Awak kenapa?

Hari Jumaat lepas ammi ada appointment untuk masalah Adenomyosis ammi di hospital.  


Jumpa je doctor, jawapan ammi untuk soalan pertama doctor dah buat doctor geleng kepala.  Kisahnya, penghujung bulan June haritu ammi ambil satu injection to thin my uterine lining and at the same time to stop ovulation.  Makna ammi tak sepatutnya ada menses untuk 3 bulan.  What happen to me?  Period datang je macam biasa setiap bulan.  Degil nau dia ni.

So, Isnin 5/10/2026 ammi akan buat procedure lain dengan harapan tiada period.  Bila tiada period maknanya tiada sakit melampau yang ammi lalui selama ni.  Kita cubalah, last choice adalah buat histerektomi je.  

Balik dari hospital, ammi malas nak masak dan aci tak pagi pukul 7 lebih ko dah makan nasi goreng kat rumah, pastu pukul 11 lebih ko lapar macam tak makan dah 2 hari.  Ehhh ngadalah.  Masa abah keluar jemput Alip balik sekolah abah belikan je ayam penyet untuk ammi.  

Lepas makan kau tidur.  Bangun tidur lapar lagi.  Astaghfirullahhalazimmmmm.  


Abah balik dari jemput Kyra, abah belikan minum petang.  Kyra naik bus dari KMNS pukul 2.30pm petang.  Tapi nearly 4.15pm baru sampai Seremban sebab bus tu ada masalah tayar pulak.  Patutlah bila check lama betul dia tersadai di lokasi yang tertulis "Cendol Kuala Pilah".  Ingat dia gi layan tekak makan cendol.


Budak ni nak keluar gi main dengan kawan-kawan dan disebabkan dia nak gi main tanpa makan kuih (sebab katanya dia tak suka cakoi), silalah buatkan air panas satu teko untuk kami.  "Kakak mesti rindu air Alip nanti", katanya.  Alahaiiiii anak bongsu ammi.  Dah macam gitar badannya.  Pakai seluar pun kena gulung gitu.

Berboraklah anak dara dan emaknya sampai ke hampir pukul 7pm pastu menggelupur lapar lagi.  Ehhhh dah kenapa perut ammi hari Jumaat tu?  Teruk betul.  Sebab ammi "lupa" cara nak on dapur jadi kita order jelah makan malam.

Dahlah lapar memanjang dari pagi sampai ke malam, level malas pun mencanak-canak di hari Jumaat itu.  Apalah nak jadi dengan kamu ni Sharmila.  

0 comments