Hari Jumaat lepas macam biasa ammi work from home. Pagi ammi on laptop, tunggu isyarat dari boss untuk filekan online document tiada isyarat.
Time ammi baru je on dapur hampir ke pukul 12 masa tu, ehhhhh sampai pulak isyarat itu. Nak teruskan masak or nak buat kerja? Kita buat kerjalah dulu sebab saya memang sepatutnya kerjakan. Lagi pun hari Jumaat biasa kitorang makan lepas Abah & Alip balik dari solat Jumaat.
Ammi masak lauk apa pun ammi tak ingat sebenarnya sebab takde gambar. Yang ammi ingat ammi suruh abah beli nasi 1 bungkus sebab ammi malas nak masak nasi. Ammi perangat je baki nasi hari semalam. Ammi rasa masak ayam kot. Eh entahlah.
Petang, ammi ajak abah gi cari pasar malam sebab sejak balik dari kenduri tunang anak buah di Taiping tu ammi macam teringin je nak cari bubur gandum ke bubur barli ntah. Ehhhh teringat-ingat kesedapan bubur tu.
Mula-mula kami sampai di Rasah Jaya sebab ikutkan google kata kat situ ada pasar malam. Bila sampai situ (taktaulah kami awal sangat ke apa), ada 2 gerai je pastu satu kat hujung sana, satu kat hujung sini. Biar betul. Ini bukan pasar malam, ini berniaga malam.
Pastu kami ke Pasar Malam di Ampangan jelah.

.png)
.png)
Teringin tak apa. Jangan 'mengidam' je. nanti kena pie check pulak. ha ha ha
ReplyDeleteSaya tak pernah makan bubur gandum. Sedap ye, yang jual di Tepeng? Nanti kot tersampai sana, kita try cari. Jeles la tengok Ammi ni, rajin makan salad. Nak tiru, la. 😁
ReplyDeleteBubur gandum akak penah buat dulu. atas permintaan arwah. lps tu tak penah la buat lagi. sedap pulak tgk jagung gaul kelapa tu.
ReplyDeletepernah makan bubur gandum kat Kedah....eh sedap la pulak Ammi.
ReplyDeleteSedap bubur gandum, my favourite too.
ReplyDeleteJagung rebus gaul kelapa tu favourite my late father. Yg pisang tu nampak sedap. Sekali pandang macam pulut dakap tapi besar sikit saiznya. Apapun kita suka makanan dulu² ni.
Kena g kedai bubur ni.. alahai.. sedap pula nampak nya
ReplyDeleteKerja wak kalau wfh satu kerja pun tak jadi.
ReplyDeleteEh terus terasa nak makan bubur gandum jugak sebab tak pernah rasa. Pasar malam dekat rumah saya ada gerai jual bubur jugak (bubur kacang hijau, bubur kacang merah, bubur jagung, bubur ketan hitam) tapi takde bubur gandum. Mana nak cari ni hmmm...
ReplyDeletetk pernh mkn bubur gandum
ReplyDeleteTak pernah lagi makan bubur gandum. Nak mencari jugalah, nak cuba rasa. Saya tak tahu pasar malam kat area sini kecuali kat college Height tu je setiap hari Khamis.
ReplyDeleteSebab tu kita kena ambil gambar, senang nak recall. hihihi.
Rasa macam tak pernah makan bubur gandum.
ReplyDeleteBubur gandum nih macam rare di sini. Tak pernah lihat pula ada yg jual. Tp saya selalunya suka je dengan segala jenis bubur 😄.
ReplyDeleteKalau dj sini jagung yg ditaburi kelapa parut itu namanya GRONTOL jagung kak 😄. Tapi ada juga daerah di Jawa yg sebutnya BLENDHUNG atau BLEDHUS.
Dulu babysitter saya suka buatkan saat saya masih kecil 😄😄. Sukaaa. Ditambah taburan gula sedikit
Kak SA x pernah makan bubur gandum tapi ammi dah post ni...rasa nak cuba plak..tapi tu la..mana nak carikkkkkk
ReplyDeleteMZ pengemar bubur tp mcm tak pernah mkn kot bubur gandum
ReplyDelete