Makan Apa di Pejabat (5)

Minggu lepas ammi cuma kerja 2 hari je.  Rabu dan Khamis je.

Minggu ni pulak ammi cuma kerja 3 hari je.  Selasa, Rabu & Khamis.  Kalau ikutkan Selangor cuti hari Selangor tu (bagi yang nak ambil cuti jelah, bukan compulsory pun).  Tapi sebab ammi ada kerja jadi ammi kerjalah dan lajaklah terus jumpa dengan Linda.

Jadi apa yang ammi makan minggu lepas dan minggu ni di office ammi rangkumkan je dalam satu post.  


Hari Selasa malam ammi rebus telur, rebus ubi & carrot pastu ammi grill la sliced chicken tu sikit supaya esok pagi tinggal masukkan je dalam bekas ni.  Sekarang ni ayam pun ammi beli yang shabu-shabu cut untuk bekalan ammi.  Senang nak masak gitu.  Sayur lain tak ada dalam peti ais.



Sampai office ktia gaullah sekali dalam mangkuk.  Leceh pulak rasanya nak makan asing-asing.



Hari Khamis ammi macam malas je nak buat wrap.  Sebelum tidur malam tu macam dah plan esoknya nak buat egg wrap tapi bangun tidur lepas ko layan anak-anak bulu ko, ko terus malas.  

Jadi ammi order jelah Mushroom Chicken & Garlic Butter Salad dari Subway.  Harga semangkuk ni RM20 tapi bayar gunalah voucher, coins yang ada dalam Grab dapatlah dalam belas-belas je.  Sedap. Alhamdulillah.

Hari Jumaat ko makanlah ntah apa-apa kat rumah tu.  Hari lain beriya nak jaga makan konon.


Hari Rabu 2.9.2026, ammi bawa telur hancur je.  Dalam tu ada hirisan daging shabu-shabu yang ammi dah grill, pastu ada hirisan carrot & kobis yang ammi dah tumis-tumis manja dengan garam, pastu baru ammi curah 3 biji telur yang dah dipukul.  Taburkan cili flakes banyak sikit... dan alhamdulillah kenyang sampai ke petang.



Hari Khamis 3/9/2026 sekali lagi ammi malas nak bawak bekalan.  Memang malas dari awal sebab memang teringin nak repeat makan salad dari Subway ni.  

Kalini sampai je ha lebih meriah dari haritu.  Yang haritu nampak agak kering sikit, yang ini penuh dengan sauce.  Gitulah ye, beli dari outlet yang sama tapi bila yang sediakan tu orang lain, hasilnya jadi lain walaupun bahannya sama je.


Dia bagi sudu plastik, tapi ammi dok gaul pastu patah pulak garpunya sebab macam berat jadinya sayur-sayuran ni bila dah terkena sauce yang banyak.

Memang sedap tapi kalau ikutkan yang lebih sihat ammi rasa yang minggu lepas lebih menyihatkan sikitlah sebab sauce dia berpada-pada je.  Yang hari Khamis minggu ni punya meriah nau dengan saucenya tapi saya suka, saya suka.

Begitulah, hari ni hari Jumaat dan ko confirm akan makan lagi tak ingat dunia sebab ko kat rumah bersama anak-anak.

7 comments

  1. Yang sihat² je Ammi makan.. bagus tu

    ReplyDelete
  2. Wortel 🥕 ini saya menyerah lah kak 😅. Memang sudah nak makan. Kecuali dipotong kecil2, sehingga rasa khas dia tak terasa 😂. Cuma wortel dan bit saja jenis sayur yg saya tak suka.

    Salad dari subway nih memang sedaaap. Sayapun suka. Dan kenyang habis makan.

    Naah tapi kalau dia letak saus banyak sangat, sayapun tak suka. Cepat muak kan. Mungkin hrs letak notes saat pesan, saus terpisah atau jangan banyak

    ReplyDelete
  3. simple tapi menyelerakan
    uhhh nmpk sgt laa sy tgh lapar ni hahaha

    ReplyDelete
  4. Ada hikmahnya cuti kena pergi office, dapat jugalah dating dengan Linda sebelum dia berangkat ke tempat baru.
    Walaupun harga semangkuk salad tu mahal tapi berlaloi sangat kan. Cuma tu lah, lain tempat lain pulak penyediaan dia. Tak standard pulak semua branch.

    ReplyDelete
  5. Fair lah... 4 hari jaga makan.. 1 hari + 2 reward😁(ayat jeles dan dengki nengok orang diet😅)

    ReplyDelete