Hari Khamis minggu lepas ammi balik kerja rasa agak letih badan ni. Ammi ada tugasan lagi malam tu sebab esoknya kami nak ke Sekinchan. Ammi belum pack apa pun lagi. Memang kena pack sebelum tidur sebab kalau tak tidur ammi confirm tak ada quality asyik teringat-ingat je nanti.
Sampai rumah, letak bag dalam bilik teruslah macam biasa cabut tudung sambil berjalan ke dapur untuk dinner. Bila pijak je lantai dapur aishhhhh...apa ini? Melekit berminyak. Ni mesti budak lelaki berdua ni buat projek goreng fries ke apa ntah sampai merecik-recik minyaknya. Bapak budak-budak lelaki ni pun mungkin juga punca lantai berminyak. Ini boleh mendatangkan marah.
Lepas makan malam dan solat maghrib, sila salah sorang masuk dapur tolong mop. Ammi dah masak air panas siap-siap. Yang si abang tolak si adik, yang adik tolak nama si abang. Sudahnya, ikut je arahan ammi. Abang basuh mangkuk, buang sampah, cuci sinki. Alip mop lantai dapur mula dari area meja makan. Nak sangat bertolak-tolak kerja.
Time tulah pulak tiba-tiba lepas solat maghrib nak baca yasin, nak mengaji. Ehhhhh buat dulu apa yang ammi suruh. Hari biasa lepas solat tak sempat doa terus je lipat sejadah capai handphone, tiba harini nak mengaji bagaikan. Dan dengan laju tangan ammi pun lock je phone dorang.
.png)
Ha....lebih kurang sama dengan perangai anak KSarie. Asal suruh buat kerja, masa tu la hendak memerut dia. Kalau tak pun tiba-tiba rajin hendak membaca buku
ReplyDeleteKemain ek terus nak jadi alim bila dikerah buat kerja rumah 🤣. Ok la dengar jugak cakap tu walaupun banyak alasan ye.
ReplyDeletePanjang ye akal masing-masing kan ammi dh jadi hijau dh....bagus latih diorang dari sekarang nanti dh kahwin xde la jadi boss silang kaki kat rumah...
ReplyDeleteBiasalah tu, ngelat ahaha...
ReplyDeleteOh? Hand phone boleh di lock ye? Jangan ajar aunty... nanti dia lock phone uncle... hahahaha
ReplyDeletehaaah byk jer alasan...my boys 3 beradik pun jenis mu suruh aku, aku suruh mu ie main pass2 jer keje, kesudahannya mamanya membebel panjg laa
ReplyDeletePandai dia buat-buat rajin..hihi
ReplyDeleteHahahahaha adaaa je caranya nak lepas dari pel lantai yaaa 🤣. Kalau anak saya yg bungsu belum berani saya lepas utk masak kak, masih ngeri. Sebab meja kompor juga agak tinggi, jadi dia mesti pakai kursi kecil kalau nak lihat pan di atas kompor. Jadi tuhlaah, saya belum izinkan. Takut pula terpeleset nanti.
ReplyDeleteKena kemas dulu baru boleh tidur dengan tenang. Kalau tidak gelabah apa pun tak kemas lagi.
ReplyDeleteDan dan tu nak baca yasin nak mengaji ek. Mengelat betul.
Hidup no 3. Eh! saya anak no 4.
ReplyDeleteSekarangkan ada mop robot yang boleh buat kerja tu.
ReplyDeleteSimpanlah sebiji kat rumah.
hehehe... bab bagi alasan.. anak anak lelaki memang hebat.
ReplyDeleteKihkih... haaa kan dah kena kuasa veto. Jangan main² dengan orang yang melahirkan kamu😁
ReplyDeleteSinga di rumah berani dia nak lawan ye heheheh. Ada je alasan ye nak mengaji la apa lah
ReplyDeleteTu dia harimau sudah mengaum. Biasa le budak lelaki memang selalu nak ngelak.
ReplyDeleteBergerak juga patuh arahan walau mulanya beri alasan nak mengaji. Hehe..
ReplyDelete