Angin kus-kus

Hari Khamis minggu lepas ammi balik kerja rasa agak letih badan ni.  Ammi ada tugasan lagi malam tu sebab esoknya kami nak ke Sekinchan.  Ammi belum pack apa pun lagi.  Memang kena pack sebelum tidur sebab kalau tak tidur ammi confirm tak ada quality asyik teringat-ingat je nanti.

Sampai rumah, letak bag dalam bilik teruslah macam biasa cabut tudung sambil berjalan ke dapur untuk dinner.  Bila pijak je lantai dapur aishhhhh...apa ini?  Melekit berminyak.  Ni mesti budak lelaki berdua ni buat projek goreng fries ke apa ntah sampai merecik-recik minyaknya.  Bapak budak-budak lelaki ni pun mungkin juga punca lantai berminyak.  Ini boleh mendatangkan marah.

Lepas makan malam dan solat maghrib, sila salah sorang masuk dapur tolong mop.  Ammi dah masak air panas siap-siap.  Yang si abang tolak si adik, yang adik tolak nama si abang.  Sudahnya, ikut je arahan ammi. Abang basuh mangkuk, buang sampah, cuci sinki.  Alip mop lantai dapur mula dari area meja makan.  Nak sangat bertolak-tolak kerja.  

Time tulah pulak tiba-tiba lepas solat maghrib nak baca yasin, nak mengaji.  Ehhhhh buat dulu apa yang ammi suruh.  Hari biasa lepas solat tak sempat doa terus je lipat sejadah capai handphone, tiba harini nak mengaji bagaikan.  Dan dengan laju tangan ammi pun lock je phone dorang.  


Ok...done acara membebel untuk hari itu.  Boleh pun mop rumah budak umur 12 ni.  Tengah-tengah cuaca panas ni sibuk pakai legging main bola.  Tak belengas ke dalam seluar tu?

Masalahnya lepas solat Isyak takde pulak nak capai yassin ke, Al-Quran ke.  Tadi masa suruh buat kerja beriya memasingkan.

0 comments