Sakit itu kembali lagi

Hujung bulan lepas ammi terpaksa bawa diri ni berjumpa doctor.  Kisahnya benda ni dah berlaku hampir 3-4 bulan setiap kali period.  Maaflah blogger lelaki (tapi mungkin info ni berguna untuk pasangan kalian mahupun anak).  Tapi bulan lepas sangat kritikal.

Period ammi bulan lepas ammi mengalami sakit sebelum, semasa dan selepas period.  Bayangkan hari pertama period 14.6.2026 bila dah habis ammi masih sakit sangat sehingga 24.6.2026.  Hampir 12-13 hari ammi sakit.  Sakit yang taktau sakit perut ke, sakit pinggang ke, tapi sakit yang ammi dah tak mampu nak tahan.  Makan ubat pun takde kesannya.

Hari Rabu tu, ammi keluar office awal, naiklah MRT sampai ke Kajang dan abah jemput ammi dari situ sebab abah memang ada kerja di area situ.


5.30 petang orang kerja di Petaling Jaya dah sampai Seremban.  Ahaks.  

Jumpa doctor, mula-mula doctor kata mungkin Urinary Tract Infection sebab agak normal orang perempuan kena UTI selepas habis period.  Tapi ammi cakaplah ammi pernah ada endometriotic cyst dan dah buat procedure in 2022.  Mujur sebelum ammi keluar office ammi teringat nak print Histopathology Report supaya senang doctor nak tau apa masalah ammi.  

Bila doctor baca je doctor kata, "kita buat ultrasound dulu Puan".  Dan masa ultrasound tu uterus ammi memang kelihatan besar dan bulky.  Tak nampaklah ada tanda cyst semua cuma keadaan uterus tu tak normal.  Doctor klinik ni siap call doctor yang lebih expert nak doctor tu pun cakap perkara yang sama.  

Lepas buat ultrasound, buat juga urine test dan blood test.  Ammi punya bacaan HB dah turun dari paras normal.  No wonderlah ammi rasa nak pitam sentiasa.



Jadi doctor klinik ni keluarkan satu referral letter dan dia bekalkan juga dengan ubat tahan sakit yang agak kuat sebab painkiller yang ammi biasa makan memang tak berfungsi nak lawan sakit ni.  Balik, makan dinner, makan ubat dan tak menyempat-nyempat nak tunggu Isyak sebab nak tidur.  Ngantuk teruk.

Esoknya ammi masih ke pejabat dan Alhamdulillah, lepas makan ubat tu ammi rasa sakit tu dah banyak kurangnya.  Masih ada sisa sakit tapi dalam keadaan yang terkawal.  Di pejabat ammi mulalah call hospital nak set appointment untuk jumpa Doctor Obstetrician-Gynecologist (Obgyn).  Ammi memang nak cari doctor perempuan je sebab seganlah jumpa doctor lelaki.  

Kalau ikutkan ammi nak je jumpa semula Dr. Norshida Brahim, doctor yang buat surgery ammi dulu masa 2022 tapi lokasinya di Cheras.  Lecehlah sebab ammi dah menetap di Serembankan.  

So, hari Jumaat lepas Abah & Alip balik dari solat Jumaat marilah kita lunch dulu pastu kita ke hospital sebab appointment ammi pukul 3 petang.  


Kawan-kawan tau dia dapat main phone cuma hari Jumaat dan Sabtu, ehhhhh kekejap kawan call.  Nak tanya pukul brapa boleh main online game.  Ehhhh abah yang buat job sendiri pun takdelah call masuk bertalu-talu gitu.  Makan pun tak sonang.


Tunggulah doctor ni masuk.  Baik, lemah lembut je doctor ni.

Dan selepas dia tanya ammi soalan itu ini, dia baca referral letter, dia baca juga laporan procedure lama ammi.  Kita buat ultrasound sekali lagi.  Tak puas hati buat pula transvaginal ultrasound (endovaginal sonogram) dan doctor kata "case of adenomyosis".  Ok...ammi teringat doctor yang buat surgery dulu pernah cakap ada tanda-tanda adenomyosis pada ammi.  Tak sangka pulak lepas 4 tahun dia hadir tunjukkan diri dah.


Dulu masa ammi buat procedure tu sebab Endometriosis.  Endometriosis adalah tisu yang tumbuh diluar rahim.

Adenomyosis pulak adalah tisu yang tumbuh di dalam otot rahim / dinding rahim.  


Doctor cadangkan beberapa rawatan dan basically untuk nak elakkan supaya tak berlakunya pendarahan banyak dan sakit yang teruk ni adalah dengan "stopkan" period.  

Antara yang doctor cadangkan adalah:

1. Pemasangan Mirena

2. Pengambilan pil perancang - yang ini makan setiap hari untuk 3 bulan pastu stop sebulan.  Maknanya dalam setahun cuma akan period dalam 4 kali je.

3.  Pengambilan pil Vissanne - ammi pernah ambil pil ni masa procedure dulu.  Tujuan pil ni sebenarnya adalah untuk stopkan period.  Tapi pil ni tak ada kesan kat ammi dan period ammi masih happily keluar every month.  Ahhhh awat hang degil?

4.  Suntikan Depo - Contraceptive Injection.  

5.  Paling last sekali - histerektomi.  Auchhh ngeri pulak dengar.  

Kesemua cadangan ni ada pros and cons nya.  Biasalah tu...kita bukan hidup didalam dunia tipu-tipu.  Ini dunia nyata.  Buat masa ni ammi ambil cadangan ke-4 dulu walaupun suntikan ni ada kesan terhadap bone density sekiranya diambil berterusan.  Jadi saya dah mula makan kalsium setiap hari walaupun kadang-kadang saya lupa.  

Ammi tak bercadang pun nak ambil berterusan injection ni tapi untuk makan pil secara daily tu mungkin taklah kot sebab saya takda disiplin itu.  

Tengah buat kajian sendiri tentang apa yang terbaik dan kemudian berdasarkan "kajian sendiri" ni bolehlah ammi berbincang dengan doctor masa appointment akan datang.  At least kita takdelah blur sangat masa perbincangan tu.

Eh panjang pulak entry ni.  

Post a Comment

1 Comments

  1. moga tiada yang mudarat ye ammi..risau pula baca

    ReplyDelete