Sambut birthday di P&C Kitchen

Hari Jumaat lepas, abah & ammi cadang kita sambutlah birthday Khilfi yang ke-16.  Walaupun dah masuk July tapi tak apa.  Birthday Khilfi 23.6.2026 tapi kita sambut bersama pada 3.7.2026.  Aci je kan?

Bila anak-anak mula bersekolah asrama kehidupan family tidak lagi sama.  Kami cuma dapat berkumpul lengkap bila anak-anak bercuti.  Buat masa ni Kyra di Matrikulasi jadi masih dekat dengan kami.  Tahun depan bila dapat U tak tau U mana pulak dia dapat.  Masa tu lagi susah nak berkumpul.  



Haritu nampak kak SA makan kat sini, so marilah kita pun makan juga.  

Nak duduk kat dalam agak fullhouse restorannya.  Ammi malas nak naik ke atas jadi kita duduk diluar je.  Lebih windy dan selesa sebenarnya.


Full kan... kat atas taktaulah full atau tak.  


Ammi order iced sea cocounut ...macam menarik je dalam gambar.  Taste wise pun not bad.  Very refreshing gitu.

Masa order tu kakak buat-buat tanya Khilfi..."nak makan kek tak?"... dan jawapan dia "silap oranglah kakak tanya".  Dia mana suka makan kek ni.  Tapi kakak cakap "ah tak kira kakak nak order jugak...dan dia orderlah cookies apantah ni.  Mana pergi resit tu pun taktaulah.  


Bila sampai je benda ni kita pun nyanyilah lagu birthday perlahan-lahan je untuk dia.  Nak nyanyi kuat-kuat malu pulak. Hahahahha...jadilah.  Sapa suruh tak makan kek...kakak paksa gak suap dia sebijik cookies tu.  Mata dia pun tengah sepet sebelah sebab gatal-gatal sejak di asrama.  Terbersin non-stop.  Khilfi dan sinus memang berpisah tiada.  Mak ni punyalah bekalkan ubat.  Ubat spraylah, ubat makanlah siap cari kat farmasi yang tak mengantuk, tapi ubat tu duduk gitu jelah dalam locker.  


Dan ini hadiah dari ammi.  Sebenarnya bukan hadiah pun.  Ammi belikan jam tangan dari tiktok je since sebelum dia ke Jakarta tapi dah sebab hadiah sampai lepas dia dah ke sekolah dan dia pun tak balik, jadi kita hold jelah sampai hari kejadian.  

Budak asrama bukan boleh pun pakai jam memahal.  Hilanglah, tercicir masa ambil wudhu' kat suraulah.  


Alip order Indomee Fish Tempura.  Gembira eh dia dapat makan instant noodle.
Ammi order grilled chicken
Khilfi order spicy Korean Burger.
Abah order spicy creamy tomyam spaghetti with grilled chicken.



Kyra macam biasalah... mac & cheese.  Nama menu ni Mac & Cheese with Gangnam Bites .  


Alhamdulillah begitulah simple birthday celebration family kami yang sentiasa simple ini.  Tak perlu fancy-fancy sebab kami bahagia cara kami.

Post a Comment

0 Comments