Sehari sebelum Merdeka

30.8.2026 - kami suami isteri terpaksa berpisah haluan demi anak-anak.  

Awal pagi dalam pukul 7, Abah dah gerak ke Melaka sebab Khilfi ada game bola dengan kawan-kawan sekolahnya.  Dorang set game dengan budak-budak dari sekolah lain di Melaka.  Memula plannya hari Sabtu tiba-tiba tukar jadi Ahad pulak.  Kalau tukar lagi selamat tinggallah planning korang...memang tak dapeklah nak join.

Ammi pulak terpaksa teman Kyra naik KL.  Dia plan dengan kawan-kawan SESS nak jumpa di KL.  Nak lepaskan dia naik bus sorang-sorang dari Seremban ke KL memang belum sampai masanya lagilah.  Lagipun sedangkan hari bekerja pun selepas jam 7 pagi memang bus penuh dengan warga asing, ini kan pula hari cuti.  Lagilah ramai.  

Kyra berjanji dengan kawan jumpa around 10.30pagi di LRT Pasar Seni.  So, ammi pun belilah tiket bus pukul 9 pagi dari Seremban.  


Sempatlah sarapan dulu jap.  Senang dah bila anak-anak dah besar, kita order je dengan dorang, biar dorang yang serve kita pulak.  


Budak yang jaga outlet ni sorang je.  Minta hot coffee dia bagi iced.  Pastu bila mintak tukar, eh berkepul creamer dalam coffee tu bila ammi buka lid.  Kenapa tu nak oooiii?  Marah ke?


Dari kecik sampai ke besar, kalau suruh pose memang ginilah tangannya.  


Tengah dalam bus, abah hantar gambar ni.  Anak bujang tengah main.  Tapi gitulah...nampak sosoknya aja, muka blur.  

Masa naik bus dari Seremban tu, ammi naik je bus tu ammi tengok memang full dah bus tu.  Ehhh apa hal full?  Ammi turun balik cakap ngan budak yang jaga tu, dia naik balik check satu-satu tiket.  Hmmm adalah warga asing yang salah naik bus.  Ada yang beli tiket 2 tapi naik 4 orang (dengan 2 anak kecil pastu anak dia letak kat satu seat).  Memang penuhlah jadinya.  


Naik bus pukul 9 pukul 9.54 pagi dah sampai di Central Market.  Nak pergi sarapan, kami dah sarapan di Seremban tadi.  Tunggulah kawan-kawan Kyra yang janji pukul 10.30 tapi dekat 11.30 baru yang pertama sampai.  Kyra cakap "ammi geraklah dulu pergi massage, kakak tunggu kat sini".  Ehhhh tak payah.  Sampai ada salah sorang kawan datang baru ammi gerak.  Dibuatnya kawan-kawan tak datang satu hal pulak.

Kita pun duduklah di tepi sudut mesin autopay tu, borak anak dan emak sambil-sambil tumpang caj handphone kat tepi mesin tu.  Habis dia korek macam mana ammi dengan abah jumpa, macam mana itu, macam mana ini.  

Sampai je sorang kawan dia, ammi pun geraklah ke Sogo naik LRT.  


Lebih kurang jam 12 tengahari ammi sampai di Sogo, terus jelah naik ke Manjakaki di tingkat 7 tu.  Tengok senarai harga, maka ammi decide untuk ambil urutan kaki & badan selama 2 jam.  Harga cuma RM145 je jadi why not.  

Masa tengah urut kaki tu borak-borak dengan adik yang mengurut tu.  Ammi tanyalah surau kat tingkat berapa sebab ammi memang tak pernah solat di Sogo.  Kata dia "akak solat je dekat sini lepas habis urut nanti, ada surau staff yang kecik, hari ni hari Ahad dalam surau Sogo tu mesti penuh".  Alhamdulillah, mudah urusan ammi.


Lebih kurang 2.30pm ammi selesai urut dan solat di Manjakaki.  Terima kasih Tasya atas layanan yang baik dan mesra. 

Selesai bayar semua ammi berjalanlah konon nak cari tempat makan.  Tapi food court tu macam full pulak.  Tak apa, kita turun cari barang di bawah dulu, memandangkan ammi dah plan nak jumpla Linda, ammi pergilah cari hadiah untuk dia.  Dah rasa betul-betul lapar nanti baru cari makan pulak.  


Naiklah balik ke tingkat 7 ni sebab foodcourt di tingkat 6 memang full sampai pukul 3.


Ammi order mee ayam dari kedai Waroeng Penyet.  Makanlah slow-slow sebab ammi tengok live location anak dara ni ehhhhh dorang dah sampai MyTown pulak dah.  Masa ammi mengurut tu ammi check dorang kejap kat Bangunan Sultan Abdul Samad, kejap kat Jalan Sultan, kejap kat Central Market. 


Patutnya berempat, tapi cuma bertiga je akhirnya.  Sorang dapat tawaran di Asasi UiTM, sorang Asasi Pertanian (Asper) di UPM dan sorang di Matrikulasi.  Semoga teruslah berukhuwah ye anak-anak.


Ini video di IG Kyra, tengah Kyra dok post tetiba datang budak cina rambut perang ni mem'photoboom' dibelakang.  Ehhh nakal eh awak ah chai.

Selesai makan, macam awal lagi ammi pusinglah tingkat yang jual ladies apparel.  Nak beli seluar tapi tengok barisan di cashier macam ular kena palu, maka kita letak balik seluar itu.  Pergilah terus ke tingkat bawah yang ada jual perfume bagai tu dan tengok eh murahlah pulak harga perfume ni.  Ada banyak sale sempena apa ntah.  Sempena nak merdeka kot.  Orang pun boleh tahan ramainya.  


Belilah perfume zaman acik-acik ni.  Ye, orang muda mana maunya pakai yang ini lagi dah.  Harga normal untuk yang 75ml dalam RM140-150 camtulah.  Tapi hari itu dapatlah pada harga RM109.00.  Takkan nak tengok je, belilah satu buat hadiah hari lahir untuk diri sendiri.

Lebih kurang 4.30 ammi geraklah dari Sogo ke stesen LRT Plaza Rakyat dan ammi suruh Kyra nanti berhenti di stesen MRT Merdeka sebab dia kat MyTown.  Ammi sempatlah solat asar dulu di surau LRT (panas berpeluh-peluh kat dalam ni sebab guna kipas berdiri yang menunduk malu je tak mau mendongak) dan bila selesai solat tengok tren dia semakin menghampiri stesen Merdeka.  


Ammi ni tunggulah di pertengahan jalan.  Tunggu punya tunggu eh makin jauh pulak location dia.  Argghhh sudah.  Ammi call, rupanya instead of berjalan menghala ke stesen LRT Plaza Rakyat, dia menghala ke arah Stadium Merdeka.  Auchhhhh ammi suruhlah dia patah balik.  

Risaukan anak dara, kita masuklah ke dalam laluan stesen MRT.  Alhamdulillah bila tengok location, kami semakin menghampiri satu sama lain.  

G

Akhirnya, bersatulah semula ibu dan anak yang terpisah sejak jam 11.30 pagi tadi.  Hahahha drama tak?

Naik je bus di stesen bawah Puduraya tu, tak sempat bus jalan, dia yang "jalan" dulu.  Penat betul ni.  Ammi?  Ammi layan jelah Agent Kim Reactivated yang semakin menarik.

Begitulah hari kami bila terpaksa berpisah demi anak-anak.  Abah jadi sakit kepala drive dari Melaka ke Seremban sebab cuaca panas sangat.  Khilfi pulak, ammi sampai rumah tengok kaki dia tengah dituam dengan ice.  Injured pulak anak lanang ni.  

0 comments