Ahad kami

Hari Sabtu kami ke Kuala Pilah nak jumpa Kyra, dapat jumpa tapi tak sempat nak bawa di keluar minum petang.  

Hari Ahad marilah kita ke Melaka pulak jumpa Khilfi.  

Awal pagi dalam jam 7 lebih kami dah keluar cari sarapan di luar.  Ammi plan nak ke Econsave lepas sarapan sebab nak topup barang-barang salad ammi dan nak beli lauk untuk bawa ke sekolah Khilfi.  Balik dari Melaka nanti bolehlah ammi prep salad ammi untuk seminggu.


Ammi makan karipap je.  Satu karipap godang (dalam tu ada kentang & telur) dan satu karipap sardin.  Makan di area rumah SA.  Kak SA, ammi makan kat sebelah surau yang ada sekolah agama tu.

Dah sampai Econsave pun masih taktau nak bawa apa ke sekolah Khilfi.  Aishhh dia ni.  Sudahnya beli jelah sotong dan ayam.  Dah capai sotong baru teringat nak buat sotong sambal cili padi asam pedas yang ammi pernah buat dulu.   Oklah marilah cari bahan lain...agak-agak jelah sebab ammi pun ingat-ingat lupa.  Lupa pulak nak kelebet blog sendiri masa membeli bahan tapi mujur semua yang ammi beli lengkap.

Sampai rumah teruslah masak nasi sebab takut terlupa je nanti.


Tadaaaa...by 10.30 pagi dah siaplah memasak, mengemas dapur semua.  Bakul makanan pun dah prepare.  Boleh tahan pedas melahar lauk ni tapi tak apa semua pun memang hantu pedas.  Untuk aliplah ammi bawakkanlah juga sebotol kicap.


Sampai, dapat meja, ammi lap-lap meja.  Ya Allah, melekat lekit mejanya.  Mujur juga ada bawa wet tissue.  Ini jelah lauk yang ada.  Sayur pun bawa timun je dan buat telur dadar sikit.


Ni ammi pakai timemark camera jadi nampaklah muka kami flawless lawa licin gitu.  Kalau guna kamera biasa hambik berminyak-minyak muka Khilfi.  Tengahari buta dia berwindbreaker.  Nak buka dalam tu dia tak berbaju lain pulak.  

Kisahnya, dia ni dari awal pagi lepas sarapan tak naik dorm.  Dia duduk study kat dalam bilik BADRI di dalam surau.  Katanya kalau naik dorm nanti confirm dia tidur.  Eloklah kalau study sebab hari Isnin hingga Rabu (21/9 - 23/9/2026) ada Ujian Amali Fizik, Kimia & Bio untuk peperiksaan Akhir Tahun.  Semoga dia dapatlah buat amali tu dengan baik.  Baca arahan dengan betul.  Apa kisahnya ujian tu ammi masih taktau lagi sebab dia tak call pun lagi ni ha.  

Tunggu dia balik solat zohor lah baru kami makan.


Lepas makan bagilah dia chance main phone dia jap.  Ada ke patut haritu dia call ammi lebih kurang pukul 11 malam pastu cakap "ammi, tolonglah mainkan game e-football abang, kalau main harini dapat 5000 coins".  Ehhhhh cemana nak main pun ammi taktau.  Dah belajarlah pandai-pandai nanti boleh dapat real 5000 coins tu dalam akaun bank.


Sempatlah juga bervideo call dua beradik ni.  Alhamdulillah, rapat je dua beradik ni.

Dalam 2.30 petang kami gerak balik.  Plannya nak cari kedai minum kopi dimana-mana tapi manjang je terlepas.  Ahhhhh malaslah nak tunjuk kat abah.  Dah kita minum je air masak dalam tumbler tu.  

Sampai rumah dalam pukul 5 camtu, lepas Asar teruslah ammi masuk dapur.  Ammi buat stok pes sambal cili padi, prep salad ammi, grill ayam & mushroom untuk salad.  

Dalam hati kononnya nak buat nasi goreng je untuk dinner tapi dah alang-alang ada pes sambal cili padi tu ammi buat jelah sambal pecah telur.


Tak clear pulak gambarnya.  


Ada baki sambal sotong asam pedas lauk lunch tadi, ada sambal cili padi pecah telur, ada bendi goreng letak daging cincang.  Jadilah dinner kami.

Agak lewat kami dinner sebab ehhhhh lewat pulak abahnya balik dari main bola.  Dah pukul 7.20pm tak sampai-sampai lagi.  Mujur yang lewat ni suami. Kalau anak dah lama kena tarik telinga.

5 comments

  1. Rinduuuu makan karipap inti sardin di sanaaaa 😍😍. Di KL nanti nak cari dan makan puas2 🤭

    Mantaaap dari penampakan sotong nya kak. Pedas nih agaknya yaaa 🤤🤤

    Ya Allah gelaaak saya pas baca message khilfi yg malam tuh 🤣🤣. Ini pernah terjadi juga, tp si bungsu tuh suruh kakaknya yg mainkan, sebab dia nak les agama 🤣🤣. Langsung saya marahi juga.

    Susah sangat di sini nak cari okra (bendi). Padahal saya sukaaa dengan bendi nih. Kalau ke kedai mamak kadang ambil banyak 🤭.

    ReplyDelete
  2. Eh eh..akak pun x selau sarpan kat situ Ammi..tapi PZ dan pakcik akak almost every weekend...seronok la pi jumpa anak- anak ye..akak dah lama x pi econsave..nak pi la cari bahan utk salad..situ murah kan..zemart mahal skit...eh..sambal belacan awak nanti akak buat tau..bukan minggu ni...adik2 blom order lagi ni...next week rasanya...

    ReplyDelete
  3. Eh boleh pulak suh ammi mainkan game bola dia ek.

    ReplyDelete
  4. Ujian amali tu serentak kot eh semua SBP sebab date sama dengan Wafi.
    Banyak stok bendi tu.. siap masuk dalam sambal sotong lagi.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Khilfi sanggup lepak di surau study sbb taknak tertidur kat bilik dorm. Semoga result cemerlang nanti. Anak dara saya belum start study lagi ni risau pulak emaknya hmm

    ReplyDelete