Abah memang peminat bola sepak dan 'pemain' jugaklah.  Sampai ke harini masih lagi bermain.

Anak kecil yang diberi nama Ozil ni pun ada minat yang sangat mendalam pada bola.  Dia boleh tau player itu main untuk kelab mana dari negara mana.  

Tengok pada minatnya abah saja-saja jelah hantar dia untuk selection Program Pembangunan Bola Sepak Negara cawangan Bandar Tun Razak ni hujung tahun lepas.  Ehhhhh..tau-tau dapat panggilan kata dia layak.

Sempat 2-3 kali je bersama-sama kawan yang lain berlatih di padang..selebihnya training melalui Google Meet.  Hmmmm memang agak de-motivated si kecik ni sbb kepuasan menendang tu takde. Tambah pulak keluasan rumah yang kecil untuk dia nak dribble lah apa lagi ntah. 

Ni sejak kata dah boleh bersukan outdoor, coach pun tanyalah pendapat samada setuju atau tidak kalau dia buat latihan atas padang.  Abahnya setuju je sbb team dia ada dalam 8 orang je..jadi penjarakan sangat dijaga..no body contact.

Hari Selasa (21/9/2021) hari pertama selepas sekian lama berPKP, PKPP, PKPPQRST anak-anak kecil ni beraksi.


Balik dia excited tunjuk dia dapat jersey.  Katanya lepas ni training tak boleh pakai baju sendiri.  Kena pakai jersey ni.  

Baik anakku..

Khalif Syafiq

Halah-hala.. baju sampai ke lutut, seluar atas lutut.  Dia nak nombor 7 tapi coach bagi nombor 13.  Muka kemek di situ.  Tak kisahlah apa nombor sekalipun...kalau ada skill pasti boleh.