Makan Nasi Toyu

Hari Jumaat minggu lepas 28.8.2026 selepas jemput Alip dari sekolah kita terus je shoot ke Melaka untuk jemput anak lanang ni pulak.  Kalini ammi bawa sekali balik kawannya sebab mak ayah dia kalau jemput memang malam baru dorang akan sampai ke Melaka.  Ayahnya kerja di Selangor, tinggal di Nilai.  Jadi, marilah kita jemput sekali.

Kadang-kadang budak Pandan (nama asal Irfan Danish) ni balik naik bus ke Putrajaya, tapi itu pun kena battle seat.  Sapa cepat dia dapat.  

Sampai di Melaka ngam-ngam masuk waktu Zohor, dan Abah singgahlah dulu solat Jumaat di Masjid Al-Alami, MITC.  Ammi dan Kyra tak masuk sekali sebab pernah dulu cuba masuk dan ruangan perempuan pun digunakan juga untuk jemaah lelaki.  Dah habis waktu Jumaat (walaupun dah pukul 2 lebih masa tu pun masih ada lelaki berbaring-baring dalam ruangan perempuan) jadi kami plan solat di tempat lain jelah.  

Anak-anak pulak haritu tak reti nak berlumba kejar bus awal dari masjid.  Melangok kami tunggu dorang.  Sampai je anak-anak bujang ni, masukkan bags semua dalam kereta kita pun geraklah ke Taman Merdeka.  Haritu ammi ada tengok orang kongsi kedai nasi kandar di situ.  Sedap katanya.


Sampai sini dorang dah nak kemas-kemas kedai sebenarnya.  Kedai ni memang buka untuk lunch je.


Ammi ambil set nasi kandar.  Memang akan dapat kuah campur gitu, ayam goreng, cili hijau sebatang, telur rebus sebijik dan sayur.  Itu pun ammi suruh letak nasi separuh je kat pinggan...kalau tak lagi segunung perginya.  Total kami makan 6 pinggan (4 set nasi dengan ayam + 2 set nasi dengan kambing) campur air semua dalam RM96.00.  Sedap!



2 orang rakan sekelas, rakan satu dorm sejak dari tingkatan 1.  Tahun ni sorang ambil Biology sorang lagi taknak Pure Science dan ambil Computer Science.  Ikutlah mana yang korang suka.  Khilfi pun awal-awal nak ambil CS juga tapi tak lepas pulak masa ada ujian kelayakan.  Jadi nak taknak ambillah Bio.  Budak Pandan ni terror wooo addmath.  Masa awal ujian diagnostik haritu, Khilfi dapat 41, Pandan dapat 90 lebih.....uishhhh.  Ko makan nasi DM sama macam Khilfi kan nak?  Transfer sikit kepandaian tu kat anak ammi.


Kami  makan di sini.  Nasi Toyu.  

Hantar gambar ni kat mak si Pandan dan ayatnya "apalah pesen rambut anak oghang ni?".... Ha gitulah pesen rambut anak kita bila sebulan tak dibawa ke barber.  Memang cepat panjang eh rambut budak-budak ni.  

Lepas makan baru Ammi dan Kyra berkejaran untuk solat Zohor.  Nak solat tadi tapi mengenangkan semua orang lapar, kita makanlah dulu.  Ustaz kata kalau lapar, makan dulu baru solat supaya masa solat ni fikiran kita tidak terganggu.  Baiklah ustaz, saya dengar cakap ustaz.

On the way balik tu boleh tahan banyak juga kereta.  Mungkin orang lain pun macam kami juga.  Ada yang dah mula cuti panjang sebab anak-anak cuti sekolah.  


Abah singgah beli coffee sebab mengantuk pastu pass kat air tin ni kat ammi.  "Mesti awak suka ni", katanya.  Teruja kita.  Lap-lap tin dan buka.  Sekali teguk terus macam "mehhhhh".  Suruh abah rasa, dan abah cakap "apoooooo rasa macam kopi jalang".  Jalang tu bukan maksud macam perempuan dot dot dot tu.  Tapi jalang tu macam cairlah.

Serius tak sedap ditekak orang yang jenis minum kopi pekat, dan yang suka rasa kopi yang pahit.  Kopi o ni rasa macam ko guna rendaman serbuk kopi yang dah recycle.  Macam dah 3-4 kali guna.  Cair betul rasanya.  

Mujur juga kami bawa balik Pandan, memang ayahnya sangkut dalam traffic on the way nak balik kerja.  Mak ayahnya sampai di rumah ammi di Seremban sekitar jam 10.30 malam.  Bayangkan kalau dorang kena lajak ke Melaka pulak.  Pukul berapa gamaknya baru boleh jemput anak ni dengan jamnya jalan raya tu.  Alahaiiii...lain kali kamu balik dengan pakcik jelah Pandan, tak perlu nak battle-battle bus bagai.

9 comments

  1. Dah memang kena redha je bila anak2 bujang sebulan duduk asrama. Bila sampai depan pintu rumah macam Alleycats dah, kembang semangkuk rambut depa.. hihi

    ReplyDelete
  2. Alahai..nama glemernya pun.. hahaha...
    Nasib baik ada Ammi.. boleh tolong bawa balik sekali

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr nasi toyu..kalo kopi wonda ni kita suka yg perisa kopi tarik or kopi mocha

    ReplyDelete
  4. Nanti try wonda extra presso... pun sedap

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah nasib ammi tergerak ajak dak pandan balik sekali kan, kalau tak mmg kesian dia kena tgu lewat malam. Silap² kena tido semlm lagi kat sekolah.

    Ok kita bkn penggemar nasi kandar so x moh komen pasal nasi ye 😅😅

    Air wonda ni mmg rasa dia lain macam sket.. pernah try yg ala kopi susu tp adeh mmg x bole nak telan

    ReplyDelete
  6. Aduhai nama glamer dia..terus aunty bau daun pandan ha....Kak SA x suka air keluaran Wonda ni...x best...

    ReplyDelete
  7. Omg kak, rindunya sayaaaa dengan nasi kandar 😍😍😍😍😍😍. Macam tak sabaaaar menunggu Desember, mau puas2 makan nasi kandar di sana 😄😍.

    Biasanya saya makan nasi kandar jarang kuah banjir. Tapi sesekali bolehlah. Sedap juga sebenarnya kalah kuah banyak 😄

    Saya pikir nasi toyu ini nasi jenis lain, ternyata nama si nasi kandar yaa 😄.

    Anak lelaki nih ntah kenapa rambut cepat sangat panjang. Saya nak panjangkan rambut, macam dah setahun tak gerak 😂😂. Asik sebahu saja, tak bertambah agaknya 😅.

    Pernah juga dengar ceramah ustad yg bilang begitu. Kalau lapar, kalau nak buang air, kalau nak minum, lakukan dulu, supaya sholat khusyuk.

    Masalahnya, kadang saya nih dah jaga wudhu sebab pakai make up. Kalau makan mungkin tak batalkan wudhu. Kalau buang air ini susah 😂. Dilakukan, batal wudhu, make up hrs hapus lagi, ulang pakai 😅😅. Itulah kenapa kalau pakai makeup saya memang lebih suka jaga wudhu

    ReplyDelete
  8. Kopi Wonda nih kan saya baca beberapa review, macam fifty-fifty yg suka. Ada yg bilang sedap, tp ada juga yg tak suka.

    Saya sendiri suka kopi pekat, jadi kalau Kaka bilang kopi nih cair, memang tak masuk kesaya.

    Untunglah si pandan ikut kakak yaa. Kasian pula kalau disuruh menunggu lama 😅

    ReplyDelete