Bila anak first time naik bus

Jumaat 19.6.2026 buat pertama kalinya Kyra balik lepas mendaftar di KMNS.  Minggu ni pulak ammi terpaksa kerja sebab boss ammi ada urusan personal.  Time ni pulak abah ada kerja di KL.  Lepas abah jemput Alip balik dari sekolah, tapaukan dia lunch, abah terus je shoot ke Kajang sebab abah memang kena monitor sound system masjid tu waktu solat Jumaat.

Kyra tu rela dalam terpaksa abah ammi izinkan naik public transport je.  Bukanlah tak biasa, dulu masa sekolah di Segamat memang naik ETS kan.  Tapi dulu, pihak sekolah yang handle transportation budak-budak dari sekolah ke train station.  Pastu, ada pelajar yang dilantik untuk melaporkan kat group, current location.  

Ni dia kena balik sendiri naik bus henti-henti.  Ammi ni dok call explain dan tulis steps.  Eh kita risaulah wak nak lepaskan anak dara balik sendiri.  Roommate dia lagi 3 orang tu tak balik.  Dia balik sorang-sorang je.  Jadi memang extra risau je tapi abah cakap "abah yakin kakak boleh buat".  Abah tu pun cakap sebab nak sedapkan hati sendiri juga tu.

Ammi ni siap downloadlah laluan bus henti-henti ni.


Nampaknya adik yang dirumah sorang-sorang dah tak sabar tunggu kakaknya.


Dia cakap je dah gerak, kita pun terus jelah tengok live location dia.  Bus pink Bas.MY tu tak lalu dekat area kolej Kyra.  Jadi memang kena naik Grab dari kolej ke tempat laluan dan ammi suruh dia stop kat stesen bus Kuala Pilah jelah.  Situ ramai orang kot.  Kalau tunggu kat memana bus stop kita pun taktau bus stop tu rupa apa. 

Lega bila tengok dia dah sampai di bus stand.


Tengok kat IG dia...dia nervous juga rupanya tapi buat-buat berani je ye dekat abah ammi


Nampak lega bila bus dah sampai ke Seremban Town.  



Eh tak habis lagi mak ko ni bagi arahan.  Harap tak stresslah budak ni dengan pesanan dan arahan seketul emak yang jauh dimata dekat dihati.

Alhamdulillah, selamat dah sampai anak dara ni di rumah.  Next kalau nak balik kenalah booking je naik chartered bus yang terus dari KMNS ke Seremban.  Harga lebih kurang RM15.  Tapi lebih kurang jelah kalau balik sendiri sebab kena book grab bagaikan, cuma kita ni takdelah risau sangat.

Gambar kat bawah selingan sebab berlaku di hari yang sama.


Pagi masa ammi sampai di LRT Pasar Seni terasa nak makan nasi ambeng.  Kita beli sebungkus.  Sekali bila akak tu dah bungkus gila punya besar bungkusan tu.  Terasa macam nak pergi berkebun pulak makan macam ni.  Nasi punyalah banyak, pastu standardlah condiment nasi ambeng.  Ammi add on ayam belada.  Akak tu kata RM7 je dik.  Ammi siap kata "saya ada ambik ayam tadi kak"... dan jawapan akak tu "ye dik, 7 je".  Allahhh, murah sungguh.


Post a Comment

0 Comments