Masuk kejohanan catur lagi

Hari Ahad minggu lepas (13/9/2026) Alip ada join satu chess tournament.  Ammi pun last minit je daftarkan dia.  Sekali masa nak isi Google Form tu alamak, tarikh tutup penyertaan 11/9.  Hari yang ammi nak daftar tu dah 12/9.  Bila ammi bagitahu kat dalam group chess sekolah dia, cikgu chess sekolah suruh ammi contact dengan ketua tournament.  Alhamdulillah, dapatlah daftar lagi walaupun selepas tarikh tutup.


Kali ni bertempat di KipMall Senawang.  Sesuai sangat venue ni sebab takdelah mati macam masa kat Terminal 1 Seremban haritu.  Selesai round 7 boleh juga ammi "mencari pasal" dalam ST Rosyam tu.  Ahaks.

Macam biasa bayaran untuk nak masuk kalau early bird RM30.  Yang lambat macam ammi ni RM35.


Hari Sabtu, tu kami ke mana Masjid Sikamat sempena majlis Maulid.  Kat situ ada gerai jualan dan alip beli semangkuk jagung cheese leleh.  Ada baki laki dalam fridge, so pagi tu ammi hangatkan dalam microwave dan bagi dia sarapan.  

Ehhhh sampai kat sini, 2 kali dia masuk tandas.  Alamakkk seriau dah ammi.  Ni masa round 2 ke 3 ntah, gini cara duduk dia.  Ammi ingat dia sakit perut.  



Eh sempat pulak bergurau senda dengan opponent sebelum start game.  Opponent tu memang sejenis pak lawak kot...ammi yang tengok pun terhibur.


Round terakhir.  Round penentuan sebab setakat 6 pusingan dia menang 3 dan kalah 3.  Kesudahannya tambahlah lagi bilangan round yang kalah.  


Tiba-tiba dalam group chess sekolah, cikgu up gambar ni.  Cikgu dia ada rupanya, ammi tak perasan pun.  Alip kata "ustazah pakai mask sebab tu ammi tak nampak".

Kenalah masuk lebih banyak pertandingan sebab dah merosot dah mutu permainan dia.  Masalah bila dia masuk pertandingan adalah, kita ni kenalah hadap dia sehari suntuk kat tempat pertandingan.  Setiap round perlu di check di sistem untuk tau siapa pairing dia untuk game seterusnya.  

0 comments