Salad prep

Sebab sekarang rajin bawa salad datang office jadi ammi prep la awal supaya senang.  Tak perlulah setiap hari nak ulang benda yang sama.


Potong siap-siap lettuce, cucumber, capsicum semua pastu masuk dalam bekas yang ada strainer macam ni.  Tomato biasanya sampai office baru ammi potong sebab taknak dia benyek.


Gherkins pickles dan olive pun guna brand biashe-biashe je sebab ini je yang ada di Family Store.  Malas pulak nak ke Jaya Grocer di bandar.   2  benda ni ammi tak potong siap-siap.  Setiap malam before ammi masukkan dalam bekas untuk bawak pergi kerja baru ammi potong.  

Selepas 6 hari baru tau macam mana nak potong olive tu supaya dapat nice round shape.  Ahakss...


Ayam dan mushroom pun ammi grill sesiap untuk seminggu.  Pastu every nite ammi masukkan sikit dalam small container macam kat bawah tu.  Sampai office nanti ammi masukkanlah kejap dalam microwave sebelum kita mix dengan sayur-sayur yang lain.


Ini antara sauce yang ammi guna dalam salad.  Ammi guna gilir bersama dengan greek yogurt.  

Tapi betullah kata Nur, ammi kena tukar dengan sauce lain yang lebih healthy sebab yang ini banyak kandungan gulanya.  Ammi tak peka tau bab-bab kandungan ni selalunya.  Bila orang cakap barulah heboh nak kelebet.  Thanks Nur.  

Haritu kan ammi ada cakap sos Peri-Peri tu tak sedap, tapi kan bila dah lama guna eh boleh dah diterima dek tekak.  Mungkin ammi perlu guna sos ni je kot sebab dia macam tawar hebeh tapi adalah rasa yang tak berapa nak sampai tu.

Sekianlah cara saya sediakan salad saya.  

0 comments