Puas hati ammi bila dapat gondolkan rambut dak Alip ni. Geram ammi dengan rambut dia yang panjang itu. Rambut Khilfi ni pun tak sabar ammi nak suruh abah bawak dia gi trim. Abah & anak asyiklah bertangguh bab potong rambut, sampai hilang sabar maknya ni.
Lepas je potong rambut member terus feeling-feeling jadi budak hostel. Dah alang-alang luggage besar masih tersidai dalam bilik Kyra belum naikkan ke loteng.
Sebelum nak pergi mengaji sempat tu kata "Alip ada macam budak sekolah asrama tak ammi?... Tak sabar nak duduk asrama ni". Yolah tu tak sabar, dah dapat sok jangan nangis minta balik ye. Budak hostel tak perlu rambut gondol gini kecuali awak budak RMC atau awak budak sekolah di negeri Johor.
Betul ke orang-orang Johor? Anak ammi cuma Kyra je yang sekolah di Johor jadi ammi tak ambil portlah tentang potongan rambut lelaki KrMJ. KrMJ tu stands for Karakter Murid Johor.
Rupa seketul anak selepas digondolkan rambutnya dan sebelum berlakunya kecederaan. Tapi daripada jauh nampak macam panau pulak kat kepala dia.
Bulu-bulu halus kat dahi rupanya. Rasa macam nak ambil shaving blade dan shave je bulu-bulu itu sebab sakit pulak mata kita tengok. Masalahnya kenapa masa orang kedai tu trim rambut jadi rompong sana sini dia machine?

.png)
.png)
.png)


1 Comments
Laaaa...ingatkan hitam hitam kesan lebam ..rupanya anak rambut halus yerðŸ¤
ReplyDelete