Hari Jumaat 26.6.2026 lepas berjumpa doctor dan diberikan satu jab di punggung (sebab saya yang pilih), marilah kita pulang. Nak pujuk diri sebab boleh tahan sakit juga tempat suntikan marilah kita makan cendol.
Bukanlah sakit sangat pun cuma biasalah tekak tu gatal..tak sedar diri bila timbang kat hospital tadi berat dah jadi 66kg. Mak aihhhh jauh dah dari misi nak kejar ke 55kg.
So far ini cendol pujaan hati budak ni. Pergilah makan cendol dimana-mana tetaplah dia kata, "cendol Ijoi masih rank 1". Masih sibuk menatap handphone sebab banyak perkara perlu diupdate dekat game katanya. Pastu sibuk nak baca whatsapp group yang dalam setiap group tu rata-rata ada orang yang sama. Motif betul buat banyak-banyak grup budak-budak kecil ni. Haaa hadaplah fon tu masa makan, silap haribulan ammi lock terus apa pun tak dapat nanti.
Disebabkan ammi tak masak, kita plan makan diluar je malam. Ammi dah target nak makan Yong Tau Foo di Senawang yang setiap hari FYP di Tiktok ammi. Lepas Isyak baru kami keluar. Bila sampai situ mak aihhhh berbaris orang beratur. Kedai memang fullhouse. Orang beratur di luar kedai pun ramai betul.
Bila dah gitu memang tak kuasalah ammi nak join crowd beratur itu. Kita cari jelah makan lain. Bila fikir, ohhhhh orang baru gaji agaknya kot. Pusing-pusing kita singgah sini jelah. Kedai Thai baru.
Nama kedai ada tulis 3... ni cawangan ke 3 kot. Ammi tak tanya pulak kat budak yang ambil order ni.
Alip tengok ada makcik & pakcik menyanyi. Ayat dia "tak sedap, baik tak payah menyanyi". Ehhh celupar ye awak. Suara acik tu memanglah kurang sedap didengar tapi key dia semua on point je. Takde yang flat. Cuma mungkin usia dia dah tak sesuai nak nyanyi kot...tapi tulah, kita pun taktau apa sebab dan apa masalah hingga dia perlu menyanyi diusia itu. Itulah mungkin punca rezeki mereka.
Sambil-sambil tunggu menu yang kita order di kedai ni sampai berselera pulak ammi tengok ayam kedai sebelah tu. Ammi pun cakap kat Alip "berani tak kalau alip orderkan chicken tenders untuk ammi kat kedai tu?"... Dia angguk dan yess, dia berjaya ye order. Good job my son walaupun dari jauh ammi tengok dia terkial-kial juga pandang kiri kanan.
Ammi order kueh tiow kung fu. Siap pesan kat adik yang ambil order tu supaya kueh tiow tu cuma letak telur je masa goreng. Jangan letak tepung segala bagai. Ammi tak suka bila kueh tiow tu jadi liat.
Alip order chicken chop.
Abah? Abah makan baki makanan kitorang plus ammi ada order juga chicken tenders kedai Pak Sheikh tu kan. Abah sebenarnya dah makan disurau masa in between Maghrib dan Isyak tadi. Patutlah dia berlagak cakap "saya taknak makan". Huhu. Taknak makan taknak makan tapi awak jangan lupa ehhh awak memang dah pegang jawatan "tukang habiskan makanan keluarga" secara tetap.
Bila ntah nak dapat rasa YTF yang viral di Senawang itu.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Haaa kan...Yong Tau Foo Man Taiping tu kan...yang kat tampin tu pun x lepas2 pergi lagi Ammi uiii....ok x makan kat kedai baru tu?
ReplyDeleteSamo la kita ammi merancang 55kg asyik gagal je. Menyampah dah.
ReplyDeleteYa Allah, sama dengan kawan² Adik Kakak... Rajin benor create group. Udah la budak berdua tu tumpang phone Ummi depa ni, penuh WA kita dgn segala mak nenek group 😅
ReplyDeleteTapi chicken chop dia nmpk sedap, ada salad dan 2 sos tu 😍
ReplyDeleteCendol pengubat jab, sedap tu. Sedap nampak chicken chop tu.
ReplyDeleteaduh, kena cucuk² jarum ni kita seram. Eloklah tu mengubat hati makan cendol. Biar sejuk sikit kan. Cendol Ijoi sedap ek. Baiklah, nanti kita cuba.
ReplyDeleteSenang dah boleh harap dak Alip membeli sendiri. Abah faham sebab dia kena habiskan, itu yang tak pesan makanan tu. Dalam tak nak, kenalah juga buat tugas berat tu. huhu..
Hahahahaha tukang menghabiskan makanan ya kak 😅😅.
ReplyDeleteSaya lebih tertarik lihat chicken chop alif, nampak sedaap nih 😍😍.
yayyy berat kita sama hahahah MZ baru nak restart clean eating hari ni
ReplyDelete