Masak-masak di Sekinchan

Sebelum kami ke Sekinchan geng semua memang dah plan yang kita masak sendiri-sendiri di dapur masing-masing pastu konon nak makan bersama-sama.  Sekali bila sampai di situ, ehhhhh rumah Ammi, Along & sepupu dedekatlah.  Rumah lagi 2 orang tu boleh tahan ke belakang.  Sudahnya masak dan makanlah sendiri-sendiri.

Dan ikut perancangan awal, hari Jumaat kita masak sendiri.  Hari Sabtu kita masak beramai-ramai.  Itu pun bertukar juga plannya bila sampai di homestay.  

Jadi hari Jumaat lepas ammi dapat masuk bilik je teruslah siapkan lunch sebab jam pun dah pukul 1.30pm.  Barang basah ammi minta along je carikan dan kitorang memang dah plan nak masak asam pedas guna pes Kak Zaidah yang ammi beli haritu.  

Kita buat asam pedas ayam jelah, semua orang boleh makan.  Bila masak dengan along, ammi kena laju sikit sebab along ada "kepayahan" nak bergerak.  So, ammi bagi along tugasan potong-potong je.  Yang lain ammi dan KakNgah Miza (anak buah abang ipar ammi) yang buat.  Jadi dialah yang jadi orang kanan ammi.  Sepupu ammi tu sampai lewat sikit sebab stuck di mana ntah ada accident.



Tadaaa...plan asal masak asam pedas ayam, taugeh goreng dan telur masin je.  Tapi eh macam banyak je ayam ni sebab risau pes tu tak cukup untuk 1 ekor ayam, jadi ammi ambil bahagian isi kita buatlah ayam goreng kunyit sikit.

Ammi guna 3 paket pes asam pedas, dan sebelum tu ammi tumis juga cili blend yang memang along dah bawak dari rumah sebab risau kuahnya cair je nanti.  Kesimpulannya, pes ni bolehlah digunakan untuk memudahkan urusan memasak bila emergency cuma ada rasa manis sikitlah.    

Pagi hari Sabtu, ammi buat nasi goreng kampung guna pes cili yang ammi dah buat haritu, buat juga nasi goreng telur untuk budak-budak dan cekodok.  Gambar tak ingat pulak simpan di handphone sapa.

Untuk tengahari Sabtu yang plan asal masak bersama-sama terpaksa ditukar.  Jadi kita pun keluarlah untuk cari bahan basah dan bahan untuk shell out malam nanti.  


Masih lagi guna ayam walaupun duduk ditepi laut sebab ada je yang anak-anak mereka tak makan ayam.  Lunch hari Sabtu kami masak untuk 4 family sebab Ina (biras along ammi) memang tak bawa peralatan dan bahan memasak langsung.  Yelah plan lain, lain pulak jadinya kan.

Kita masak ayam masak lemak cili api (guna je pes cili api yang along memang dah bawa dari Seremban), ikan bawal kecil goreng garing, kobis goreng dan ikan bilis petai balado.  

Daun kunyit, daun limau, daun kesum (hari sebelumnya) semua kita petik je di keliling homestay.  Tuan tanah kata guna je apa yang nak diguna.

Untuk menu malam Sabtu kita beli bahan shell out pastu rebus siap-siap di dapur masing-masing pastu kita makanlah juga asing-asing.  Kuah stimbot tu ada member dirumah belakang yang masakkan dan kita tinggal curah dan gaul je dalam bekas kita.


Bergoyang pulak gambar shell outnya.  Takdelah kita nak bentang atas meja, letak je dalam periuk tu dan makan dalam plate masing-masing.

Hari Ahad kami tak masak apa-apa sebab awal pagi juga ammi gerak check out sebab nak hantar Khilfi balik ke asrama.

0 comments