3 hari 2 malam kami di Sekinchan, ammi rasa anak-anak ammi (Khilfi & Khalif) enjoy every single moment dorang. Sebabnya walaupun dorang masih lagi ada masanya pegang phone, tapi most of the time dorang berada diluar bilik homestay.
Member dah lah sedia ada rentung, gi pacak pulak pancing di tempat panas...hmmmm double kerentungan.
Yang ini pandai cari port redup.
Yeayyyy dapat ikan pastu menggelupur sebab tak reti nak cabut mata kail daripada ikan. Awak ingat ammi awak reti?
Sebelum kejadian gambar di atas, 2 kali ammi snap gambar, dia pose dengan kaki gitu. Ehhh kamu....berdiri macam lelaki, takyah nak pose kakinya gitu. Sepuk karang.
Dalam baldi buruk ni adalah dalam 4-5 ekor ikan keli. Aishhh keli memang taklah ammi nak "kerjakan". Kalau puyu ke bolehlah. Masalahnya abah kata kena guna garam banyak kalau nak matikan keli...garam kita bawak pun cukup-cukup je untuk masak.
Ada masa 2 beradik dengan Habib (anak sepupu ammi) naik basikal ronda kawasan.
Masa kitorang tengah lunch tu, atok tuan rumah tu lalu. Katanya, "kolam belakang tu dengan bot boleh diguna". Kuat ok slang jawanya.
Dengar itu, menggelupur budak berdua ni. Aisehman, ammi baru plan nak layan mata jap lepas Zohor. Tapi takpelah, demi anak-anak abah & ammi temanlah dorang berperahu kat sini.
Buat air kopi O ais setumbler pastu marilah melepak 2 ketul ni tengok anak berperahu. Mak ayah lain dah lena diulit intan gamaknya.
Alip sibuk nak ajak Habib, tapi ammi suruhlah tanya dulu ibunya. Ibu dia bagi je izin terus tak menyempat 2 ketul kecik ni. Ayah Habib yang sebenarnya sepupu ammi, dah bercerailah kedua mereka. Tapi yang bercerai mereka, kami tetap baik dengan bekas isteri sepupu. Tu yang bila kita plan nak datang sini, kita tanya dia nak follow tak sekali.
.png)
Ehhhhh ammi tengok perahu dah condong gitu, ammi pulak kecut perut dari tepi kolam. Abah relax je "biarlah, kalau tertungkup perahu tu karang pandailah dorang selamatkan diri".
Dengar suara cicit-cicit Moyang Wirio sakan bermain, eh keluar pulak 2 ketul anak dara kecik nak berperahu sekali. Alamak, pergi mintak izin mak bapak korang dulu. Sapa pulak nak jaga anak orang ni kan. Sudahnya ammi cakap "kalau nak main kolam ni, mintak izin mama papa pastu pergi panggil abang-abang korang. Suruh keluar. Abang takde korang tak boleh main dalam kolam". Letih weiiiii berjalan dengan budak-budak bujang yang sibuk main game macam takde hari esok ni.
Haaaaa, barulah ramai dalam kolam ni. Inilah baru bercuti. Kejap tu dah takde dah dorang duduk atas perahu, dalam air terus diamnya. Mesti dalam hati budak-budak "ehhhh kecohlah ammi ni".
Kejam ke ammi marah anak orang? Lantakkan. Anak-anak buah ammi juga. Mak bapak dorang tak reti tegur biar ammi yang tegurkan. Sakit mata tengok waktu sarapan, tak sarapan sekali. Waktu lunch dorang tak lunch sekali sebab heboh nak main game. Ehhhh kita nak kemas-kemas dapur. Lalat boleh tahan banyak.
Ikan keli tu buat apa?
Hari terakhir sebelum balik tu, abang ipar ammi lepaskanlah semula masuk dalam parit tu. Maaflah ye ikan, dorang semua suka ikan keli, tapi takde sapa nak "kerjakan" korang. Jadi masuklah balik dalam air tu.
Baju budak-budak ni berapa belas kali ntah ammi bilas. Berselut, coklat pekat airnya.
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Best ya main perahu tu. Pasti akan jadi unforgettable memory utk diorg semua. PH pun tak berani & tak pandai siang ikan keli. Selalu beli di pasar dah disiang, balik bersihkan itu boleh la.
ReplyDeleteBaguslah mereka dapat spend masa buat macam-macam aktiviti daripada main phone je kan. Aduh Ammi, tergelak baca double rentung tu. Ammi pun, bagilah pinjam topi ke bagi payung je kat Khilfi tu. heehee...
ReplyDeleteKemain happy dapat hasilnya. Hahaha... Kan dah mendatangkan marah Ammi posing kaki begitu.
Saya pun surrender bab ikan keli ni.
Kemain sakan masing-masing main kat kolam tu. Ye lah kan Ammi, anak buah ni kena ditegur juga walaupun bukan anak kita. minta izin tu semestinya. Tak boleh pandai-pandai buat keputusan untuk anak orang.
Seronoklah semuanya masing-masing ada kenangan manis bercuti bersama. Walaupun ada pasangan yang dah berpisah, silaturahim tu tetap kekal baik. Alhamdulillah...
Well, orang Jowo sana memang pekat jowonya.
eh,...kalau aktiviti cenggini kat Sekinchan..x cukup 2 hari ni...cpnfirm kesukaan PZ ni...dia kan kaki pancing...eh..menarik la...bleh la cari homestay area Sekinchan ni...
ReplyDeleteBestnya aktiviti macam ini.
ReplyDeletemau tk kecut tgk perahu tu condong kn..tp ayahnya relax bertabah la maknya
ReplyDeleteAnak lelaki kena ajar aktiviti lasak macam ni. Baru enjoy pi cuti. Ni asyik games je masa bila nak join ramai2. Rugi lah cuti kat area kampung tapi main games kat phone.
ReplyDelete