Mee Sup Lebur

 Baru sampai ke home sweet home sebelum maghrib. Masa on the way balik masing-masing sibuk dok pikir nak makan apa untuk dinner sbb sebelum maghrib biasanya memang kitorang tengah kat meja makan.

Bila sorang nak makan ini, sorang nak makan itu.. dalam hujan mcm alahaiiiii tak kose nak berhenti banyak2 kedai. 

Ammi buat mee sup lebur2 je sudah. Yesss gunakan kuasa veto mak-mak.

Lepas maghrib masak laju-laju sbb senang je buat mee sup lebur ni

Pakai je apa yang ada dalam fridge. 

Bahan

  • 1 packet Mee kuning 
  • Bawang putih 3-4 ulas
  • Halia 1 inci
  • Lada hitam (sikit) 
  • Apa-apa rencah (ayam, Fishball).. Ammi ada isi ayam & tauhu pok
  • Sawi kalau ada
  • Air rebus an daging (Ammi mmg biasa ada stok ni) 
  • Telur
  • Garam/perasa
Cara
  1. Tumbuk bawang putih, halia, lada hitam
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk
  3. Masukkan ayam (takde ayam masukkan air je terus) 
  4. Ayam kecut sikit masukkan air rebusan (masuk je walaupun tengah kejung br keluar freezer) 
  5. Tambah air panas, garam, perasa
  6. Mendidih masukkan tauhu pok, mee, telur, sayur
  7. Kacau manja je (takmo telur tu pecah hancur) 
  8. Ada minyak bijan renjis2lah sikit. 
  9. Siap

Post a Comment

7 Comments

  1. ni mcm mee rebus ganu je ni! hehe

    ReplyDelete
  2. Ya apabila lapar masak yang semua masuk sekali. Cepat dan terus dapat makan.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  4. Hujan hujan memang tak kuasa nak berhenti dan keluar membeli.
    Sesekali guna kuasa veto, senang kerja masak mi sup je. Sedap makan sup panas panas bila hujan.

    ReplyDelete
  5. Senang kan kak.Pakai mana yang ada jer. Janji makan.

    ReplyDelete
  6. Air rebusan daging tu Kak Ammi frozenkan ke?

    ReplyDelete
  7. Walaupun lebur je tetap nampak mengancam..

    ReplyDelete