Minum petang di Hang Tuah Cafe

Hari kami tinggal di Aurora Hotel tu kami keluar sekitar jam 6 petang sebab ammi perlu alas perut dulu.  Masa melawat Khilfi tempoh harikan bubur pedas Marrybrown yang ammi order tak dibungkus sekali jadi ammi cuma makan wedges dan cicip makanan yang lain.  Plus ammi ada minum coffee juga.  Tapi bila dah pukul 5 petang eh lain macam pula laparnya.

Kita makan pun ditempat yang hampir dengan Stadium Kubu.  


Kami minum petang di Hang Tuah Cafe yang letaknya juga di Jalan Hang Tuah.  Terima kasihlah pada apps camera ni sebab memudahkan kerja ammi nak tau lokasi.  Ammi ni kan korang, memang kategori "road blind" tau.  Kadang-kadang jalan nak balik rumah sendiri pun ammi jadi confuse.  Ahakss.  Teruk betul eh perangai.

Tapi sebelum nak sampai ke cafe tu daripada tempat yang abah parkir kereta tu ammi ternampaklah satu kedai yang bertutup ni.


Menuju Puncak namanya.  Mesti syarikat ni establish masa zaman Akademi Fantasia tengah popular.  Auchhhh tetiba masa tu ammi pun rasa macam nak nyanyi je lagu Menuju Puncak tu.  Akademi Fantasia ni ammi follow rapat yang season 2 sampai 4 je.  Setiap hari gigih tunggu diari AF.  Yelah masa tu kita muda lagi wak.  Baru kahwin.  Tapi masa zaman Mawi tu paling gempaklah kan.  


Ammi order Maggi Sup.  Ammi sorang je yang makan.  Abah rasa sikit-sikit je sebab dalam masa 2 jam lagi dia dah nak main bola...risau termuntah pulak atas padang kalau perut penuh.


Ammi tengah kesejukan, budak kecik tu boleh pulak order ais.  Tapi sedap betul air nescafe O panas dia ni...pekat likat ngam ditekak ammi.

Abah mula main bola pukul 8 malam.  Abah main di padang utama, anak abah main di tepi padang.  Dia memang awal-awal dah standby jersey, boots semua dalam kereta.  Siap glove keeper pun dia bawak.

Ammi tak teman pun dia main.  Pandai-pandailah dia cari kawan dengan anak-anak player yang lain.  Bila wisel tamat dibunyikan barulah budak ni naik semula dengan peluh lencun.


Ammi pun tak ingat dia jemur ke tidak glove ni lepas sampai rumah haritu.  Kalau dia masukkan je terus dalam tempat simpan bola dan boots memang kepamlah baunya.  



Setelah tamat perlawanan yang memihak kepada ex-N9.  Sapa player yang ada pun ammi tak kenal.  Umur dorang lebih kurang 40an gitulah.

Selesai di situ, marilah kita mencari makan malam.  Alip kata "perut alip dah macam pedih-pedih dah".  

1 comment