Hari ke2 Fasa 2

Lepas sarapan dan berkemas-kemas pagi Sabtu haritu, Ammi ajak Abah keluar. Kata KL dan Selangor dah masuk Fasa 2 bermula 10.9.2021 (hari yang sama blog ammi di'remove' oleh Blogger). Ehhh sakit pulak hati kita.

Moh le siap anak-anak (tak teringat pulak nak bawak baju spare ke apa).

First kitorang gi makan ikan bakar.  Rasa lamanya tak makan kat luar kan.

Maka pergilah kita ke area Istana Budaya tu.



Kuah cicah ikan tu macam sejuk satu hal..rasa dia dimana?? Masam dimana? Pedas tak rasa.




Makan ikan bakar tapi ammi macam tak berapa nak rasa kesedapan.  Ingatkan ammi je yang fussy, rupanya si tembam tu pun sama juga.  So, there'll be no more next time for this place.

Lepas makan..dok berkira-kira mana nak bawak budak-budak ni.  Takmolah ke tempat-tempat indoor sebab masih takut-takut jugak ni kan.  Maka jom ke Kuala Selangor jelah.  Manalah tau sempat ke Pasar Penambang tu ke kan.

Apa-apa hal carilah dulu tempat nak solat.  Setakat ni paling selamat dari segi kebersihan nak buang air, solat bagai adalah Petron.  


Singgah Bukit Malawati kejap.  Masa ni dalam pukul 3 lebih.  Panas berdenting-denting.  Monyet pun takmo main2.

Abah ngan ammi pun sambil-sambil tu dok cerita ngan anak inilah tempat kadang-kadang datang dating dedolu.  Semata-mata nak berlama-lama berdua.  Kalau jalan dalam mall berdua pegang-pegang tangan memang bukan Abah la tu.  


Mujur pakai jeans duduk atas meriam..kalau pakai kain biasa mau melecur montot


Ha nampak.  Monyet-monyet semua pakat duduk kat pondok.  Manusia berdiri.  Hahahahha..bagus ko monyet.  Konsep.."my place, my rules" gitu.

Lepas tu moh le gerak gi tempat lain pulak.  Cari tempat makan cendol.  Lama dah tak makan.  Budak-budak ni sebenarnya sebelum PKP dah request, tapi asal pegi je takde cendol pulut, sejenis cendol yang guna ice je bukan ice parut.  Ishhhh tak gemar ammi.


Singgah sini pekene cendol.  Bukan tau pun sedap ke tidak sebab tak pernah masuk.  Tapi ammi siap tanya kat kaunter dia.."sini cendol ais parut atau guna ice ketuk-ketuk je?"

Rasa macam nak makan mee udang banjir tapi risau tak habis je sebab tengahari tadi baru makan nasikan.


Leganya rasa dapat gak makan cendol parut.  

Si Khilfi makan sambil pejam-pejam mata.  Over nau kamu.


Murah je...very reasonable, affordable

Lepas habis lepak melepas lelah sambil tengok geng-geng motor besar (memang port moto tempat ni)... Melepas lelah macamkan berjalan kaki pulak dari KL ke Kuala Selangor ni kan

Kita pun bergeraklah ke tempat lain.

Setakat disini anak-anak happy sangat.  Gigih mata dok baca nama kampung orang.  Kejap gelakkan nama kampung orang, kejap reka cerita bukan-bukan (imaginasi luar batasan especially si no. 2 tu).  

Nanti sambung part 2 lah pulak.

Post a Comment

12 Comments

  1. fasa 2 dah boleh dine in kat kedai yek ammi? nanti nak ajak si aiyan ke kedai jugak lah... tapi itulah papanya pulak lah belum cukup 2 dos vaksinnya...

    bestnya jalan-jalan kuala selangor... rindunya nk makan cendol kt situ...

    ReplyDelete
  2. Jauh berjalaan tu sampai Kuala Selangor. Anak anak seronoklah dapat jalan keluar. Luas sikit mata memandang.
    Amboii monyet tu conquer habis kawasan dia ek.
    saya pun suka cendol parut dari cendol ais. Tak feel betul kalau ais ketuk je.

    ReplyDelete
  3. bestnya dpt jalan2 cuci mata.. seronok! ank2 pon happy..

    sy pon suka cendol parut.. lg syokkk!

    ReplyDelete
  4. Sempat x singgah ke pasar penambang tu?SA dari dulu failed x tau pasar tu kat celah mana

    ReplyDelete
  5. naik atas sikit smpi sekinchan ada sawah padi luas mata memandang.. 😅

    ReplyDelete
  6. Popular cendol Borhan.
    Alhamdulillah lepas lelah jalan jauh sedikit.
    Btw tq dah follow semula blog ini.

    ReplyDelete
  7. hahahaha kemain eh monyet pun puteri lilin

    ReplyDelete
  8. Bestnya keluar jalan jalan kak Ammi. Lama tak keluar kan..
    Kalau makan kt kedai bila rasa tak sedap memang tak nak datang dah.
    Tak pernah sampai lagi kat Bukit Melawati. nak dekat dgn monyet pun takut. Teringat monyet2 kat UM dulu..

    ReplyDelete
  9. seronok mereka bila dapat keluar kan.. Aih.. teringin nak makan cendol lah pula.. kikiki..

    ReplyDelete
  10. Seronok anak - anak akak dapat berjalan jalan. hehehee.

    ReplyDelete
  11. saya pun suka ke area kuala selangor ni. rindu makan cendol. lain kali makan ikan bakar di kuala selangor je kak. Lagi best. Selalunya belakang Istana Budaya tu sedap ikannya. Tersalah pilih gerai kot

    ReplyDelete
  12. Best nyer ..rindu nak jenjalan mcm dulu

    ReplyDelete