Macam bosan je entry makan apa di pejabat ammi sebab balik-balik itu je yang ammi makan. Berat ammi tak turun pun sebenarnya sebab ammi pun tak jaga makan bebetul. Setakat harini 15/9/2026, pagi tadi ammi timbang berat ammi 66.6kg. Kalau ikut kepercayaan orang Kristian 666 ni adalah number of the beast ke camna ntah. Kira nombor syaithonnnn lah.
Hari Ahad balik dari Sekinchan tu, kami shoot terus ke Melaka untuk hantar Khilfi. Sampai Seremban dalam pukul 5 lebih terus jelah ke Family Store untuk cari bahan basah untuk meal prep ammi. As I said ammi bawak bekal ke office sebab kat area office ammi sangat susah nak cari lunch. Kalau ada pun ammi tak yakin dengan status halal. Kalau nak order je tiap hari boleh terkopak poket ni.
Balik terus je kita buat tugasan ibu macam biasa. Unpack baju kotor, clearkan bags semua pastu jomlah terus ke dapur. Ammi ada beli pes sambal adabi untuk marinate ayam. Lepas marinate ammi grill je terus malas pulak nak perap-perap dalam peti ais.
Ammi guna ni je pastu ammi tambahlah cili flakes sikit sebab yang ini kuranglah rasa pedasnya.
Hari Isnin makanlah salad bersama grilled chicken & mushroom. Bawak asing-asing, dah waktu lunch baru kita mix semua sekali supaya kekallah rasa rangup sayur tu. Ammi tiru menu
Subway Salad Bowl. Haritu beli satu bowl tu dalam RM20.00. Kita boleh tiru, kita tiru jelah walaupun tak sebijik sebijon.
Gigih ammi beli gerkin pickles dan olive untuk nak bagi sama macam subway bowl tu.
Hari Selasa boleh tahan awal ammi lunch sebab lapar sangat pulak rasanya. Ammi buat macaroni yang ammi campur je dengan ayam & mushroom yang memang ammi dah prep awal tu. Ayam tu memang banyaklah ammi buat, cukup untuk 4 hari bekerja.
.png)
Disebabkan ammi lunch awal, masa dalam
MRT on the way to
Merdeka Station tu ehhhh mengaruk betul perut ni. Dahlah, kita belanja jelah perut ni dengan
Butter Queen daripada
MammaBunz ni. Nak beli yang
Signature Mexican Bun tapi katanya kena tunggu lagi 4 minit. Ahhhh saiya ada bus ke Seremban yang perlu dikejar. Jadi tanpa rasa bersalah ambil jelah yang ada butter tu.
Hari Rabu kembalilah makan salad dengan bahan yang sama. Ammi letak potongan Yau Mak Tam, cucumber, tomatoes, sliced pickles, sliced olives, capsicum, grilled mushroom & chicken. Sos tu pulak ammi campur je Kewpie Hot & Spicy Sauce, Cream Sauce, sedikit Roasted Sesame dan
Peri-Peri Sauce dari Boss Brothers tu.
Hari Khamis ammi tengok masih ada banyak je grilled chicken tu jadi ammi bawak dia jelah. Sayur pun cuma bawak cucumber & tomatoes je. Cicahlah sayur tu dengan greek yogurt.
Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang, sebab petang sebelum nak balik tu ammi buat satu gelas lagi black coffee. Risau kejadian lapar masa balik berulang lagi.
Lemak tolonglah keluar dari badan saya sebab saya penatlah jalan jauh dengan berat yang macam ni. Rasa slow sangat pergerakan.
Setiap Khamis & Sabtu malam biasanya ammi akan minum satu sachet
Bellos Fiber ni supaya esoknya ammi boleh membuang dengan jayanya. Beginilah bila saya ada masalah pembuangan yang tak konsisten.
Ammi ni selalu je lupa nak beli stok buah tapi ammi pastikanlah ammi minum air yang banyak di office. Ada juga yang cadangkan ambil
probiotic ammi je yang belum cari lagi probiotic yang sesuai dengan diri & poket ammi.
Ringan banyak Ammi nak compare dgn PH huhu.... tapi takpe, teruskan usaha. Tak dapat kurus, dapat sihat :)
ReplyDeletenmpk sedap makanan tu
ReplyDeleteTerinspirasi tengok Ammi makan salad. Tapi, tak payah guna kewpie tu, Ammi, yang itu banyak gula. Cadangan je. 😊
ReplyDeleteProbiotik brand Guardian okay, harga tak mahal, kalau Ammi nak cuba.
Cie ni pun dah maleh nak diet. Bedal jela makan. Tapi bila baju sendat mula merentan nak kurus. Tapi makan malas nak jaga. Camne tu 😅
ReplyDeletetakyah percaya sangat 666 tu... tapi uncle ada suka satu lagu ni... "666, The Number of The Beast" siap hafal... hahahha
ReplyDeleteLinda sejak² kerja tempat baru ni, dekat rumah, balik kerja baru makan nasi..
ReplyDeleteBawa bekal yang simple² je, atau sarapan yang Linda buat untuk anak²..
Kedai takde yang dekat² ,kena naik motor gak.. jadi, malas nak berpanas..hahaha
food semua nampak sedap dan buatkan MZ lapar plak hahaha
ReplyDeleteSemoga terus istiqomah dan berjaya menurunkan apa yang patut.
ReplyDeleteMexican Bun tu macam Roti boy ya rasanya?. Teringat pula Ammi bila cerita pasal 666 ni....pernah ada movie seram The Omen. Budak tu kepala dia ada nombor 666. Orang nak bunuh dia sebab katanya anak syaitan. Tapi memang jahat pun sebab budak tu bunuh mak ayah dia.
ReplyDeleteRupa salad subway tu dah ada Ammi. Bolehlah diteruskan bekal tu. Bagus juga tu Ammi dah prep untuk 4 hari bekerja. Senang kerja tak perlu hari-hari prep.
ReplyDeleteButter Queen Mammbunz sedap tapi kadang macam over pulak dia letak butter tu.
Lepas ni mungkin boleh cuba angkat berat pulak Ammi. Beli dumbell atau kettleball.
Hahahahahhaha alaaah kak, dihubungkan pula dengan nomor syaithon yaaa 🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteDuuuuh lihat bumbu2 adabi nih saya langsung masukkan dalam ITIN saya nak beli banyak saat di Malaysia nanti. Adabi sebenarnya ada di jual di JKT, tp varian tak banyak.
Makanya saya tetep lebih suka beli untuk stok ketika sedang di Malaysia. Seafood sambal paste nih tak ada jual di sini. 😍😍. Saya rasa Desember Krn saya akan 17 hari di Malaysia, akan lebih banyak masak 🤣🤣. Jadi nak stock up bumbu2 juga
Sedap2 menu yg kakak buat. Asalkan rutin begini, memang bisalah pelan2 terbiasa untuk clean eating . Mungkin nanti bisa juga coba pakai dressing Vinaigrette yg lebih rendah kalori kak.
Rasanya pun sedap dan segar.
Kemarin tuh juga saya beli salad subway, tp minta diwrap. Saya lebih suka di wrap sebab bumbu dah dicampur merata 😄. Malaaas sungguh memang aduk sendiri hahahah
Probiotic nih memang susah2 gampang untuk cari. Saya pun butuh beberapa hari sebelum menemukan yg cocok dengan pocket dan badan pastinya 😄