Jumaat lepas (28.8.2026) pagi macam biasa lepas Subuh ammi masuk dapur. Sebab Work From Home jadi tiap Jumaat insyaallah adalah sarapan atas meja untuk anak bongsu sebelum ke sekolah. Hari lain, kita beli sesiap roti je. Sian anak bongshu ammi ni.
Ammi buat dia scramble egg dan fries. Malam sebelumnya dia teringin nak makan fries. Ammi tengah melipat kain jadi dia mintaklah tolong kakaknya buatkan. Sekali kakak malas nak menggoreng dia letak je fries tu dalam airfryer. Memang tak berapa nak sedaplah kan. Jadi pagi Jumaat tu ammi gorengkanlah untuk dia.
Pagi Jumaat tu dia ada program kemerdekaan. Kena pakai baju Melayu dan bawa bendera kecil.
Lepas dia ke sekolah ammi pun buatlah sarapan untuk 3 dewasa dirumah. Kakak ipar ammi selalu buat stok pes nasi goreng kampung kat rumah dia. Jadi kalini ammi pun tiru. Benda baik kita tirulahkan.....
Tada pes nasi goreng kampung tapi ammi rasa boleh je jadi benda lain selain nasi goreng.
Bahannya, cili padi, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Pastu masaklah sampai betul-betul masak dan perisakanlah secukupnya.
Dah pinjam ilmu kenalah kongsi hasil dengan sifu, ahhh rupanya tak habis menuntut. Tapi sedapppppp.
Menangis masa makan sebab sedap nau (ok tipu, saya tak nangis pun). Tinggal letak minyak sikit je dalam kuali, pastu masukkan terus pes tu dan biarkan dia mencair pastu pecahkan telur dan masukkan nasi dan rasalah kalau garam bagai cukup. Ammi tambah juga ikan bilis goreng.
Lebih kurang jam 11 lebih kami bertiga keluar rumah dan jemput Alip dari sekolah. Lepas tu kami nak terus je ke Melaka jemput Khilfi pulak. Dalam kereta Alip cakap "Abah, tadi abah bagi Alip duit 1000". Abah pun macam ha? 1000?
Dia keluarkan dari poket dia duit syiling.
Hahaha abah ni, 1000 rupiah apo nak dibeli kat sekolah? Mujur juga ada duit lain kalau tak kesian anak ni berlapar kat sekolah.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Psst..lagi satu cara paling sedap buat nasi goreng kan...racik je bawang putih, bawang merah, cili api...masukkan ikan bilis..masak sampai sedikit garing bahan tu then pecahkan telur masukkan nasi...perasakan la ngan garam ke secukup rasa gaul2 dan biarkan kejap...gaul balik tutup api...sedia di hidang....try ler...amboiiii..si encem aunty SA tu...seronok dia erk berbaju melayu tu ha...
ReplyDelete