Tiba-tiba jadi family gathering pulak

Banyak betul cerita tak dimasukkan.  Ini kisah 29/8/2026, hari Sabtu.  Memandangkan pukul 8 malam abah ada game bola di Padang Merdeka Port Dickson kami decide untuk gerak keluar dari rumah selepas Asar.  


Boleh tahan juga banyak kereta sebelum dan selepas jambatan bunian di Pasir Panjang ni.

Ammi nak bawa anak-anak ke kedai bundle di kawasan berhampiran Politeknik Port Dickson.  Manalah tau ada kasut yang berkenan.  Dulu masa kami pergi dorang ada offer beli 3 kasut pada harga RM100.  Jadi masa tu Abah, Kyra dan Khilfi ambil sorang sepasang.  

Kasut yang Khilfi beli memang dah lama rosak sebab dia pakai hari-hari di sekolah.  Kasut jogging abah masih elok.  Kasut Converse Kyra baru nak start terkoyak.  Jadi kalau ada lagi yang berkenan mungkin boleh juga beli.  Nak beli converse brand new memang taklahkan.  


Disinilah tempatnya.  

Memang dia tuju kat belah converse je.  Vans ada yang cantik-cantik dan ammi pernah belikan dia satu di Mitsui tapi jarang-jarang dia pakai sebab tak selesa katanya.  Ehhhhhh dia ni...yang baru taknak pakai, yang dah dijual di bundle elok pulak dia kata selesa.   

Nampaknya bukan rezeki dialah kali ni.  Cuba few shoes, mana yang masih cantik elok size pulak takde.  Khilfi pun sama, nak beli boots tapi mana yang best semua tak kena sizenya.  

Selesai disini, kami minum lite-lite sementara nak tunggu waktu Maghrib.  Nak makan berat, abahnya pulak nak main bola, karang ada juga yang terjeleuk atas padang karang.


Pukul 8.20 malam macam tu baru mula game.  Biasalah, baru sorang-sorang datang terhegeh-hegeh.  Tiba-tiba dari kejauhan nampak macam along ammi...eh kakak kita size dia lain, so kalau jalan dari jauh dah boleh kenal.  Ohhhh abah ajak abang ipar & anak buah ammi main sekali sebab team abah tak cukup orang.  Mana larat veteran nak main full 90 minutes.

Yang lelaki main bola, ammi & along bergosip adik beradik, Kyra sambung buat assignment.  Haaaa dah nak balik kolej tapi assignment tak siap lagi.


Cucu-cucu Arshad & Muslimah.

Khilfi (cucu no. 5), Alip (no. 6), Daniel (no. 2) dan Kyra (no. 4). 

Nak bernombor bagai...hahah padahal ada 8 orang je cucu arwah aca & mama.  Insyaallah, bulan 12 nanti yang no. 2 pulak nak tamatkan zaman bujangnya.  Dia ni paling rapat dengan arwah mama.  Setiap malam memang tidur dengan arwah mama, tak dapat tidur sebelah, tidur cium kaki muma dia pun boleh.  Masa arwah mama meninggal 3 hari jugalah dia bengkak mata.  Tau-tau masuk bilik mama pastu mengalir airmata.  Kita yang cuba berdamai dengan takdir pun bila tengok dia menangis kita pun menangis sama.  



Yang berbaju putih sebelah abah tu, memang selalu main bola dengan team abah, tup tup malam tu baru tau dia sebenarnya sepupu abang ipar ammi.  

Selesai dipadang marilah kita makan walaupun dah lewat.  Malas nak ke tempat yang jadi tumpuan sebab malam minggu confirm parking di Port Dickson pun susah jadi kami makan je di mana kita nampak kosong.  


Ke sini jelah masa on the way nak menghala ke Seremban.


Ammi order Kueh Tiow Ladna, dan yang sebelah tu abah punya paprik daging.


Along suami isteri makan tomyam campur, kangkung belacan, telur dadar.



Khilfi punya nasi goreng padprik ayam.  Daniel punya Nasi Goreng petai ayam.


Kyra order Nasi Goreng Tomyam Ayam dan Alip order Nasi Goreng Pad Krapow.

Food dia biashe-biashe je, takdelah sampai level ko wajib repeat.  Yang bestnya selalu kedai Thai ni memang ada sup kosongkan...tapi kat sini bila mintak sup kosong eh dia baru nak buat.  Dah selesai makan sup baru nak sampai.  Hmmmmm...

Total semua termasuk air RM133.50.  Oklah harga standard kedai Thai walaupun dalam kedai ada aircond.   

13 comments

  1. Best juga bila plan tengok bola tiba-tiba bertukar jadi family gathering 😄 Part bergosip adik-beradik tepi padang tu mesti lagi rancak daripada game bola!

    ReplyDelete
  2. Kalau akak suka je jumpa adik beradik ramai2. Bercerita tak cukup mulut nak cakap.... Hahaha lama tak pi PD

    ReplyDelete
  3. Kadng yg tak dirancang tu lg seronok kan
    Plan plan tak menjadi
    Samaa ank bungsu suka betul cari kat bundle
    Kena dgn dia suka

    ReplyDelete
  4. Pernah sekali jem panjang gilos dekat traffic light situ... Aigooo...
    Tapi, masa Linda ngulang weekend ke Melaka, memang suka lalu sini.. lancar saja

    ReplyDelete
  5. Seronok la jadi berjumpa gathering adik badik..kalau dh ramai2 tu seronok makan sambil borak kan...

    ReplyDelete
  6. kalau di bundle mmg mcm tu lah, yang berkenan mesti takde saiz..

    ReplyDelete
  7. Berjodoh di tengah padang la gayanya hihi...
    Pandai ye Daniel tu makan petai :D

    ReplyDelete
  8. a day well spent gitu. dpt spend masa bersama yg tersayang is precious sgt

    ReplyDelete
  9. Tiba2 anak2 beranak main bola ek. Meriah semua order makanan lepas games ye. Jarang2 kedai Thai ada aircond. Selesa la nak makan.

    ReplyDelete
  10. Terkadang kalau masih baru , sole masih keras kak 😄. Sementara yg second, biasanya karena dah terpakai, sol dah lebih lembut , jadi nyaman di pakai.

    Hahahahah veteran nih masih semangat main bola yaaa 😄👍

    Dah lamaaa sangat saya tak makan paprik . Dulu awal2 makan paprik, saat di Penang lah, Krn dijual di kantin kampus . Aps coba, eh sedap pula 😄. Jadilah sering pesan tiap makan siang dikampus. Tapi tak pernah buat sendiri setelah balik JKT. Nantilah nak cari resep nya.


    ReplyDelete
  11. Diam-diam abah jemput geng. Jadilah family gathering. Tahu-tahu yang kenal tu rupanya sepupu abang ipar. Dia macam pusing-pusing ikut mana pun mesti ada yang kenal.
    Ada jugak geng sembang Ammi bila kakak Ammi datang. Dapat jugalah makan malam sekali.

    ReplyDelete
  12. Saya peminat bundle hadir. Nanti nak X-Plore Negeri 9 belah2 PD pulak la.

    ReplyDelete
  13. Baru 8 ya.... cucu mak akak rasanya 36 ke 37... setiap kali keluar yang baru terpaksa kira semula🤣

    ReplyDelete