Kem Lead4ward Superisme

25.8.2026 - 27.8.2026 anak-anak Superisme2327 ada kem kepimpinan di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah.  

Back to back sebenarnya aktiviti anak-anak tingkatan 4.  Di saat pelajar lain semua balik cuti wajib, anak Superisme perlu kekal di sekolah sebab ada perkampungan ilmu.  Di saat anak lain kembali ke sekolah, anak Superisme ke Kem Kepimpian Jati Diri pulak.  Ini namanya pengorbanan ye anak-anak.  Ammi pasti anak-anak semua happy je sebab bila cikgu kongsi gambar candid anak ammi tengok dorang senyumlah, gelaklah.  



Apa pengisian program pun ammi lupa kat mana ammi save.  Jadi apa gambar yang ada jelah ammi letak kat sini supaya nanti-nanti abang boleh tengok semula.  Dia ni rajin juga terjah blog ammi dengan kawan-kawan bila dorang sempat masuk bilik komputer.  


Apa yang dorang tengok ntah, dengan cikgu kelas abang pun ada sekali.  







Anak-anak ada belajar cara dan teknik penyembelihan ayam.  Alamak tuan, ngeri lak ko ye tengok darah tu.



Lepas dah sembelih takkan nak buang ayam tu, gi bersihkan sebab lepas tu dorang ada acara masak-masak secara berkumpulan.


Patutlah kena pegang ayam tadi, harini birthday dia rupaya.  Cikgu Addmath kelas anak ammi.


Ada parents yang sponsor kambing golek.  Allah, semoga murah rezeki ayah kepada pelajar ni.  Masa jamuan hari raya haritu orang yang sama juga sponsor kambing golek.  Semoga perusahaan kambing Tuan semakin maju dan sihat-sihat kambingnya ya.



Terima kasih SARANA Superisme yang sentiasa disetiap program anak.  Kadang-kadang ammi terfikir dorang ni tak penat ke ek balik kerja pastu gi sekolah anak-anak di sebelah malam untuk menyantuni anak-anak.  Semoga Allah jelah yang balas budi baik kalian ni.

 

anak ammi berada dalam kumpulan 9


Pelajar perlu buat persembahan untuk kumpulan.  Ada yang buat sketsa tapi anak ammi macam biasalah...nak berlakon malu. Jadi dia menyanyi jelah.


Semoga banyaklah ilmu, dan perkara-perkara positif yang abang dan kawan-kawan dapat daripada program ini.  

6 comments

  1. Waah bagus juga ada acara begini. Baca dari banner nya banyak manfaat yg bisa dipelajari nanti.

    Duuuuh bagian yg sembelih ayam nih, saya tak sanggub liat 😅😅. Langsung pening kepala lihat darah begitu.

    Lihat kambing golek, langsung teringin pula 😄. Nampak juicy dagingnya

    Itu yg menyanyi di awal suara khilfi kak? Memang baguuus lah suara dia 👍👍

    ReplyDelete
  2. Form 4 pun boleh tahan sibuknya dengan macam-macam program. Tapi takpelah, nanti Form 5 dah kena focus study untuk SPM pulak.
    Wah ajak geng baca blog Ammi tu. hihi...
    Alhamdulillah...semoga dimewahkan rezeki kepada parents yang sponsor kambing golek tu. Aaminn...Besar modalnya.
    Seronok ada program macam ni. Nanti dah habis sekolah mesti terkenang.

    ReplyDelete
  3. Sukalah diorang aktiviti luar.

    ReplyDelete
  4. Bagus betul aktiviti kem jati diri macam ni, pelbagai ilmu praktikal dapat belajar termasuklah bab menyembelih. Walaupun penat dan sibuk, pengalaman macam ni yang akan jadi kenangan manis bila dah tamat sekolah nanti. Semoga Khilfi dan kawan-kawan terus cemerlang..best betul la ada kambing golek tu ha...mesti yg sponsor orang hado hado kan...

    ReplyDelete
  5. terliur plak tgk gmbr kambing golek tuuu

    ReplyDelete