Sebenarnya ammi pun taktau dia beli di Jakarta atau di Bandung.
Ada sekali tu dia call kata nak beli sweatpants dan ammi pun ok kan jelah. Memang ammi bagi dia duit untuk dia beli jelah apa-apa yang dia rasa nak. Ammi tak bekalkan banyak pun dekat dia. Cuma 1.5juta rupiah je. Ammi bekalkan juga dengan kad wise just in case dia perlu guna kalau cash habis.
Dia belikan kakak dia 2 figurine ni. Apa nama dorang ni pun ammi taktau.
Jadi...adalah kawan yang sekor ni. Kalau tak tu muka dia mencuka je. Tapi kalau tetiba muka yang masam mencuka ni tersenyum happy pun risau jugakkan. Memang ammi campak ko masuk tong sampah karang.
Untuk diri dia sendiri, dia beli mende alah ni. Boleh tahan besar jugaklah
Dan dia tak beli pun sweatpants tu tapi dia beli seluar tidur kain lembut ni. Sedaplah agaknya bila pakai sebab macam majoriti budak lelaki beli seluar ni.
Masalahnya sekali itu jelah dia berpeluang pakai seluar ni.
Kisahnya balik daripada Jakarta tu, dia hantar bag baju kotor dia ke dobi sekolah sebab dia tak sempat nak basuh sendiri bajunya. Sampai Melaka pukul 2 pagi lebih, pastu terus je masuk kelas macam biasa.
Bila hantar ke dobi dorang akan guna dryer untuk keringkan baju. Dan bila dia dapat balik seluarnya, sekian sahaja. Koyak teruk kat bahagian kelangkang. Kain macam ni kalau koyak kan jenis yang berbulu-bulu. Dia bawa juga balik, tapi ammi suruh jelah dia buang. Tak kuasa ammi nak jahit aih. Bapakkan besar koyaknya.
Hari terakhir dia di Jakarta baru ammi activate kad wise sebab dia dah takde cash langsung. Kesianlah pulak kalau-kalau dia nak makan or minum apa-apa masa kat airport nanti. Masukkan RM100, dapatlah lebih kurang 445,000rupiah.
Begitulah 'jutawan' itu membelanjakan duitnya di tanah orang. Semoga anak soleh ni jadi jutawan sebenar nanti supaya tak perlulah nak tekan calculator sangat masa nak membeli tu. Ahakss.

.png)
.png)
.png)
.png)
bestnya jd jutawan hehehe
ReplyDelete