Hari Sabtu 18.7.2026, cuaca masih lagi sejuk sebab hujan gerimis. Nak bangun subuh pun liat kemain lagi. Ammi sedar masa abah start enjin motor nak ke surau pastu ko gigih lagi pejam mata. Dengar bunyi azan di telephone pun ko matikan pastu ko terpejam mata. Yesss...panglima syaiton berjaya buat ammi tertidur semula.
Sudahnya kalau tak silap dekat pukul 6.35 pagi baru ammi sedar itu pun sebab si Aswad masuk bilik cium-cium muka ammi. Mesti Aswad pun pelik "apsal ammi aku ni tak reti bangun...aku lapar ni". Menggelupur bangun pastu kejut Alip. Kejut Alip satu hal juga sebab selagi dia tak bangun masuk toilet selagi tu ko tak boleh berhenti panggil.
Lepas subuh ko ngajilah sikit sebab tugasan bulanan ko tak settle lagi. Kengkawan lain ramai yang dah selesai bahagian masing-masing, ko punya banyak lagi mukasurat. Malas betul ye seketul perempuan ni nak mengaji.
Selesai mengaji marilah masuk dapur terus. Rasa lapar pulak.
Ammi buat
mi telur goreng basah. Eh, tersedap banyak pulak mi kita pagi tu. Kalau suruh repeat balik macam risau je tak jadi sama macam ni. Sawi biasa tak ada kita guna jelah
siew pak choy. Guna
daging shabu-shabu cut tu. Dan, memang senanglah bila beli daging gini. Tak perlu nak defrost beriya sebab dia memang nipiskan. Ko basuh sikit pastu potonglah ikut size yang korang nak. Mudah kerja.
Lepas ni kena cari stok mi telur ni. Memang penyelamat keadaan.
Selesai sarapan, ammi pun melipat kain yang dua bakul. Buat kerja-kerja rumah yang biasa... dan tiba-tiba cakap ngan abah "jom cari
kedai perabot terpakai". Ammi nak tukar dressing table ammi. Dah bergoyang-goyang dah. Taknaklah beli yang baru, gi recce di kedai terpakai kalau elok kita grab.
Lepas Zohor kita keluar cari lunch dalam hujan yang lebat. Selesai lunch marilah cari kedai perabot tapi kedai yang kononnya famous menjual perabot terpakai macam reban ayam rupanya. Pusing punya pusing, jumpa kedai lain tapi kedai tu tutup pulak. Hmmmm dan tiba-tiba seketul isteri ni cakap lah lagi dengan suaminya "kita gi tempat kakak nak tak?".
Gila suami nak kata taknak bila ajak nak gi jenguk anak daranya. Abahnya terus call kakak dan kakak kata ok je kalau nak datang.
4.15pm kami dah sampai di Kuala Pilah. Ammi ni
telekung satu hapa pun tak bawak. Redah jelah. Masa call Kyra tu suruh dia bawak telekung dan pencuci muka untuk kami solat asar karang.
Yeayyyy...puas hati dapat jumpa si sulung.
Pergi few tempat belikan keperluan dia..yang paling tak boleh blah, masuk
Guardian pastu buat muka kesian. Minta kita belikan
spray sunscreen sebab ayat dia
"kakak rasa FOMO je kalau tak cuba. Nanti kakak tak boleh tidur malam.". Eh tak murah ok. Dalam RM40 juga sunscreen jenis spray ni.
Ehhhh, ammi korang ni dulu masa belajar kat U, pakai
Hazeline Snow je, tak pun tepek Fair & Lovely pastu pakai bedak. Pakai
celak, pastu dap-dap je lipstik. Celak dan ammi memang berpisah tiada dari kecil sampai ke tua ni. Gi sekolah dulu pun memang bercelak.
Belikan juga dinner dia pastu kita hantarlah dia pulang sebab assignment dia banyak. Betullah orang kata belajar
Matriks ni pace dia sangat laju sebab dalam masa 10 bulan syllabus perlu dihabiskan.
Insyaallah Jumaat ni kita jumpa semula ye. Disebabkan
Sabtu ni hari Negeri Sembilan untuk memilih makanya pelajar dinasihatkan pulang. Yelah ramai je pelajar yang dah cecah 18 tahun dan dah
layak mengundi. Anak ammi je kalau ikut tahun memang dah layak, tapi kalau ikut tarikh lahir lambat lagi.
Haaa...begitulah dengan anak dara akak tu...FOMO katanya kalau x cuba..bukan murah ye sunscreen jenis spray tu..lepas tu pencuci muka Cetaphil..jenama lain x leh guna sebab kulit sensitive dia tu...makan modal betul..mama dia dulu pakai safi je..xde nak over..dah tua ni je tukatr ke Originote..itupun masih bawah RM20 kan...
ReplyDeleteSunscreen jenis spray sesuai sangat kalau reapply atas muka bermekap.
ReplyDeleteZaman uni dulu pun Faa pakai Clean & Clear je. Tak kenal lagi sunscreen, hekhek.
hai ammi..
ReplyDeletesedapnya mee goreng basah tersedap tu...
sama la nieyl klu masak tersedap tu suruh repeat macam x sama je hahaha
Saat-saat akhir ya pergi jumpa Kakak.
ReplyDeleteHaah popular Hazeline Snow, sekarang tidak nampak dah. Ada lagi ke jenama itu?