Hari Sabtu 18.7.2026, cuaca masih lagi sejuk sebab hujan gerimis. Nak bangun subuh pun liat kemain lagi. Ammi sedar masa abah start enjin motor nak ke surau pastu ko gigih lagi pejam mata. Dengar bunyi azan di telephone pun ko matikan pastu ko terpejam mata. Yesss...panglima syaiton berjaya buat ammi tertidur semula.
Sudahnya kalau tak silap dekat pukul 6.35 pagi baru ammi sedar itu pun sebab si Aswad masuk bilik cium-cium muka ammi. Mesti Aswad pun pelik "apsal ammi aku ni tak reti bangun...aku lapar ni". Menggelupur bangun pastu kejut Alip. Kejut Alip satu hal juga sebab selagi dia tak bangun masuk toilet selagi tu ko tak boleh berhenti panggil.
Lepas subuh ko ngajilah sikit sebab tugasan bulanan ko tak settle lagi. Kengkawan lain ramai yang dah selesai bahagian masing-masing, ko punya banyak lagi mukasurat. Malas betul ye seketul perempuan ni nak mengaji.
Selesai mengaji marilah masuk dapur terus. Rasa lapar pulak.
Ammi buat
mi telur goreng basah. Eh, tersedap banyak pulak mi kita pagi tu. Kalau suruh repeat balik macam risau je tak jadi sama macam ni. Sawi biasa tak ada kita guna jelah
siew pak choy. Guna
daging shabu-shabu cut tu. Dan, memang senanglah bila beli daging gini. Tak perlu nak defrost beriya sebab dia memang nipiskan. Ko basuh sikit pastu potonglah ikut size yang korang nak. Mudah kerja.
Lepas ni kena cari stok mi telur ni. Memang penyelamat keadaan.
Selesai sarapan, ammi pun melipat kain yang dua bakul. Buat kerja-kerja rumah yang biasa... dan tiba-tiba cakap ngan abah "jom cari
kedai perabot terpakai". Ammi nak tukar dressing table ammi. Dah bergoyang-goyang dah. Taknaklah beli yang baru, gi recce di kedai terpakai kalau elok kita grab.
Lepas Zohor kita keluar cari lunch dalam hujan yang lebat. Selesai lunch marilah cari kedai perabot tapi kedai yang kononnya famous menjual perabot terpakai macam reban ayam rupanya. Pusing punya pusing, jumpa kedai lain tapi kedai tu tutup pulak. Hmmmm dan tiba-tiba seketul isteri ni cakap lah lagi dengan suaminya "kita gi tempat kakak nak tak?".
Gila suami nak kata taknak bila ajak nak gi jenguk anak daranya. Abahnya terus call kakak dan kakak kata ok je kalau nak datang.
4.15pm kami dah sampai di Kuala Pilah. Ammi ni
telekung satu hapa pun tak bawak. Redah jelah. Masa call Kyra tu suruh dia bawak telekung dan pencuci muka untuk kami solat asar karang.
Yeayyyy...puas hati dapat jumpa si sulung.
Pergi few tempat belikan keperluan dia..yang paling tak boleh blah, masuk
Guardian pastu buat muka kesian. Minta kita belikan
spray sunscreen sebab ayat dia
"kakak rasa FOMO je kalau tak cuba. Nanti kakak tak boleh tidur malam.". Eh tak murah ok. Dalam RM40 juga sunscreen jenis spray ni.
Ehhhh, ammi korang ni dulu masa belajar kat U, pakai
Hazeline Snow je, tak pun tepek Fair & Lovely pastu pakai bedak. Pakai
celak, pastu dap-dap je lipstik. Celak dan ammi memang berpisah tiada dari kecil sampai ke tua ni. Gi sekolah dulu pun memang bercelak.
Belikan juga dinner dia pastu kita hantarlah dia pulang sebab assignment dia banyak. Betullah orang kata belajar
Matriks ni pace dia sangat laju sebab dalam masa 10 bulan syllabus perlu dihabiskan.
Insyaallah Jumaat ni kita jumpa semula ye. Disebabkan
Sabtu ni hari Negeri Sembilan untuk memilih makanya pelajar dinasihatkan pulang. Yelah ramai je pelajar yang dah cecah 18 tahun dan dah
layak mengundi. Anak ammi je kalau ikut tahun memang dah layak, tapi kalau ikut tarikh lahir lambat lagi.
Haaa...begitulah dengan anak dara akak tu...FOMO katanya kalau x cuba..bukan murah ye sunscreen jenis spray tu..lepas tu pencuci muka Cetaphil..jenama lain x leh guna sebab kulit sensitive dia tu...makan modal betul..mama dia dulu pakai safi je..xde nak over..dah tua ni je tukatr ke Originote..itupun masih bawah RM20 kan...
ReplyDeletekan, kita pakai yg mur-mur je
DeleteSunscreen jenis spray sesuai sangat kalau reapply atas muka bermekap.
ReplyDeleteZaman uni dulu pun Faa pakai Clean & Clear je. Tak kenal lagi sunscreen, hekhek.
yelah, masa zaman ammi dulu pun takdelah regime skin care ni. takde toner, serum, moisturizer, sunscreen bagai. pakai je apa yg ada dan yg sesuai dengan bajet
Deletehai ammi..
ReplyDeletesedapnya mee goreng basah tersedap tu...
sama la nieyl klu masak tersedap tu suruh repeat macam x sama je hahaha
kan...risau betul kalau ada yg request suruh buat semula. confirm jadi lain rasanya
DeleteSaat-saat akhir ya pergi jumpa Kakak.
ReplyDeleteHaah popular Hazeline Snow, sekarang tidak nampak dah. Ada lagi ke jenama itu?
Entahlah ek ada lagi ke tidak brand Hazeline Snow ni. Dekat blog sapa ntah haritu ada up story pasal produk2 lama yang dia nampak dishelf...mungkin ada juga hazeline snow ni
Deletenasib tak jauh sangat..tu yang jadi je.. hihihi...
ReplyDeletedulu2 pakai safi je.. nasib baik muka jenis hentam je, tak jadi apa..
Ya Linda, ammi dulu pakai Ginvera je. Takde pun jerawat ke tiny bumps ke mcm budak sekarang. Dah tua-tua ni baru gedik keluar jerawat bertimbun kat muka
DeleteSedap tu menu mee guna daging shabu2
ReplyDeletesedap...memang kena standby selalu daging ni kat rumah
DeleteTiba2 melencong terus melawat anak dara ye. Nampak menyelerakan mi ammi tu. Suspend tadi ingatkan lambat bangun nak pi kerja.
ReplyDeletehari kerja pukul 4.45 pagi ammi dah bangun sebab nak siapkan makan anak-anak bulu. Anak sendiri makan roti je biasanya
DeleteSi sulung dah ada boipren?
ReplyDeletealamakkkkk, takut pulak baca soalan Atok Gedek ni. Ntahlah ye Tok, nanti kita tanyakan kat cucu atok ni dia dah ada pacaran ke belum.
DeleteDulu arwah nenek pernah bagitau pakai celak boleh buat mata terang, wallahua'lam
ReplyDeleteCelak serbuk masuk dalam bekas kecik cam tembaga putih pastu ada pemegang dia, untuk calit. Akak pernah lah suatu masa dulu pakai tapi tak lama sebab rasa berat mata, rasa ada benda menempel huhu
ammi pakai celak pensel je, yang macam celak arab tu memang tak retilah. mau jadi mata panda nanti
DeleteBudak-budak sekarang kan.. anak sedara Sis pun pandai pakai semua makeup dah., Mama dia layankan aja, kadang Sis belikan juga.. makin cantik anak sulung Amie
ReplyDeletebudak sekarang umur 13 dah pandai make up. Mujur anak dara ni dah habis sekolah baru reti nak make up
ReplyDeleteNasib baiklah ada jugak dak aswad tu tolong mangkitkan Ammi. Tu sebab dia lapar kan. kalau tidak takdenya. hihi...
ReplyDeleteKita tengok pun terliur dengan mi telur goreng basah Ammi ni. Senang jugak ek ada daging shabu-shabu tu. nipis, lembut dan tak perlu defrost.
Tahu-tahu sampai PIlah terus ek. Dapatlah anak dara tu outing kejap ye. Matriks memang laju sikit kan. laju juga nanti dapat terus masuk degree.
Sesaklah sikit Sabtu ni orang mengundi.
ammi kena letak telekung travel dlm keta, so bila2 masa boleh guna kalau ter pergi mana2 tanpa plan :) ooo bday kyra ujung thn lah yer tu, tak sempat nak voting
ReplyDeleteSaya pun sering kejadian, nak mengaji nih kalau ramadhan tiap habis Sholat baca 5 halaman selalu. Tp selesai ramadhan, magrib saja baca, itu pun 1 halaman. Memang laah syaitan nih mudah sangat nak goda 😔
ReplyDeleteAiiih happy lah bisa ketemu Kyra yaa 😄. Anak skr Macam2 skincare nya. Tp kalau fylly lebih ke haircare yg Macam2 sangaaaaaat. Saya pun tak sampai segitunya kalau hair care 🤣