sangat terkesan kat ammi sebab yelah tiap anak tu berbeza sikap, perilaku, IQ, EQ mereka kan.  Jangan dibanding-bandingkan.

Post a Comment

13 Comments

  1. Baru ulang tengok cerita ni kemarin. Best!! 😔Sedih tengok bila mak ayah dia biarkan dia dekat sekolah tu. Nasib Aamir Khan datang menyelamat 😊💕.

    ReplyDelete
  2. sedih cita ni.. best! saya kalu cita melibatkan anak2 ni, memang terkesan extra skt sbb teringat anak sendiri...

    ReplyDelete
  3. sedih cita ni.. best! saya kalu cita melibatkan anak2 ni, memang terkesan extra skt sbb teringat anak sendiri...

    ReplyDelete
  4. Movie ni best.. Kat Malaysia ni ramai lagi tak terdedah dengan dsylexia ni. Malam esok pun ada drama pasal dsylexia kat tv3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh ye?? esok malam mesti bizi sbb anak buah nikah

      Delete
  5. bagus tema movie ni..kekdg movie hindustan menarik temanya mcm movie 3 idiots..Aamir Khan jg pelakon utamanya..

    ReplyDelete
  6. Best filem ni. Ia mengajar kita bagaimana nak tackle anak² dsylexia. Dua kali dah tengok.🤣

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok pulak cerita ni ammi.

    ReplyDelete
  8. Saya suka gila filem ni. Time ni baru tahu ada orang penyakit begini

    ReplyDelete
  9. Memang memberi kesan pun filem ini.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. best cite ni. bdk2 tulis terbalik, kita ingt sbb biasa,rupanya ada kesah disebaliknya. beri ilmu kepada orgramai psl penyakit ni

    ReplyDelete