Little Ozil mula beraksi

Abah memang peminat bola sepak dan 'pemain' jugaklah.  Sampai ke harini masih lagi bermain.

Anak kecil yang diberi nama Ozil ni pun ada minat yang sangat mendalam pada bola.  Dia boleh tau player itu main untuk kelab mana dari negara mana.  

Tengok pada minatnya abah saja-saja jelah hantar dia untuk selection Program Pembangunan Bola Sepak Negara cawangan Bandar Tun Razak ni hujung tahun lepas.  Ehhhhh..tau-tau dapat panggilan kata dia layak.

Sempat 2-3 kali je bersama-sama kawan yang lain berlatih di padang..selebihnya training melalui Google Meet.  Hmmmm memang agak de-motivated si kecik ni sbb kepuasan menendang tu takde. Tambah pulak keluasan rumah yang kecil untuk dia nak dribble lah apa lagi ntah. 

Ni sejak kata dah boleh bersukan outdoor, coach pun tanyalah pendapat samada setuju atau tidak kalau dia buat latihan atas padang.  Abahnya setuju je sbb team dia ada dalam 8 orang je..jadi penjarakan sangat dijaga..no body contact.

Hari Selasa (21/9/2021) hari pertama selepas sekian lama berPKP, PKPP, PKPPQRST anak-anak kecil ni beraksi.


Balik dia excited tunjuk dia dapat jersey.  Katanya lepas ni training tak boleh pakai baju sendiri.  Kena pakai jersey ni.  

Baik anakku..


Halah-hala.. baju sampai ke lutut, seluar atas lutut.  Dia nak nombor 7 tapi coach bagi nombor 13.  Muka kemek di situ.  Tak kisahlah apa nombor sekalipun...kalau ada skill pasti boleh.



Post a Comment

19 Comments

  1. Tahniah adik...teruskan usaha pasti berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak seiring pelajaran dan bola silalah ucap selamat tinggal kat bola

      Delete
  2. semoga berjaya jadi pemain bola sepak nanti...gaya dah ada tu

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada kawan, penyokong Arsenal, bagi nama anak 'Ozil'. Best of luck Ozil! Semoga berbakat, humble dan suka membuat kerja amal macam Mesut Ozil jugak.

    ReplyDelete
  4. berlatih secara google meet mane nk seronok.. haha

    tp skrg nk blh outdoor.. excited la dia pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Nak pakai kasut dlm rumah mmg taklah mak dia ni nak kasi

      Delete
  5. Beraksi untuk kenangan semasa PKP ye dik.
    Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Dpt peluang main kat luar terus cergas

      Delete
  6. Alolo comel je dia....
    Ada gaya bakal pemain antarabangsa suatu hari nanti hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh.. Antara bangsa terus kak ret. Dasat

      Delete
  7. Betul betul peminat bola ni. Bolehlah ikut jejak langkah Mesut Ozil main bola. Ozil dah keluar Arsenal pulak, mana pergi lepas ni tak tau. Halah halah comel seluar dia. Takpelah, nanti dah besar boleh pakai.

    ReplyDelete
  8. Anak yang disayangi,..didik dengan penuh kasi sayang..InshaAllah

    ReplyDelete
  9. Waktu zoom gambar baju tak expect ozil secomel ini. hahaha Comelnya dia

    ReplyDelete
  10. Tahniah OZil semoga terus semangat dan sukses..
    Pasti boleh.. Acik doakan juga semoga nanti Ozil dapat baju no7.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. insyaAllah nanti berjaya dalam bidang bola kalau betul2minat.

    ReplyDelete