Jumaat lepas ada hari Jejak Prestasi di sekolah Khilfi. Seawal jam 6.30 pagi kami dah gerak keluar dari rumah. Ammi angkut juga laptop sebab biasanya Jumaat ammi WFH. Manalah tau just in case ada kerja.
Hujan lebatlah pulak. Majlis bermula 8pagi tapi 8.20 kami masih atas jalan lagi. Lebih kurang pukul 8.30 baru kami naik ke atas bukit MOZAC.
Sempatlah dengar ucapan Bonda Pengetua, dan yang penting dapat dengar pembentangan analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 4 oleh guru penyelaras tingkatan 4 merangkap cikgu Addmath Khilfi. Kelas Khilfi Alhamdulillah, masih unggul dicarta. Memang top scorer kebanyakkannya daripada kelas Alpha tapi nama anak ammi tak muncul-muncul di screen. Ku tunggu tunggu dan terus menunggu. Takpelah, kita tepuk tangan untuk hargai kecemerlangan anak orang lain. Sekurang-kurangnya kita tau anak kita berada dikelompok yang betul.
Ada sorang pelajar perempuan (pelajar baru) dapat markah sejarah 99%. Cikgu kata terpaksa bagi 99 sebab taknaklah nampak perfect sangat. Hahahha... gilalah gempak nak ooooiii result kamu. Kekalkanlah prestasi itu ye.
Selesai pembentangan, kita kenalah beratur untuk jumpa guru mata pelajaran.
Ammi decide untuk nak jumpa satu cikgu je sebab itu je markah yang kurang memberansangkan dan macam biasalah addmath. Markah dia masih under control lagi. Dia dapat 41marks which is E. Masalah utama dia adalah MALAS BUAT LATIHAN.
Bersongkok anak ammi sebab yang pertama dia dapat tugasan baca doa (tapi ammi tak sempat sampai waktu dia baca doa). Yang kedua sebab rambut dia dah panjang.
Tak dapat dengar dan tengok anak sendiri baca doa...kita tengok jelah gambar yang cikgu kongsikan.
Tiba-tiba boss whatsapp kata nak minta preparekan invoice. Kita pun keluar dewan, on laptop alamak laptop takde battery. Keluarkan charger ek elehhhhh salah bawak charger pulak. Tapi takpe, ammi dah prepare awal invoice tu tinggal nak tukar date je. Balik nanti ammi buatkan.
Selesai di sekolah Khilfi kita terus je ke Kuala Pilah. Kyra patutnya dah book tiket bus pukul 2.30 petang untuk terus ke Seremban. Tapi ammi suruh je dia cari buyer (sebab memang confirm ramai nak)...dan betullah. Tak sampai 2 minit dia tanya dalam group besar student, terus je ada buyer. Selesai masalah bus.
Mungkin masa kami lalu ni kejadian baru berlaku. Jam kuranglah sikit kesesakan. Kereta bergerak perlahan dalam 5-10 minit gitu je.
Sebelum pukul 12 kami dah sampai di Kuala Pilah
Santai jap diluar kolej sambil tunggu anakdaranya keluar.
.png)
Alhamdulillah...lengkap kami berlima.
Sampai rumah sebelum solat Jumaat, lelaju ammi charge laptop dan hantar kerja. Ah lega rasanya.
Sebab kami tak beli makanan balik dan plan nak keluar semula cari lunch lepas abah & bujangs balik solat Jumaat, ammi tukar jelah uniform dan masaklah yang simple-simple. Malas pulak nak keluar lagi dah.
Buat sup meatball letak ubi kentang dan pecah telur, goreng sayur kobis, telur dadar dan kita potong-potong je cili untuk pedas. Selesai masalah lunch. Jimat pun ye jugak. Mujur ada noxxa, 7 minit nasi dah siap masak.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments