Sambut hari lahir di sekolah

Hari Selasa minggu lepas dapat info dari guru kelas Alip yang sekolah ada buat majlis untuk those yang sambut birthday dari bulan Jan - Julai 2026.  Mak aihhhhh berapa lama dia kumpul baru buat majlis.  Kalau setiap budak beli kek mau beratus kek bersusun kat sekolah tu karang.

Kebetulan Selasa itu adalah birthday anak bongsu ammi yang ke-12.  Macam ok sangatlah kalau nak sambut sebab kira masih fresh lagilah birthday dia kan.


Anugerah bintang hadir tu memang confirmlah tak dapat sebab ada few times juga ammi cutikan dia sekolah sebab 'terpaksa' ikut abah outstation.  Terpaksa ikut abah ammi ke sekolah kakak & abang.  


Hari Rabu boleh tahan awal ammi keluar office.  Boss kata boleh balik awal, jadi kita awalkan je.  Kononnya sampai Seremban awal bolehlah gi cari kek yang best-best sikit kat area Senawang tu.  Sekali ehhhhh suami kita pulak balik kerja lepas Maghrib.  Sudahnya pergilah awak ngan anak tu cari je kek di area rumah.  


Bukan main berkilat lagi eh muka awak Alip.  Memang dia tenyeh minyak gamat ke camna agaknya pagi tu?  


Musykil juga apsal yang lain pakai baju warna oren awak sorang je pakai baju rumah sukan.  Hmmmm 


Entah apa yang gembira sangat ntah tu.  
Oh mujur kat belakang tu nampak sorang lagi pakai baju rumah sukan.  


Ada juga yang birthdaynya awal tak bawa kek tapi bawa goodies untuk kawan-kawan.  Eloklah tu, 4 kek untuk 1 kelas ni pun Alip kata "Alip makan kek sampai rasa nak muntah sebab manis".

Kami masih belum makan-makan untuk sambut birthday Alip ni.  Kita tunggu bila family kami kembali lengkaplah ye.  Dia request nak makan stimbot yang ada daging "guling-guling"Gulung dan guling tu dua perkataan dengan maksud berbeza ye anak.  

Vocab dia ni boleh tahan ke laut dalam sebab tak rajin membaca.  Nak isi nilam online tu pun bukan main jenuh  nak suruh dia baca bahan bacaan online.  Ahhhh tiba-tiba risau pulak seketul ammi ni dengan anak bongsu ni.

4 comments

  1. Umangaii kumpul setengah tahun tu. Mujurlah semua bday tak bawa kek. Kenyang kek je lah kalau banyak. Itupun nak termuntah ek alip cakap. Itulah tu, baru nak tanya kena alip sorang pakai baju merah. guling-guling pun bolehlah alip uiii...
    Belated happy birthday semua. Semoga berjaya dunia akhirat. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. fuhh sambut bday berjemaah kiranya, sekali harung heheheh yg penting semua happy!

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok gelak tawa anak-anak bila dapat sambut birthday ramai-ramai dengan kawan kelas. Mesti gembira sangat dapat makan kek dan kongsi rezeki dengan kawan-kawan. Comel betul semuanya!

    ReplyDelete
  4. Masa sek PASTI dulu je ada sambutan birthday. Sekolah rendah ni takde pulak. Rajin cikgunya gembirakan anak2.

    ReplyDelete