Hari ke-2 di Sekinchan

Lepas anak-anak puas mandi kolam selut tu dah mohlah naik.  Gi mandi kita gi jenjalan jap.


Kami ke Laman Choco.

Memula nak ke Sekinchan Coconut Farm tapi eh penuh kereta.  Nak ke tempat yang ada kapal terbang tu ada entrance fee pulak RM20 sorang.  Dah tak payah.  Kedekutkan ammi?  Memang!


Boleh bayangkan macam mana Kyra akan melekat kat lengan abah dia kalau dia ada sekali.


Hasil yang masuk bakul lepas abah bervideo call dengan Kyra.  Kat dalam VC tu pun dia dah macam "uiiiii, yang biru tu abah, yang hijau tu abah, tapi yang merah tu lagi sedap".  Dahhhh ambil je berpada-pada, takyahlah nak layan sangat tekak suka manis dia ni.  

Selesai disini, lebih kurang 3 minit drive kami sampai di Laman Tebu Aidil.



Tema keluarga ammi untuk acara malam adalah HIJAU.  Jadi dari petang tu dah pakai hijau.  Silalah cari 2 benda tersembunyi.


Bersama along ammi.  Alamak, macam hampir sama je size ammi dengan along ni.  Acaner ni?


Zida (bekas isteri sepupu ammi), Ina (biras along ammi), along dan ammi.  Biras along ni umurnya pertengahan 30-an je.  Nasiblah awak ye Ina kena berkawan dengan "orang-orang muda" ni.  

Ammi dan Zida ni sebaya.  Dia dan bekas suaminya (sepupu ammi sebaya) bercinta dari umur kami 14 tahun.  Tiap kali ammi ke Seremban lepas sekolah mesti jumpa dorang dating berdua.  Ammi dah berkali-kali tukar boyfriend dorang tetaplah berdua.  Ammi masuk U tukar boyfriend eh dorang masih setia bersama.  Ammi kahwin awal Mei 2004, dorang kahwin hujung Mei 2004.  Goodies ammi yang tak habis masa majlis ammi, kita transfer ke rumah makcik ammi untuk majlis dorang ni pulak sebab ammi dengan sepupu lelaki ammi ni agak rapat juga masa kami kecil.  Masa dia sunat tu boleh tak ammi pun sama tolong cabut benang kat bebird dia?  Hahahha..bila kenang balik malu pulak rasanya.  Tapi jodoh mereka pernikahan mereka bertahan untuk 20 tahun je.

Its ok Zida, "yang bercerai korang laki bini, dia tetap sepupu dunia akhirat aku, dan ko tetap saudara kami".  




Abah letak gambar ni dalam group family....dan macam biasa adalah yang tukang edit.  


Lepas tu kami on the way balik ke homestay, kami ke Kopi Sawah.  Sementara abah dan Zida mencari parking marilah bergambar.


Ammi snap dulu gambar kopi supaya boleh order sekali terus.  Sekali budak yang jaga kaunter kata "Puan, kalau nak order kena tunggu 1 jam sebab queue panjang, boleh ke?".  Oh ok...takpe.  Bukan rezeki kami.  Dah moh marilah pulang ke homestay untuk acara malam nanti.  

Sampai ke homestay kami masak pes shell out bersama-sama.  Haiwan shell out dah kami rebus siang hari pastu kita simpan je dalam fridge.

Malam selepas makan ada aktiviti tukar-tukar hadiah dan patutnya nak buat games tapi game dibatalkan sebab timing 2 lagi keluarga tu sangat tak cantik uollls.  Kalau lambat 5 minit ammi ok.  Ini janji pukul 8 tapi pukul 9 lebih tak keluar bilik lagi...apa halnya.  



Dah cakap korang jangan buat hal dengan anak no. 2.  Ammi tulis je gitu kat group.  Abang ipar ammi cakap "garang betul ayat ko La, kecik ati orang karang".  Ehhhh bila datang dalam kumpulan ikutlah masa yang dah dijanjikan.  Masalahnya orang yang lambat tu yang set masa tu.  Kita follow je.



Anak-anak semua dah kelaparan.  Yelah jam dah pukul 9.10 malam ha.  Dah makan je dulu.  Meja belah belakang tu sorang pun takde lagi.  I don't care.  Yang geng si baju biru esok sebelum subuh nak gerak balik sebab tiket bus anaknya pukul 9.30 pagi di Seremban ke Muazzam Shah.  Jadi masa itu sangat penting untuk ditepati.



Ini hadiah dari ammi.  Serba serbi hijau.  Lupa pulak nak snap benda lain yang ada dalam bakul ni.  Ada yang dapat pencuci mangkuk Harimau Kuat, ada yang dapat syampo rejoice, ada yang dapat mi segera ayam, janji hijaulah.  

Lebih kurang jam 11 malam siaplah kami berkemas, membasuh semua.  Masuk bilik, mandi, solat jamak pastu tidurlah terus.  Tau-tau je dah Subuh.  

Begitulah hari kedua kami.  Ada yang indah, ada yang kurang indah tapi itulah ragam manusia.  Ada yang punctual, ada yang take things for granted, ada yang jenis take own sweet time, ada yang marah terus je sebut (eh bukan saya), ada yang memendam rasa.  

Apa pun saiya minta maaf kalau saya terkasar bahasa.  

3 comments

  1. Tak sampai lagi kat ladang tebu dengan kopi sawah tue. Nanti nak gi healing kat sana juga lah.

    ReplyDelete
  2. oh dkt tgk kapalterbang tu ada caj ye..smua buat duit...laman tebu tu slalu juga tgk org singgah kalo ke sekinchan

    ReplyDelete
  3. Bila dah ramai2 tu memang macam tu sebab tu keluarga akak ada sorang yang tukang penggerak kalau tak buat camtu ke laut dalam semua program. Kalau sikit boleh kawal kalau berpuluh huh jenuh.

    ReplyDelete