Hari Sabtu lepas awal pagi tekak teringin nak makan asam pedas. Ammi pun defrost daging yang seketul besar husband beli. Ammi potong-potong cili kering untuk direbus sebelum mula menyapu, mop semualah.
Daging tu tak defrost betul pun ammi masukkan je terus dalam pressure cooker. Sebab nanti pandailah dia nak lembut kat dalam tu kan. Letak air lebih sikit sebab konon nak simpan air rebusan daging supaya senanglah kalau buat mihun sup ke, dah ada broth sesiap.
Ammi set pressure cooker 40 minit sebab memang nak daging tu lembut. Biarkan pressure cooker buat kerja ammi pun beriya vacuum rumah. Kejap tu (after about 30 mins) ammi terbau hangit. Pergi cari mana datangnya rupanya dari pressure cooker. Terus offkan dan release steam yang ada.
Bila buka tudung pressure cooker tu, laaaaa kering kontang air yang banyak-banyak ammi letak tu. Daging tu pun dah jadi macam daging salai.
Hmmmm...ammi basuh bahagian yang hangit ni, pastu ammi slice jelah daging ni. Takkan nak buang pulakkan.
Sudahnya instead of masak asam pedas, jadilah masak lomak cili api daging salai (hangit) ahaks. Ammi tengok getah disekeliling inner lid pressure cooker tu elok je intact, tapi apa punca air semua keluar entahlah. Memang air penuh kat atas table top tu (air tu keluar as steam).
Tak jadi lauk merah, kuning pun bolehlah. Lagi senang tak perlu nak tumis lelama cili bagai.
Cili yang ammi dah rebus tu ammi blend je dengan minyak sepenuhnya pastu masukkan je dalam bekas. Pandai-pandailah abah nak masak apa nanti.
.png)
Ada sebiji telur masin dalam peti ais yang dah siap direbus. Ada 2 ketul ceri tomato. Kita habiskan. Masalahnya tinggal 2 ketul tu...apsal ek tak habiskan je terus?
Goreng baki sepokok siew pak choy dengan carrot & shitake mushroom.
Pagi lepas potong cili ammi kopek garlic pulak. Teringin nak buat lagi garlic oil sebab yang ammi buat dulu dah habis. Alhamdulillahhhh...dapatlah banyak gini. Untuk batch ke-2 ni lepas dah agak brown bawangnya ammi tapis terus supaya cepatlah berhenti proses bawang tu masak. Yang dulu tu cuma alihkan dari atas dapur je tu yang macam rentung sikit bawang gorengnya.
Itulah orang kata, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sampai harini masih belum fulfill lagi keinginan nak makan asam pedas tu.

.png)
.png)
.png)
Tetiba jadi daging salai tanpa dirancang ye. Nasib baik masih boleh dimakan tu.
ReplyDeleteKnob tu letak pada tempatnya tak? Kalau PC PH kena alih knob tu pada tanda seal, baru dia pressurerize. Kalau tak jadi steam la even kita set pressure cook.
ReplyDeleteMasak lomak pun sodap Ammi. Cuma craving for asam pedas belum satisfy la ye :D
Ha ah, betul juga cakap PH di atas.
ReplyDeleteOkay juga tu, jadi lauk salai pun sodap. 😋 Takpe, boleh masak minggu ni, asam pedas ya.
alahai... tak jadi lagi asam pedas ye. Tapi masak lomak pun sodap. saya lagi suka masak lemak berbanding asam pedas sebab saya orang pahang. Lepas masuk belajar kat Johor baru saya bertemu dengan asam pedas.
ReplyDeletehehe ok laa tu terus jadi daging salai.. masih boleh dibuat masak lemak..
ReplyDeleteSaya pikir tadi tahu goreng sebelum baca tulisan 😅😅😅. Ternyata daging sedikit hangus ya kak. Eh tapi bisa beralih ke lemak salai tak apalah 😄👍👍. Sedaaap jugaaa
ReplyDeleteSebut asam pedas terus teringat PZ ada beli ikan pari...ehhh....kita lupa la nak masak....
ReplyDeleteAduhaii..lain pulak yang jadi. Mungkin ada yang tak berfungsi kot Ammi. Tahu-tahu kering pulak airnya ye.Jadi lauk kuning pun sodap. Takpe, cuba minggu ni pulak masak asam pedasnya.
ReplyDeletesaya jrg guna pressure cooker....biasanya guna utk masak sup tulang or sup ekor ajer, or utk rebus daging bagi empuk...so far tak pernah try campak daging yg masih beku dlm tu hahahah tak berani nak try
ReplyDelete