Masa Kyra balik hujung minggu yang dia naik bus sendiri tu, Abahnya tanya dia nak dinner apa dan jawapannya "pizza". Teruslah abah suruh ammi cari tempat nak makan tapi taknak Pizza Hut or Domino or US Pizza.
Ammi cari-cari ohhh ada rupanya tempat makan pizza berdekatan kawasan kami ni. Elok je nampak dalam gambar. Bila baca lagi ohhhh SK pernah makan kat sini dan ammi pun pernah komen kat post dia. Auchhhh saya mudah lupa rupanya.
Jadi kesinilah kami, agak sejuk cuaca malam itu. Mungkin cuaca pun menangisi keadaan Alip yang baru je cedera petang tu. Ahakss..over mak kamu ni.
halah halah halahhhh...shiannya anak bongsu ammi. Sebab mulut dia sakit nak buka ammi ambilkan dia mushroom soup dan masa makan makanan yang lain pun ammi potong kecil-kecil untuk dia.
Ammi cuma tampal luka dia yang besar tu je, yang kecik kat hidung tu taklah ammi tampal. Setakat dap-dap dengan cotton ball dan cuci luka je. Pastu ayat dia "kalau tak letak plaster nanti lalat hinggap macam mana?" Dan jawapan ammi "biar jelah, selalu suka kutuk tahi lalat kat pipi ammi, nanti adalah taik lalat kat hidung pulak, mesti lagi besar sbb luka tu besar. Tapi itu kalau lalat cium-cium je, kalau dia berak boleh mati tau". Ahhhh menitik airmata member. Yesss... Ammi 1 Alip 0.
Kyra terpesona dengan deco dalam kedai. Beriya dia ambil gambar. Jarang ye keadaan ini berlaku. Kawasan parking pun luas.
Nasib baik ada screenshot apa yang kita order lalu QR.
Boleh ke nak repeat kedai ni? Boleh sangat sebab ammi rasa sedap je semua menu yang kami order untuk hari itu.
Dan masa hampir nak selesai makan, adalah satu lagi family datang makan. Kyra bisik kat ammi "kakak rasa itu kawan sekolah rendah kakaklah mi". Tapi dia malu nak tegur. Dia pandang sipi-sipi pastu dia angguk-angguk menunjukkan betul itu kawan dia.
Nak tanya direct dia segan jadi dia tanya kat kawan tu di IG. Dan memang confirmlah itu kawannya. Kawannya dapat tawaran ke Politeknik Port Dickson tu yang dorang bermalam kat area sini. Esok pagi terus je shoot ke PD untuk pendaftaran. Sebab memang dah confirm maka dia pun bergambarlah berdua dengan kawannya.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
cian sgt alip. now dah sembuh ker luka2 kat muka alip tu?
ReplyDeleteSian Alip kena sakat hehe
DeletePetang tadi ada gak terfikir, ingat nk order pizza laa.. lama tak makan pizza.. eh masuk sini nampak pizza.. nampak menarik pizza Starda ni..
ReplyDeleteAmmi hahah adoii sorry kitabtergelak beso part yg tahi lalat tu.... 🤣🙈 kijam la ammi buat kita gelak time gg tgh sakit ni hehe
ReplyDeletePernah juga nak makan di sini disebabkan entry kak SK, tapi tak jejak-jejak lagi. huhu...
ReplyDeleteAllahukabar.Pedih rasa tengok luka-luka tu. Boleh pulak dia terfikir kalau lalat hinggap tu ek. Hahaha..touching bebeno Alip.
Kalau jumpa kawan lama dah tak jumpa tu kadang xyakin jugak nak tegur kan. Nasib baik ada ig boleh confirmkan. Dapatlah bergambar kenangan gitu.
Kalau Linda selalu tegur je..dari nyesal tak tegur.. hahaha...
ReplyDeleteTapi, ada je kes salah orang..takpelah, kita say sorry je lah...
Kesian Alip..Ammi nak menang punya pasal.
Alhamdulillah gathering with family is the best moment, utk cayang bucuk si kecil tu.. semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteAlahai tergelak baca part Ammi mengusik Alip. Gurau kasar nampak 🤣
ReplyDeleteBerbaloi betul makan kat situ, harga pun berpatutan.
Aduhai Alip... sempat lagi dia risau pasal lalat hinggap ya, comel betul! Tapi betul, La Strada Pizzaria ni nampak best, pizza pun nampak menyelerakan. Alhamdulillah rezeki Kyra dapat jumpa kawan lama juga malam tu..Ammi kalau x mengusik memang x sah kan...sian encem aunty tu...
ReplyDeletesemoga alip cepat sembuh.. lapar pulak tgk piza ni.. hehe
ReplyDelete🤣🤣🤣 kasiannya Anak bungsu nih yaaaa, percaya pula apa yg Mak nya cakap 😂😂.
ReplyDeleteMemang baguuuuuus lah kak tempatnyaaa. Unik, ramai dekorasi tapi menarik dan estetik terlihat.
Yg terpenting rasa makanan tak mengecewakan 👍👍. JD teringin pula nak coba