25.8.2026 - 27.8.2026 anak-anak Superisme2327 ada kem kepimpinan di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah.
Back to back sebenarnya aktiviti anak-anak tingkatan 4. Di saat pelajar lain semua balik cuti wajib, anak Superisme perlu kekal di sekolah sebab ada perkampungan ilmu. Di saat anak lain kembali ke sekolah, anak Superisme ke Kem Kepimpian Jati Diri pulak. Ini namanya pengorbanan ye anak-anak. Ammi pasti anak-anak semua happy je sebab bila cikgu kongsi gambar candid anak ammi tengok dorang senyumlah, gelaklah.
Apa pengisian program pun ammi lupa kat mana ammi save. Jadi apa gambar yang ada jelah ammi letak kat sini supaya nanti-nanti abang boleh tengok semula. Dia ni rajin juga terjah blog ammi dengan kawan-kawan bila dorang sempat masuk bilik komputer.
Apa yang dorang tengok ntah, dengan cikgu kelas abang pun ada sekali.
Anak-anak ada belajar cara dan teknik penyembelihan ayam. Alamak tuan, ngeri lak ko ye tengok darah tu.
.png)
Lepas dah sembelih takkan nak buang ayam tu, gi bersihkan sebab lepas tu dorang ada acara masak-masak secara berkumpulan.
Patutlah kena pegang ayam tadi, harini birthday dia rupaya. Cikgu Addmath kelas anak ammi.
Ada parents yang sponsor kambing golek. Allah, semoga murah rezeki ayah kepada pelajar ni. Masa jamuan hari raya haritu orang yang sama juga sponsor kambing golek. Semoga perusahaan kambing Tuan semakin maju dan sihat-sihat kambingnya ya.
Terima kasih SARANA Superisme yang sentiasa disetiap program anak. Kadang-kadang ammi terfikir dorang ni tak penat ke ek balik kerja pastu gi sekolah anak-anak di sebelah malam untuk menyantuni anak-anak. Semoga Allah jelah yang balas budi baik kalian ni.
anak ammi berada dalam kumpulan 9
Pelajar perlu buat persembahan untuk kumpulan. Ada yang buat sketsa tapi anak ammi macam biasalah...nak berlakon malu. Jadi dia menyanyi jelah.
Semoga banyaklah ilmu, dan perkara-perkara positif yang abang dan kawan-kawan dapat daripada program ini.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
0 comments