Nampak nau ko dah tak ada idea nak buat post apa kat blog. Mujur juga ada ambil gambar sebelum makan.
Semalam ammi sampai office pun lebih kurang jam 9.25 pagi. Naik bus dari Seremban pukul 6.25 pagi selalunya akan sampai di Central Market around 7.40 pagi dan sempatlah sampai office dalam jam 8.30 gitu. Tapi semalam hujankan..jadi sampai CM pun dah pukul 8.10 kalau tak silap.
Ammi sampai di stesen MRT Phileo dalam pukul 8.38 pagi gitu. Ada satu bus pukul 8.43. Kalau nak diikutkan ammi sempat je sampai ke bus stop tu. Tapi ammi jadi macam, nak ke tandas ke nak ke bus stop. Tapi ammi pilih untuk ke tandas je. Bus tertinggal takpe guysss daripada terkucil. Tak memasal je hancing nanti.
Baru je nak touch out selepas keluar tandas ammi nampak bus tu hampir sampai ke bus stop. Auchhhh nak lari pun memang tak sempat dah. So, biarkanlah dia berlalu. Saya tunggu next bus jelah sambil santai-santai main game susun-susun kopi "Coffee Pack" kat bawah tu.
Comelkan... kita suka minum kopi jadi kita susun jelah kopi tu.
Masa kat CM ammi adalah pergi beli kuih. Kalau tak beli kuih mungkin sempatlah nak naik bus pukul 8.43 tu kan. Ahaks. Jangan kau tangisi nasi yang sudah menjadi bubur itu Sharmila.
Kuih apa yang ammi beli pun taktaulah. Macam cakoi tapi ada inti sambal. 70sen je sebijik. Kenyang gila wei sebab tepung kan. Minum pulak dengan secawan kopi tanpa gula.
Untuk lunch ammi bawa telur dadar yang ammi campur dengan a lot of thinly sliced cabbage and carrot. Ammi tak guna pun sos cili tu sebab omelette tu pun dah pedas. Ammi letak bon cabe level 50 pemberian Fanny.
Rasa kenyang betul sampai timun tu pun ammi bawa balik semula ke rumah. Ammi taktaulah sebab ammi dah makan 2 ketul kuih tu masa pagi sebab kuih tu pun kan tepung atau memang 3 biji telur campur kobis ni super duper memenuhkan perut.
Semoga saya kembali ringan.
.png)
.png)
.png)
Akak baru hilang 2.8kg...jenuhhh nak completekan program...kuih apa tu...besau nampaknya...patut la kenyang
ReplyDeleteBagusnya diet tanpa nasi..
ReplyDeleteBanyak drama Ammi waktu pagi. Hujan ni slow sikit perjalanannya. Janji selamat sampai. Kuih apa tu saya pun tak tahu Ammi. Sedap telur dadar ada kobis dan carrot. Ala-ala pajeon gitu kan.
ReplyDeleteJia you Ammi. Semoga mencapai target.