Bukan Friday the 13th

Hahah tajuk.  Tiba-tiba teringat cerita hantu zaman kekecik dulu.  

Pagi Jumaat lepas ammi keluar ke Jabatan Pendaftaran Negara sekejap.  Ada sedikit urusan pertukaran identiti perlu dibuat.  Boleh tahan rumit juga nak tukar butiran pengenalan kita, tapi takpe.  Pelan-pelan kita kayuh biar selesai dan mudah dikemudian hari nanti.

Balik tu macam malas nak masak, tapi ah masuk jelah dapur tu tengok apa yang ada sebelum nak mulakan operasi melipat kain.

Hampir terlupa ammi ada beli sotong kering yang dijual di TikTok.  Ikut kata seller, sotong ni perlu direndam dulu untuk nak buang masin-masinnya.  Lepas tu kena juga dibersihkan bahagian dakwat tu.  Tapi memang ammi 'treat' dia macam sotong putih tu teruslah.  Buang kulit, buang tulangnya, buang mata, gigi.  

Taktau nak masak apa sebenarnya sebab risau ada rasa yang kurang menyenangkan.  Tengok masih ada lagi rempah pes kicap kak Zaidah yang ammi beli haritu.  Kita cuba jelah.


Tapi ammi tambah jugalah halia hiris, dan tambah juga lagi cili blend sebab nak bagi pedas.  Tak pedas tak ngamlah pulak di tekak kami nanti.  Rasanya macam oklah boleh diterima tekak ammi.  Ada baki lagi sikit, nak buat masak apa pulak ntah.  




Ammi pun tak sure berapa harga sotong kecik basah kat pasar.  Yang ammi beli ni, RM25 untuk 500gram.  Mahal ke murah korang?






Pastu panaskan je baki kuah pari pecal ke apa ntah yang abah masak hari Khamis.  

Memandangkan lepas solat Asar abah ajak ke rumah persinggahan kakaknya di Bangi, jadi baki lauk ni kita simpan je dalam peti ais. Masa nak ke rumah kakak ipar kami singgahlah pasar malam.  Belilah murtabak untuk minum petang.  Sekali bila sampai rumah kakak ipar ayat dia "Ya Allahhhhh, terima kasihlah Aman, Sheila bawakkan makanan.  Kaklang memang tengah lapar sangat ni".  Alahaiii siannya.

Lepas Maghrib marilah kita makan diluar.  


Eh tiba-tiba family dadek pun ada.


Dan Alip bila dah ada dadek dia duduk jauhhhhh dari abah ammi pun takpe, asalkan dekat dengan dadek.  

Alhamdulillah, dapatlah berjumpa dengan Adam & family sebelum di balik semula ke Jepun.  







0 comments