Alhamdulillah selamat perjalanan kami pergi dan balik Sekinchan minggu lepas. Plan ni dah lama dirancang dengan geng camping sejak dari Januari 2026. Memasing tak percaya sebegini lama kita dah booking tempat ni. Sebab in between tu dorang dah beberapa kali juga pergi camping. Dorang beberapa kali bercamping...ammi baru sekali je tahun ni.
Ada 6 keluarga semuanya, dan mereka plan untuk berkonvoi di awal pagi Jumaat 4/9/2026 ke Sekinchan tapi ammi awal-awal lagi dah cakap taknak. Along kata "dia keluar dah perangai anak no. 2 dia". Ahaksss, saya tak suka hidup saya diatur-atur. Biarlah saya bergerak sendiri sebab hanya suami saya je boleh atur hidup saya. Lagi pun ikutkan planning asal Kyra nak follow kami. Jadi kalau dia follow memang tengaharilah baru kami gerak dari Kuala Pilah. Tapi hari Rabu dia memang dah bagi kata putus yang dia tak boleh follow sebab Sabtu pagi ada kelas MUET.
Geng lain dah gerak dari Seremban seawal jam 7.30 pagi. Ammi masa tu masih lagi santai-santai siapkan makan & minum kucing, tempat tidur, tempat yak-yak, set camera kucing semua. Ammi sekarang ni kalau keluar memang akan letak je anak-anak bulu ammi si Popia Nasuha, Zaitun dan Aswad di luar rumah. Dulu ammi letak dalam rumah, tapi huru-hara jadinya dalam rumah. Alas kaki depan pintu masuk sampai ke dapur terus perginya padahal bawah alas kaki tu jenis yang grip kuat ke lantai. Jadi bila mereka semua diluar rumah ammi kena sediakan extra minuman sebab nanti ada kucing lain yang tumpang makan & minum. Tang makan ok sebab ada automatic food dispenser, tang minum tu memang kena letak few bekaslah.
Lebih kurang 8.30 kami dah sampai di R&R Seremban. Ammi ingat nak makan kat
Sisik Sehijau Dedaun di Seri Kembangan tu, sekali abah kata kita tak lalu situ. Hmmmmm majuk.
Ammi rasa ammi memang patut ban R&R Seremban menghala ke Utara ni lah untuk family Ammi. Ammi ni memanglah spesis tak berapa suka makan nasi lemak bagai, jadi tiap kali disini ammi akan order yang jenis berkuah, macam mi sup, lontong, soto. Tapi dah 2 kali makan dari kedai yang sama TAK SEDAP wei. Tolonglah satu-satunya kedai yang jual makanan berkuah ni, tolong jaga kualiti makanan anda. Khilfi order laksa dari kedai yang sama pun kata takde rasa laksanya. Hellooooo budak lelaki 16 tahun yang biasanya belasah je semua benda pun kata takde rasa maknanya memang takde rasa.
Ammi tambah roti kaya butter ni, 3 keping RM10. Pastu tamak tambah lagi karipap godang 3 biji RM6.
Khilfi pakai baju yang adik ammi bagi. Satu bag adik ammi bagi baju yang dia tak muat, mana yang anak-anak ammi nak dorang ambil mana yang taknak kita letak je di tong pakaian terpakai tu nanti.
Bila Khilfi pakai dah nampak macam abinya pulak. Mungkin sebab "warna" dorang sama kot. Ahaks.
Lebih kurang jam 11.30 pagi kami dah sampai Sekinchan tapi geng konvoi tak sampai lagi sebab masa kami sampai area Kuala Selangor tu kami nampak kereta-kereta mereka di kedai makan. Ohhhh baru nak sarapan rupanya. Apo dah jam 10 lobih tak sarapan laie?
Ehhhhh sudahnya kita rondalah masuk ke
Pantai Redang dulu. Abah kata dalam kereta tak ada payung, jadi ammi pun belilah topi RM10 ni satu. Panas berdonting weiiiii, nak bukak mata pun tak larat.
Duduklah kejap disini melayan angin. Nasib juga berangin.
Kejap tu marilah kita cari tempat nak beli barang keperluan Khilfi untuk balik asrama Ahad nanti. Masa ammi lipat kain baju dia, socks dia dah kategori keras kejung dan bocor di tapak. Ammi pun pelik macam mana dia boleh pakai socks sekeras itu. Belikan juga stok ubat
sinus untuk dia.
Ammi cadangkan untuk beli pancing sebab kita ni akan duduk di homestay di tepi sawah nanti. Katanya boleh buat aktiviti memancing. Beli untuk anak-anak jelah...tapi bila sampai situ, hahahahh tak murah ye harga fishing rod. Mujur budak kedai tu tunjuk
pancing puyu yang harganya cuma RM16 je sebatang. Okkkkk...kita amik ni je 2. Korang bukan pernah pergi memancing pun.
2 pancing puyu + mata kail + umpan cacing & cengkerik + tali segala bagai = RM50.00. Ahhhhh lega poket abah.
Kejap tu abang ipar ammi mesej kata dah ada bilik homestay yang boleh masuk...jadi marilah kita ke kawasan homestay je.
Masa kami sampai bilik ammi belum siap dikemas. Yelah, waktu check-in pukul 2 sebenarnya. Jadi kita sabar jelah tunggu. Yang gi awal sangat buat apa?
Hampir ke waktu zohor baru ammi boleh masuk bilik, on aircond dan yang lelaki pun teruslah ke masjid berhampiran. Ammi dan along ammi kita pun mulalah keluarkan bahan untuk nak masak lunch.
Walaupun kita pergi 6 family tapi kita masaklah asing-asing. Tekak lenlainkan. Along, Ammi & sepupu ammi kita masak bertiga sebab bilik kita memang cun-cun dedekat dengan dapur.
Nantilah ammi sambung. Nak baring jap, sakit pulak pinggang belah bawah ni.
Hihi..perangai anak no.2 memang tak boleh ubah kan. Jarang sekali nak berhenti di R&R sebab kurang suka makanan kat situ, tak nak kecewa kalau tak kena dengan selera. Kadang dorang ni jual sebab nak jual je tak fikir sedap ke tidak. Orang yang berhenti mesti akan beli sebab tiada pilihan.
ReplyDeleteKat Pulau Redang tu masih ada bau lagi tak Ammi? Dulu pergi bau tu kuat betul. Tak tahulah bau apa.
Tak pasal-pasal terbeli fishing rod sekali ek. hihi...
Okaylah homestay asing-asing bilik. Lebih selesa dan privacy sikit.