Hari Sabtu lepas kami ke Melaka menjenguk anak bujang.
Hari Khamis or Jumaat ntah Kyra call abahnya minta izin nak berjalan dengan kawan-kawan hari Sabtu. Jadi sebab dia nak berjalan kita takdelah call dia tanya nak ikut atau tak ke Melaka.
Masa kami on the way tu ammi ambillah gambar gunung yang masih dilitupi kabus walaupun cuaca dah hampir ke pukul 12 tengahari dan ammi pun uplah di WhatsApp status.
Sekali anak perempuan tu call kata "alaaaa napa tak cakap nak pergi tempat abang...kakak nak ikut jugak". Rupanya dia cancel untuk keluar dengan kawan-kawannya. Dia rasa nak chill-chill dalam bilik buat assignment dan study.
La, kalau bagi tau awal memang abahnya akan ke Pilah dulu ambil dia. CONFIRM!.
Memang sejuk je all the way from Seremban to Melaka. Langit memang gelap dan ada certain area hujan. So, laluan kami kejap hujan kejap kering, kejap gelap kejap terang.
Abah dah risau dah sebab malam nanti abah ada game bola di Stadium Kubu. Kalau begini keadaan cuaca confirm berlecak padang tu.
Sampai di Ayer Keroh ammi order je makanan di apps MarryBrown. Hujan-hujan ni malas pulak nak mencari kedai jual nasi campur. Minggu ni ammi tak masak sebab mood nak packing baju pun tak ada. Pukul 10 lebih pagi baru terhegeh-hegeh pack baju sebab abah kata malas nak drive balik lepas game bola malam tu.
Dalam hujan-hujan tu abah dan ammi turun pergi pick up order kami. Semua dah elok dalam plastik. Sampai di sekolah Khilfi kalini kami terpaksa duduk di kantin. Selalunya kami akan duduk di meja di sebelah kantin. Tapi situ banyak meja yang basah pulak mungkin sebab terkena tempias hujan lebat.
Ammi order 3 set nasi kandar, 1 set bubur pedas dan 1 cheesy wedges.
Sambil-sambil tunggu abah mencari Khilfi tu ammi pun pandanglah keliling kantin. Ammi nampak kat notice board banyak ditampal kelab-kelab dan persatuan anak-anak. Sampai kat kelab softball ehhh nama anak kita ada kat situ rupanya.
Nama dan jawatan sekadar memenuhi syarat dan untuk PAJSK. Ammi tanya Khilfi berapa banyak duit yang awak dah kutip sebagai Bendahari ... dan jawapannya "tak pernah bertugas pun" hahaha.
Bila Khilfi dah ada ammi pun mulalah buka bungkusan.
Hanya ada 3 set nasi kandar je.. bubur ayam pedas tak ada. Ehhhh apa ni? Ammi pun lelaju isi feedback form kat apps tu dan siap bagi nombor order tadi. Nak pergi semula ke outlet tu macam boleh tahanlah juga jauhnya nak pusing. Jadi kita makan jelah share-share.
Khilfi kata selain kat board kelab softball nama dia ada juga di Kelab Alam Sekitar. Ammi suruhlah Alip pergi snap gambar..
Tu dia....tiba-tiba ada Muhammad pulak di depan nama dia.
Selesai makan marilah mendengar cerita anak lanang ni. Biasalah cerita kumpul seminggu memang macam-macam dia nak cerita.
Eh flawless pulak muka ammi bila guna timemark camera ni. Motif ammi guna timemark camera ni sebabnya adalah supaya ammi senang nak ingat bila kejadian ni berlaku. Ni kira oklah lagi, kejadian minggu lepas cerita minggu ini. Ada kejadian berbulan lepas baru terhegeh-hegeh nak up.
Letak gambar ni dalam group family dan Kyra terus je bagi emoji orang menangis. Ahahahahha hujung bulan ni jelah awak jumpa adik awak ni ye.
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami pun gerak meninggalkan Khilfi. Kami nak mencari hotel. Ammi dah buat online booking tapi naklah juga cari hotel lain kot-kot lagi best.
Dapat jumpa anak sekejap pun jadilahkan buat lepaskan rindu.
Tentang bubur ayam yang tak dipack sekali tu, sebelah malam baru manager in charge call ammi dan dia minta alamat untuk dia hantar bubur tu. Ammi cakaplah ammi bukan duduk kat area Ayer Keroh. Jadi ammi minta dia refund je. So, refund tu dia buat keesokkan harinya. Tamatlah kes itu. Moralnya....walaupun dia dah elok ikat mati bungkusan tu silalah check. Confident nau laki bini ni budak tu betul semua.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Lahh..tak pasal kena tinggal dak kyra. Takpelah, bagi dia masa buat assignment dan study. Macam pernah ambil juga gambar REMBAU tu. hihi...
ReplyDeleteBagus lah Khilfi ni aktif ada jawatan sekali tu walaupun tak pernah bertugas. Jadilah ada nama gitu.
Nasib baik jugalah dorang tak sidai lepas report tu. Dapat refundnya.
Begitulah lah kalau ada yang mengikut. hantar gambar mesti sedih tak dapat ikut.
Ehh semalam tak dapat buka blog Ammi sebab tukar template ye. open to readers only katanya.
Alaaah sayangnya Kyra tak ikut 😅. Eh tapi bagus juga pihak staff masih mau refund yaaa. Terkadang kalau dah terlanjur dibuka, saya langsung merasa sia2 nak komplain. Krn tak ada video unboxing sebagai bukti.
ReplyDeleteKalau disini rata2 minta video kak. Untuk bukti. Sementara kalau makanan online saya jarang pakai video pas buka
Kita pun slalu kena wak... memanjang x cukup order kita.. slalu mmg kita minta refund je la..malas nak tgu drg hantar blk ...
ReplyDeleteP/s: ammi, nanti email kita deatils awak ye
Jengah sini dah hampir 12am. Ammi tulis lanang. Ku baca lalang. Adoi la 🤣. Kalau order TA kena check, Cie pun pernah je chicken wing pizza. Order 2 dapat 2 set je. Manager dia beria call nak ganti.
ReplyDeletesyukur dpt refund. bagus ammi rajin report..MZ biasanya kurang kerajinan bab2 mengreport sbb rasa renyah/hassle adoyai
ReplyDeleteEh, blog Ammi dah bertukar wajah. Cantik, la.. 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat melawat anak lanang.
Baguslah boleh refund. Kita dulu pun pernah terjadi, order tak cukup. Tapi app Foodpanda.
Anak-anak Amie berbakat dalam sukan ya..tahniah..semoga maju jaya..Good Luck
ReplyDeleteAaaa tak dapat bubur MB pula, dah la bubur MB yang sedap. Nasib boleh refund.
ReplyDeleteAmmi, template naru ni kemas la. Nampak aesthetic.
Alahai kesian Kyra kena tinggal...apesal banyak kes order x cukup sekarang erk...
ReplyDelete