Minggu lepas ammi mula berpuasa ganti. Banyak hari sebenarnya ammi perlu ganti puasa gara-gara period yang tak menentu ni sejak awal tahun. Sebab dah diberi suntikan minggu sebelumnya jadi kita yakinlah sikit nak puasa.
Tahun ni puasa 6 pun ammi tak buat sebab tak sempat nak buat. Puasa sunat bulan Zulhijjah, puasa Tarwiyah, puasa Arafah semua tak dapat buat. Semoga adalah rezeki ammi nak buat tahun hadapan sekiranya masih dipanjangkan usia.
Biasanya balik kerja memang abah dah siapkan lauk atas meja. Bini yang lemak terlebih ni tinggal basuh tangan dan makan je. Tapi hari Rabu tu, abah ada kerja di luar. Tak sempat nak masak sebab memang lepas jemput je Alip dari sekolah abah tinggalkan dia dirumah bersama lunch yang juga ditapau dan terus je ke lokasi. Pesanlah berkoyan supaya dia tak keluar bermain waktu abah ammi takde kat rumah. Yelah risaukan kalau jadi apa-apa.
Turun je bus, ammi macam teragak-agak nak tapau or masak. Hmmm kita decide masak jelah dalam dalam otak fikir nak buat mee segara tumis je. Order grabcar cecepat dan masa dalam kereta tu terfikir pulak untuk buat mi sup. Sampai rumah dah pukul 7.10pm. Its ok...buka dulu dengan air pun tak jadi masalah.
Kita masaklah selaju yang mungkin. Mujur ada beli shabuyaki cut beef jadi senanglah nak masak. Kita basuh-basuh potong sikit tumis je biar dia masak sekali dengan bawang. Kata nak cepatkan.
Alip siapkan air nescafe o ammi. Dia dah tau dah sukatan nescafe untuk ammi. Ammi lain abah lain.
.png)
.png)
Hari tu akak beli dging pejal kat ST Rosyam..mintak buat shabu2 cut nipis2 tu...masukkan dalam maggi kari..sedap uolls...tapi sebab masak dah tengah malam..masa tu tgok Netflix citer hantu..lupa amik gambar..nanti nak buat perangai lagi la..tapi lepas 15/8..HAHAHAHA
ReplyDeletesaya pun puasa hari ni bila tengok mi sup ekspress ammi tertelan2 liur..lambat lagi nak tunggu petang,ni belum lagi jalan2 rumah blogger lain
ReplyDeletemantop mi sup express tu..ada shabuyaki beef tu sedap
ReplyDeleteSedapnya mi sup tu.
ReplyDeleteNampak gaya mmg kena masak mee jugalah malam nanti, telioq tengok 😋
ReplyDeleteKalau masak unplanned gini, cepat je siapnya kan
Sepantas kilat Ammi masak. Senang masak sesimple untuk berdua makan. Sedap lagi sup clear macam tu. Kalau puasa begitulah, banyak dalam fikiran sampai lupa letak garam. Tapi okay juga tu ada rasa sikit letak cube ayam daripada tak letak dua-dua tu. hihi..
ReplyDeleteTerbaek.. sedap.. :)
ReplyDeleteSamalah Kak, Lin kalau di rumah tak kemana, puasa Isnin Khamis, tapi sejak kelas ngaji Khamis, puasa Isnin aja.. kekadang pun suka masak sup express cmni, hirup pepanas kannn
ReplyDeleteTakde garam macam untuk pesakit darah tinggi dah tu ammi 😅
ReplyDeleteMi sup makan paans² mmg ngam laa... just nice eh sempat ammi buat tu 😉
ReplyDeleteNyum Nyum mi supnya ya....hirup kuahnya panas2 sedap rasanya.
ReplyDeleteSaya pun selalu sedia mie telur begini utk sewaktu2 masak mie jika sedang malas masak 😅.
ReplyDeleteNampak sedap dari platingnya kak. Apalagi ada bakso beef dan telur
Bagus Alip...bila² nak bodek Ammi, boleh hulur air secawan tanpa disuruh.. hihi..
ReplyDeletetak pernah mkn/beli mee telur tu..mcm mana eh rasa dia..sama mcm yee mee/mee biasa ker
ReplyDelete