Dah lama dah Alip tak masuk mana-mana chess competition. Last dia main masa wakil sekolah untuk MSSD bulan February haritu. Main chess kat rumah pun dah jarang-jarang lepas dia hilangkan chess set dia. Ada masa dia main yang kat handphone je. Ehhh tak boleh jadi ni, karang lupa pulak skill dan strategy nak bermain ni.
So, nampak kat group chess ada tournament di Seremban, ammi tanya nak join atau dan dia nak join. So, marilah kita daftar.
Ammi pernah practical di bangunan Terminal 1 ni back in 1999 - 2000. Masa tu ammi attach dengan developer yang bangunkan bangunan Terminal 1 ni, Panji Timor Sdn. Bhd. Lepas habis tempoh praktikal, eh Terminal One Management offer ammi kerja part time untuk buat data entry. Kadang-kadang jalanlah dari satu kedai ke satu kedai serahkan statement hutang maintenance & sinking fund dorang. Terasa macam ahlong pulak masa tu. Masa tu dia bayar ammi ikut jam, ammi lupa pulak berapa sejam tapi bolehlah buat-buat tambah duit nak masuk final sem nanti. Kak Suria Amanda pun jadi PRO kat sini kalau tak silap ammi. Tapi ammi tak kenal dia masa tu. Eh throwback pulak.
Dulu happeninglah tempat ni, inilah tempat jalan-jalan lepas sekolah, tempat tengok movie, tengok orang main game (kita nak main takde duit). Sekarang??
Banyak kedai dah ditutup. Siap ada yang kena lelong lagi. Ada yang tak dilelong tapi macam disita. Kami sampai lebih kurang jam 8 lebih pagi jadi logiclah semua kedai belum buka. Tapi bila dah pukul 10 pun lebih kurang sama je situasinya.
Sehari sebelum pertandingan, penganjur up gambar ni di group kata dorang dah setting table. 1st round sepatutnya mula jam 9 pagi tapi tak boleh mula sebab sound system tak berfungsi, lampu pun malap. Tapi tunggu punya tunggu, penganjur kata kita proceed jelah. Berapa lama pulak nak tunggu.
Round pertama.
Kesian anak-anak terpaksa main dalam gelap. Tapi its okay...perjuangan perlu diteruskan.
.png)
Alip dan kawan kelas sebelah. 2 orang wakil sekolah huhu. Kawan Alip ni baru 1st time join chess tournament, tapi dia perform ok. Good job Afiq.
In betwen one game tu, practicelah sikit sebab 1st round dah kalah. Member dah nak nangis tapi dia tahan. Ater malu la darjah 6 nangiskan. Ahaks.
Kat foyer tu nampak ada orang buat jualan sebab haritu juga ada program merdeka kat main stage. Ammi pun turunlah masa dia tengah main. Belilah seketul regular pizza buat alas perut sebab eh lapar pulak tetiba perut ni.
Ini round ke 4 kalau tak silap... lawannya umur 15 tahun uolls. Memula Alip dah takut dah.
Sekali eh, budak ni surrender pulak sebab kena trap dengan Alip.
Kesudahannya out of 7 rounds, dia cuma menang 3 je. Sedih? Nampak sedihlah juga tapi dah malas nak berlatih gitulah jadinya. Kat rumah setiap hari tak sudah-sudah dengan Uncle Rogernya. Eh nyampah pulak ammi tengok Uncle Roger tu.
Duduklah di rank 55 out of 83 participants. Ni kalau tak insofff jugak tak taulah.
Selesai disini, kami terus je shoot ke Melaka sebab kami ada acara di sekolah Khilfi pulak belah petang nanti. Penat weiiiii. Acara sekolah Khilfi ni sangat last minit. Ammi dah bayar penyertaan Alip masuk chess ni baru kami tau sebabnya last minit je pihak sekolah dapat confirmation daripada motivator tu.
Nak tak nak, kita lenjan dua-dua.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
congrats anyway, yg penting semangat juang! skills tu kena polish dan byk practicelah kan utk chess ni. MZ tak reti main chess
ReplyDeleteOkey tu, Aliff, menang 3 dari 7. Nanti cuba lagi. Mungkin sebab lama tu Aliff berehat dari chess tournament. Kita pernah tau dulu outstation ke Seremban, sampai sesat² kat Terminal 1, ni.
ReplyDeleteTahniah Alip! Menang 3/7 pusingan kira cemerlang sangat tu untuk pembukaan lepas berehat panjang. Yang penting pengajaran dan pengalaman dapat lawan budak 15 tahun siap menang trap lagi! Lepas ni kena kurangkan Uncle Roger, banyakkan praktis catur semula ya Alip..ye bethol saya PR Exec kat situ dulu..situ la zaman kegemilangan saya...hahaha...oooo intern kat Panji Timor...1998 SA dah keluar dari situ dah..Management dah bertukar, gaji SA pun diorang x bayar sampai sekarang...teruk betul masa tu...ramai dah sumpah T1 tu termasuk Kak SA...hahahahaha...
ReplyDeleteSaya tak pernah belajar, tahu dan pernah main Chess.Kalau main DAM pandailah juga.
ReplyDeleteTahniah Alip menang juga tu kan, seronok melayan aktiviti anak-anak ni kan Ammi walaupun penat juga sebenarnya.. hehe :)
ReplyDeleteSeriouslah dah banyak kosong tu Ammi. Nampak sangat lama tak jejak sini.Takpe Alip, yang penting pengalaman tu. Back to back Ammi join program anak-anak. Nak ke Melaka pulak tu kan.
ReplyDeleteTahniah! Kalau daku yang main terus nombor last sekali tu 🤣
ReplyDeleteMemang lah macam catur, ataupun olahraga lain apapun jenisnya, harus latihan tiap hari 😅. Saya kalau baca anak teman saya yg memang dah pro utk chess , dia latihan 4 -5 jam sehari ..kadang saya pikir2, tak letih otaknya?
ReplyDeleteAtau Krn saya tak ada passion di sana ? 😅😅. Makanya saya anggab itu berat .
Hebaaat Alif bisa mengalahkan anak yg lebih besar. 👍👍. Latihan lagi, supaya bisa menang banyak yaa 🤗🤗