Silap percaturan

Hari Sabtu pagi kami santai-santai je dirumah.  Ammi tergolek dalam bilik layan cerita Tamil, Alip dalam bilik dia main handphone, Abah melayan drama cina kat TikTok.  Aduhaiii dahlah tengok drama tak pakai earphone, silalah tengok jauh-jauh dari ammi.  Bergaduh pulak karang sorang cakap Cina sorang cakap Tamil.

Tengahari sikit ammi masuklah dapur tengok apa boleh jadi alas perut untuk lunch.

Memandangkan baki lauk hari Jumaat masih ada, jadi ammi kukus jelah semula.  Lauk kering-kering ammi kurang suka masuk dalam microwave sebab nanti bertambah kering jadinya.  

Pastu kupaslah ubi, konon nak buat sup kentang pecah telur.  Sekali teringat ada shimeji mushroom dalam fridge kita masukkan jelah juga.  Kita buat dia pedas-pedas sikit sebab masa tumbuk bawang tu ammi tumbuk juga dengan 2 biji cili padi merah, suka kitalah nak leburkan apa pun.  


Memang semangkuk ni je ammi buat sebab plannya petang-petang karang nak ke tempat Kyra.  Lama dah tak jumpa anak dara ni.  Patutnya hari Jumaat 18/9/2026 tu dia balik sebab ada driving class tapi terpaksa cancel sebab ada program wajib di kolej.  Hmmm...

Ammi samalah macam si Jamali ni suka makan cendawan, tapi padan muka Jamali, nak cendawan cantik je rupanya beracun.  Ahakss...


Geram je ek dengan perangai si Jamali ni.  Korang tengok tak cerita Bulan Henti Bicara ni?  Ammi tengok marathon je kat Telegram.  Memang tak kuasalah nak tunggu episode by episode kat TV.


Jadilah juadah lunch kami bertiga di hari Sabtu.  

Lepas makan, ammi pedajal kucing-kucing pulak.  Ammi mandikan sekor-sekor kecuali si Zaitun sebab dia nampak je anak dia kena mandi dia terus menyorok bawah meja pastu lari keluar.  Melampau eh ko Zaitun.  Ko naik tidur atas katil karang siaplah ko.

Petang lepas asar kami ke tempat Kyra.  Sekali eh jam pulak jalan.  Cuba call Kyra berkali-kali tak dapat.  Kami sampai tempat dia hampir pukul 6 petang.  Bateri phone dia dah habis rupanya.  Sebab dah lewat jadi tak jadilah kami bawa di keluar.  Hari biasa kena masuk semula sebelum jam 7 malam.  Ammi yang silap, ammi ingat sebelum pukul 9 malam.  

Dahlah kami datang tangan kosong je tak bawak apa-apa.  Kesian dia.  Masuk kereta, dia charge phone dia kejap, ehhhh 2-3 orang call mencari dia.  Baju kelas dah siaplah, itulah ini.  Gitulah jadi ketua kelas.  Sapa suruh gatal tangan offer diri jadi class rep.  

Sampai di Terachi tu kami singgahlah di Eden Cowboy.  Konon bolehlah buat makan malam sekali tapi hmmmm menu utama dia cuma ada Nasi Ayam Penyet dan Bakso je.  Yang lain tu kudap-kudap macam cekodok, goreng pisang cheese, roti kukus ke sangkaya ntah...lupa pulak ammi.  Dan masa kami sampai, dah order baru perasan kedai tu pun hampir nak tutup dah.  Dah macam charlie chaplin pulak kami makan sebab orang dah sibuk-sibuk susun dan menyapu bagaikan.

Konsep kedai ni, pilih menu, order terus bayar di kaunter.


Ammi order bakso.


Pastu gatal tekak order Avocado Chocolate.  Sibuk konon makan salad, makan salad nak kurus nak kurus tapi ko belasah air manis leting ni.

Alip dia ambil Nasi Ayam Penyet tapi ammi lupa nak snap gambar sebab ahhhhh saya tak suka bila kena makan terkocoh-kocoh.  


Bolehlah kalau nak lepak minum pepetang.  Ammi ingatkan kat sini adalah western menu sebab namanya Cowboy.  Ahaksss...tertipu saya.  


Sebab air ammi harganya mahal, jadi kita bawak balik dan sambung minum hingga hari Ahad.  Jangan membazir.

0 comments