Kejohanan Catur MSSD

Hari Selasa bersamaan 10.2.2026 hingga Khamis 12.2.2026 telah berlangsungnya Kejohanan Catur Seremban 1 peringkat MSSD.  Alhamdulillah anak bongsu ammi terpilih untuk mewakili sekolahnya buat tahun ke-2.

Peluang agak besar untuk dia wakil sekolah dalam acara catur sebab tak ramai yang suka main game ni kan.  Seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan terpilih.  Ammi tak tau adakah itu kriteria setiap pasukan sebab majoriti semua sekolah ammi tengok hantar 4 wakil.  Tapi ada je yang dari International school cuma hantar 2 wakil.  Ontah.


Hari pertama.. masing-masing macam berkelah dah ha.  Siap bawak tikar, healing chair dan duduk berterabur di bawah.  


Hamboiii anak murid duduk atas kerusi, cikgu pulak kena duduk di bawah ye?  


Ini gambar selepas dapat pairing untuk 1st round.  Terima kasih cikgu sebab beriya ambil gambar 8 orang murid ni untuk tatapan ibu ayah masing-masing.  Total semua yang bertanding berapa ratus murid ntahlah.  Tapi yang untuk lelaki under 12 ada 233 orang pelajar dari sekolah-sekolah di Zon Seremban 1.

Balik dari game hari pertama baru anak-anak dapat baju untuk hari ke-2.  Plannya pakai baju baru ni hari pertama tapi biasalah...kita merancang je.


Cikgu pengiring tanya kat parents dalam group catur sama ada nak atau tidak tempah baju khas untuk pertandingan.  Why not?  Semua nampaknya bersetuju dan kita bayarlah RM30.  Mana tau bagi pakai baju special impak dia jadi lain kan.


Comel je budak perempuan paling depan tu.  Baru darjah 3 tapi hebat kamu nak...dah boleh wakil sekolah dah.  Jauh lagi perjalanan kamu.


Anak-anak pun dah tau apa itu pertandingan.  Masa yang ada nampaknya dorang berlatih untuk baiki skill.  Dorang pun confirm gugup gak tu.

Setiap orang perlu main 8 pusingan.  Kalau tournament biasa, 8 pusingan tu dia lenjan je dalam sehari.  Tapi sebab ini adalah pertandingan peringkat sekolah yang melibat ramai sangat peserta jadi 8 pusingan dia bahagi kepada 3 hari.



Ammi simpanlah kat sini message guru pengiring di WhatsApp.


Johan sekolah keseluruhan dimenangi oleh SK St. Paul.  Good job Paulians.  Sebenarnya yang menang semua pusingan tu ada sorang budak dari sekolah Tamil.  Kiranya dialah rank pertama daripada semua boys.  Tapi sebab team yang lain tak sehebat dia maka terpaksalah duduk ditempat ke-2 je sekolah tamil tu.  

Untuk Alip punya personal ranking pulak, 


Selepas 8 pusingan Khalif hanya berjaya dalam 5 pusingan je.  Lagi 3 kalah tapi katanyaaa...katanyalah kalah bermaruah.  Hahahha..pandai pulak guna ayat "kalah bermaruah" tu. 

Berjaya tempatkan dirinya di Ranking 50 daripada 233 peserta.  Semakin baik.  

Kalau rasa nak wakil sekolah lagi, sekolah menengah nanti masuklah kelab Catur.  Biasanya kelab ni tak ramai peminat dan kelab yang ramai peminat kelab bola sepak.  Tapi daripada 100 murid lelaki memang 99 suka main bola...jadi pesaingan sangat sengit kalau nak wakil sekolah atau nak pergi jauh.

Post a Comment

0 Comments