Hari Sabtu (26/9/2026), Alip ada Kem Bestari Solat di sekolah. Awal pagi ammi buatkan dia maggi sup ayam je. Dia makan sikit je sebab katanya nanti kat sekolah nak beli kat gerai-gerai jualan yang ada. Sekolahnya jadi tuan rumah juga untuk pertandingan bola sepak 5 sebelah.
Disebabkan dia tak habiskan maggi ayam tu, ammilah terpaksa habiskan. Abah, silalah sarapan diluar je ye lepas hantar Alip gi sekolah nanti.
Ammi ingatkan kelas memandu Kyra awal pagi, pukul 3 petang rupanya. Patutlah lepas Subuh tu dia bantai tidur balik. Lantaklah kamu, takde sarapan dirumah. Pandai-pandailah makan je biskut yang ada bila bangun nanti.
Lepas Alip ke sekolah, susun-susun almari baju ammi pastu eh memanggil-manggil pulak katil tu. Mohlah baring sambil layan drama. Pukul 10 lebih dah terasa lapar sangat perut ni. Semalam dah seharian malas, takkan harini nak malas lagi. Marilah ke dapur tengok apa nak dimasak. Tengok dalam sinki dapur abah ada beli ayam & sayur.
Kita buat ayam halia jelah.
Pastu ada baki sotong kering tu, ammi buat tumis cili gini. Ok sedap juga buat cara gini.
Buat siew pak choy campur mushroom ala-ala chinese style.
Jarang-jarang berlaku lunch cepat siap ni. Nampak sangat perut tu lapar tak boleh dibendung lagi. Tapi ammi tunggulah Alip balik dari sekolah. Sementara tu, alaslah perut dengan secawan kopi susu.
Gitulah makan tengahari kami di hari Sabtu. Sup meatball tu baki lauk dinner kami hari Khamis sebenarnya. Hari Jumaat tu kan seharian ammi malas masuk dapur. Abah memang kalau hari ammi ada rumah dia pun jadi auto tak reti dapur kat mana. Ahaksss.
Dalam 2 lebih abah hantar Kyra ke kelas memandu dan abah terus je ke KL sebab ada game bola. Pukul 6 petang habis kelas memandu Kyra balik sendiri naik grab.
Hampir nak ke pukul 7 tiba-tiba hujan lebat. Dan time tulah pulak tekak ni terasa nak minum kopi. Taknak kopi buat sendiir nak kopi beli. Ehhhh gedik ko ek.
Hujan berhenti je ammi terus order dari Zus.
Pistachio Chip Frappe untuk Kyra
Double Choc Chip Frappe untuk Alip
Hot CEO Latte untuk ammi.
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
0 comments