Macam bosan je entry makan apa di pejabat ammi sebab balik-balik itu je yang ammi makan. Berat ammi tak turun pun sebenarnya sebab ammi pun tak jaga makan bebetul. Setakat harini 15/9/2026, pagi tadi ammi timbang berat ammi 66.6kg. Kalau ikut kepercayaan orang Kristian 666 ni adalah number of the beast ke camna ntah. Kira nombor syaithonnnn lah.
Hari Ahad balik dari Sekinchan tu, kami shoot terus ke Melaka untuk hantar Khilfi. Sampai Seremban dalam pukul 5 lebih terus jelah ke Family Store untuk cari bahan basah untuk meal prep ammi. As I said ammi bawak bekal ke office sebab kat area office ammi sangat susah nak cari lunch. Kalau ada pun ammi tak yakin dengan status halal. Kalau nak order je tiap hari boleh terkopak poket ni.
Balik terus je kita buat tugasan ibu macam biasa. Unpack baju kotor, clearkan bags semua pastu jomlah terus ke dapur. Ammi ada beli pes sambal adabi untuk marinate ayam. Lepas marinate ammi grill je terus malas pulak nak perap-perap dalam peti ais.
Ammi guna ni je pastu ammi tambahlah cili flakes sikit sebab yang ini kuranglah rasa pedasnya.
Hari Isnin makanlah salad bersama grilled chicken & mushroom. Bawak asing-asing, dah waktu lunch baru kita mix semua sekali supaya kekallah rasa rangup sayur tu. Ammi tiru menu
Subway Salad Bowl. Haritu beli satu bowl tu dalam RM20.00. Kita boleh tiru, kita tiru jelah walaupun tak sebijik sebijon.
Gigih ammi beli gerkin pickles dan olive untuk nak bagi sama macam subway bowl tu.
Hari Selasa boleh tahan awal ammi lunch sebab lapar sangat pulak rasanya. Ammi buat macaroni yang ammi campur je dengan ayam & mushroom yang memang ammi dah prep awal tu. Ayam tu memang banyaklah ammi buat, cukup untuk 4 hari bekerja.
.png)
Disebabkan ammi lunch awal, masa dalam
MRT on the way to
Merdeka Station tu ehhhh mengaruk betul perut ni. Dahlah, kita belanja jelah perut ni dengan
Butter Queen daripada
MammaBunz ni. Nak beli yang
Signature Mexican Bun tapi katanya kena tunggu lagi 4 minit. Ahhhh saiya ada bus ke Seremban yang perlu dikejar. Jadi tanpa rasa bersalah ambil jelah yang ada butter tu.
Hari Rabu kembalilah makan salad dengan bahan yang sama. Ammi letak potongan Yau Mak Tam, cucumber, tomatoes, sliced pickles, sliced olives, capsicum, grilled mushroom & chicken. Sos tu pulak ammi campur je Kewpie Hot & Spicy Sauce, Cream Sauce, sedikit Roasted Sesame dan
Peri-Peri Sauce dari Boss Brothers tu.
Hari Khamis ammi tengok masih ada banyak je grilled chicken tu jadi ammi bawak dia jelah. Sayur pun cuma bawak cucumber & tomatoes je. Cicahlah sayur tu dengan greek yogurt.
Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang, sebab petang sebelum nak balik tu ammi buat satu gelas lagi black coffee. Risau kejadian lapar masa balik berulang lagi.
Lemak tolonglah keluar dari badan saya sebab saya penatlah jalan jauh dengan berat yang macam ni. Rasa slow sangat pergerakan.
Setiap Khamis & Sabtu malam biasanya ammi akan minum satu sachet
Bellos Fiber ni supaya esoknya ammi boleh membuang dengan jayanya. Beginilah bila saya ada masalah pembuangan yang tak konsisten.
Ammi ni selalu je lupa nak beli stok buah tapi ammi pastikanlah ammi minum air yang banyak di office. Ada juga yang cadangkan ambil
probiotic ammi je yang belum cari lagi probiotic yang sesuai dengan diri & poket ammi.
Ringan banyak Ammi nak compare dgn PH huhu.... tapi takpe, teruskan usaha. Tak dapat kurus, dapat sihat :)
ReplyDelete