Awal bulan August haritu ammi dapat message dari Faa kat email. Dia kata ammi jadi top commentator di blog dia untuk bulan Julai dan dia berhajatlah nak bagi hadiah. Eh susah-susah je dia ni. Dia dahlah jauh nun di negara Kangaroo sana.
Ammi ni siap nego lagi dengan dia untuk tak perlu hadiah-hadiah bagai sebab dia jauhkan, postage cost je dah berapa karang. Tapi dia insist juga nak memberi dan ammi pun terimalah dengan hati dan tangan terbuka.
Tiba-tiba ada juga dramanya. Selang beberapa hari Faa whatsapp kata dia tersilap hantar parcel yang dia order di Shopee ke rumahnya di Johor. Hahhaha...dan dia order lagi sekali untuk ammi. Ishhhh terasa bersalah pulak ammi ni.
Akhirnya 13.8.2026 sampailah hadiah dari Faa sempena jadi pengomen terbanyak di bulan Julai. Ammi ni pulak gedik bagi alamat office, tak expect pun hadiahnya "bapakkan godang".
Patutlah ammi dok cari kat letterbox takde, mana nak muatkan kotak sebesar ni dalam letterbox. Auchhhh tanjat tau kita bila tanya dekat guard di lobby pastu dia cari dan bagi kita kotak ni. "This one Madam". Masa ammi sampai office pagi tu memang ammi perasan kotak ni tepi kaunter lobby, cuma tak nampak nombor unit ammi. Milik aku emangnya?
Nak tengok setinggi apa kotaknya? Ni ha tinggi
pedestal drawer ni. Kotak ni tak berat tapi camna nak bawak balik
Seremban naik bus. Itulah yang ammi fikir.
Ayat boss ammi "aiyaaaa, just use it in the officelah". Hahhahahha...eh ini hadiah saya, mana boleh share-share.
Jadi ammi masih belum buka pun lagi kotak ni sampai hari ni sebab ammi tunggu bila Abah ada kerja di
KL marilah lajak singgah jemput isteri ni di office. Selalunya kalau abah ada kerja di KL abah akan tunggu ammi di mana-mana MRT station berhampiran.
Alhamdulillah, sesuai sangatlah untuk rumah ammi yang ada bela
anak bulus tu.
Comel je sizenya, kalau 55cm panjang 1 pembaris yang panjangkan? Eh tak, pembaris panjang tu 30cm je ek? Aishhh size pembaris pun ko lupa ammi.
Apa pun terima kasih banyak-banyak
Faa, semoga murah rezeki kamu suami isteri dan dipermudahkan urusan korang berdua di negara orang.
alhamdulillah.. kalau dah kata rezeki ammi tu.. memang dapat la juga
ReplyDeleteBestnya dapat air purifier tu.
ReplyDeletewah rezeki top komentar dpt adiah besar tu air purifier
ReplyDeleteKalau pelihara kucing atau hewan berbulu lain, memang wajib punya ini kak. Sayapun semua ruangan pakai air purifier. Sebab anak bulu saya pun 5 ekor, indoor pula 🤣. Sebulan sekali saya bersihkan filternya, dan tiap 1 tahun sekali ganti filter. Memang banyak sangat bulu sangkut di filter 😂
ReplyDeletewahhhh best tu
ReplyDeletedengan cuaca dan kualiti udara yg tak menentu sekarang ni
sesuai sgt laa dgn hadiah yg diterima ni
bestnya hadiah tu! congrats ammi
ReplyDeleteBestnya dapat hadiah air purifier ni. Alhamdulillah rezeki tak salah alamat, walaupun salah pada mulanya. Rezeki Ammi dapat hadiah best ni. Sesuai sangat tu letak kat rumah kalau ada anabul.
ReplyDeleteLumayan hadiahnya tu.
ReplyDeleteBanyak rupanya produk Swiss Thomas ni.